Saturday, March 29, 2008

Ini Kempen PTS-METADOME!

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Apabila tuan dan puan memilih PTS sebagai penerbit karya tuan, maka besar kemungkinan buku tuan itu sesuai dibeli dan dibaca menggunakan telefon HP biasa sebagai Mbook.

Dua kumpulan yang akan mendapat manfaat paling besar daripada projek Mbook PTS-METADOME adalah:

1. Penduduk luar bandar

Projek Mbook PTS-METADOME ini membolehkan buku-buku tuan dibeli oleh mereka yang tinggal jauh daripada kedai-kedai buku.

Sesiapa sahaja, di mana sahaja, bila-bila masa sahaja, dapat membaca buku saudara dan menimba ilmu daripada karya saudara.

2. Peminat buku yang tidak mempunyai banyak wang. 

Disebabkan senaskhah Mbook PTS-METADOME hanya berharga RM5.00, ini bermakna kanak-kanak sekolah rendah pun mampu membeli dan membaca buku yang berlipat-ganda mahalnya jika dibeli di kedai buku.

PTS adalah sebuah "penerbit berkebajikan". Bernaunglah di bawah PTS.

Mari kita bersama-sama memandaikan bangsa! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Bisnes Kambing Previous entry: Surat Pilihan: Bahasa Pedas

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: