Sunday, December 23, 2007

Ini Pula Cerita Tentang Penerbit Arab

Rakan niaga kita di MIZAN memberitahu pengalaman beliau menguruskan lesen hakcipta buku-buku Arab daripada penerbit di Mesir. Elok kita berkongsi maklumat ini, supaya jika saudara hendak melesen buku-buku Arab, saudara sudah tahu sedikit sebanyak kerenah penerbit Arab.

Nombor 1: Penerbit Arab banyak yang masih belum mempunyai laman web rasmi, malah banyak yang belum menggunakan internet bagi urusan bisnes. Jadi urusan jual-beli lesen hakcipta tidak dapat dijalankan dengan menggunakan internet sama sekali.

Nombor 2: Saudara perlu pergi ke Mesir dan jumpa sendiri dengan tawkay Arab itu. Yang ini lebih menyakitkan hati, sebab, entah mengapa agaknya, mereka tidak melayan orang kita dengan layanan yang sepatutnya dalam budaya bisnes antarabangsa.

Dia kata boleh datang ke pejabatnya dan jumpa jam 10 pagi, tetapi sampai jam 5 petang dia tidak juga datang ke pejabatnya.

Barangkali Pak-Pak Arab itu benci dengan muka "orang Jawi" kerana mereka tahu sangat bagaimana selama ini buku-buku mereka dicetak rompak di dunia sebelah sini. Siapa pula yang suka tengok muka bangsa perompak!

Nombor 3: Penerbit Arab mempunyai perangai di mana sesiapa yang datang hendak melesen bukunya, dia akan berikan lesen itu. Kalau ada 3 orang datang, tiga-tiga dia beri lesen! Mereka tidak mempunyai konsep lesen eksklusif. Inilah yang berlaku pada buku "La Tahzan". Macam-macam versi terjemahan "La Tahzan" terbit, sebab banyak penerbit mendapat lesen menterjemah buku itu.

Macam-macam cerita dunia bisnes penerbitan buku.... 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Ini Dipesan 1092 Naskhah oleh PNM Previous entry: Nabi Muhammad dan BOS: Formula Menang dalam Pasaran
Riduan Khairi  on  12/23  at  08:40 AM

Sifu,

Ramai orang bercerita, Pak Arab ini jenis yang mudah diampu. Asal kita pandai berbahasa Arab ‘fushah’ (bahasa Arab Tinggi), semua urusan akan dipermudah. Mereka amat berbangga apabila ada orang asing yang pandai berbahasa Arab.

rastom  on  12/23  at  11:53 AM

YTH Sifuah (dengan ta marbutta menunjukkan gender muannas),

Orang Arab menurut musuh musuh mereka yakni Yahudi, dipengaruhi oleh budaya IBM.

Insyallah, Bukra’, Mumkin. Sebab itu janji pukul 10 pagi, datang 5 petang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/23  at  03:09 PM

Assalamualaikum,

Lanun cetak rompak buku memang bermaharajalela, rakus lagi lahap di Jakarta. Mereka menjual buku yang dicetak rompak itu secara selamba atau bersahaja dan terbuka tanpa rasa takut, jauh sekali untuk rasa bersalah.

Kalau ada sesiapa yang berminat untuk membeli buku cetak rompak itu berkunjunglah ke Jalan Senin Raya, di bandaraya itu. Mereka mendirilan berpuluh-puluh gerai menjual buku `bajak` di persimpangan paling sesak di Jakarta, sehingga hampir menutup gedung Gunung Agung yang besar tersergam di situ.

Di situ anda boleh mendapat hampir semua buku, termasuk Kamus Besar Imdonesia, terbitan Balai Pustaka dengan harga Rp90.000, sedangkan di Balai Pustaka yang terletak kurang 2 km dari situ harganya Rp250,000.

Rasanya, harga yang jauh murah itulah yang menyebabkan buku bajak itu mendapat tarikan hebat daripada pembaca Jakarta. Bagi mereka, apalah ada pada kualiti asalkan mereka boleh membaca lebih banyak buku.

Tapi, anda kena berwaspada dengan buku yang dibalut dengan plastik. Sekalipun nampak kemas namun anda mungkin terkejut kerana yang cantik cuma kulit tetapi isi buku itu hanya di`fotostat` sahaja.

Penjualan secara terbuka itu menimbulkan rasa hairan dengan undang-undang hakcipta di negara seberang ini .Malah saya juga berasa hairan dengan sikap penerbit mereka. Hal ini kerana di sebarang jalan itu pula terdapat `Pusat Perbukuan` yang menghimpunkan berpuluh-puluh penerbit Indonesia.

Peliklah, bagaimana mereka begitu berani berdepan dengan penerbit asal?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/24  at  12:44 PM

Salam.

Orang Arab secara umumnya memang kurang berdisiplin dari segi temujanji dan masa, bukan kerana mereka tidak suka orang Jawa atau bangsa tertentu. Kenyataan ini berdasarkan pengalaman adik ipar semasa beliau berusaha mendaftar untuk belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir. Wallahualam..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: