Ini Idea Bisnes dari Jakarta: Majalah Cerpen Remaja
Adakah saudara sedang tercari-cari idea bisnes?
Di Indonesia ada majalah bulanan yang menerbitkan cerpen-cerpen dunia remaja oleh penulis-penulis remaja sahaja.
Majalah CERITA KITA mempunyai nama-nama besar dalam senarai editornya. Kagum sekali kita apabila nama besar Putu Wijaya juga tersenarai.
Lebih menarik adalah ciri-ciri cerpen yang dicarinya. Nyatalah ciri-ciri itu adalah ciri-ciri cerita yang bernilai amat komersial.
Disebabkan ia adalah majalah, maka nilai yang paling utama adalah nilai 'penghiburan'. Justeru cerpen-cerpen itu mesti mempunyai appeal kepada kelompok pembeli majalah hiburan.
Baca maklumat itu dalam blog CERITA KITA.
Ada sesiapa yang mahu meniru konsep ini dan menerbitkan majalah begini di Malaysia?
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam sifu,
Bagaimana pula jika sebuah majalah menyiarkan hanya cerpen fantasi untuk remaja?
Pembeli utama majalah hiburan adalah remaja perempuan. Justeru produknya perlu dihalakan kepada cita rasa remaja perempuan.
——-
Saya fikir penulis cerpen sebenarnya sangat ramai, cuma mereka tidak mempunyai ruang dan tempat untuk berkarya. Ada yang malah membuat antologi mereka sendiri untuk melepaskan apa yang terbuku di dalam hati.
Saya fikir untuk mendapatkan penulis bagi menulis kisah-kisah remaja dan aspirasi mereka, tidak sukar. Malah saya positif seandainya ada pihak yang mahu memangkinkan cerpen-cerpen remaja yang dibina berdasarkan selera remaja seperti mana yang pernah dijayakan oleh DBP pada satu ketika dahulu, juga bisa dilaksanakan.
Sekolah menengah adalah tempat pertama dimana kita mampu memperoleh karya-karya dari dunia remaja yang segar dan bertenaga.
Saya yakin penulis-penulis cerpen remaja akan ramai yang akan memunculkan diri jika ada taruhan menarik untuk menyegarkan dan mengaspirasi dunia remaja itu sendiri.
Sayugia, harus diingat, “cerpen remaja” dan “cerpen untuk remaja” adalah dua genre yang berbeza.
Sekadar memberikan pendapat.
Tuan Panah,
Petik: “cerpen remaja” dan “cerpen untuk remaja” - hahaha…. Saya suka ini.
Pn. Ainon yang dihormati,
Sejak mula membaca majalah Dewan Siswa ketika di sekolah menengah dahulu dan kemudiannya mula berjinak-jinak menulis cerpen dan puisi, saya mengimpikan majalah yang berkonsep seperti ‘Cerita Kita’. Saya fikir impian saya terlaksana selepas lahirnya ‘Tunas Cipta’. Malangnya, majalah itu pun kini berkubur tak bernisan.
Mungkinkah Karangkraf berani menerbitkan majalah seperti ini?
Post a comment