Ini Pula Nasib Penerbit Ditipu Pengedar
Jika saudara sedang merancang hendak masuk dunia penerbitan buku Melayu, baca entri ini baik-baik. Maklumlah, banyak orang tengok dunia bisnes buku Melayu berkembang pesat, maka tergeraklah hati hendak masuk kebun ular ini.
Risiko saudara yang pertama-tama bukan buku saudara tidak laku, tetapi pengedar tipu saudara. Orang lama macam PTS sudah mengalaminya.
Pengedar penipu itu ("K..B..") adalah nama lama dalam dunia pengedaran buku, khususnya dahulu, ia amat aktif mengedarkan buku kanak-kanak, sekarang ia juga mengedarkan buku-buku umum dan novel.
Beginilah cara pengedar seperti "K..B.." menipu saudara.
Mula-mula, semasa saudara belum percaya kepadanya, berapa buku saudara hantar, dia bayar elok. Saudara pun hantar lagi, dia bayar lagi.
Makin lama, saudara makin menaruh kepercayaan kepada "K..B..". Dia pula semakin menaikkan jumlah pesanannya, makin lama makin besar. Mula-mula RM5 ribu, dia bayar. Naik RM10 ribu, dia bayar. Naik RM20 ribu, dia bayar. Naik, naik, naik... sampai RM75 dia tidak bayar!
"K..B.." bukan tidak ada duit. Buku-buku saudara pun laku dijualnya, maknanya duit itu ada.
"K..B.." mahu saudara tersungkur. Tutup bisnes. Gulung tikar. Dengan itu dia tidak perlu bayar hutang saudara! Yalah, buat apa bayar hutang syarikat yang sudah tutup?
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jadi macamana perkara ini perlu diatasi? Kalau boleh Puan berikan tip-tip mekanisme yang boleh dilakukan untuk mengelak perkara ini daripada berlaku.
Adakah ini petanda PTS akan membuka bahagian pengedaran pula, bagi mengatasi penerbit ditipu pengedar?
macamana (SALAH) = macam mana (BETUL)
——-
Assalamualaikum wm. wbt.
Puan Sifu,
Saya telah mencetak dan menyelitkan artikel ini ke dalam buku “Memulakan Bisnes Sendiri” karangan puan sebagai rujukan tambahan.
Terima kasih di atas maklumat ini.
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
“...Mula-mula RM5 ribu, dia bayar. Naik RM10 ribu, dia bayar. Naik RM20 ribu, dia bayar…”
Berpandukan pengalaman ini, maka setiap penerbit perlu berhati-hati dengan setiap keadaan “pesanan bertambah” ini, kerana ia mempunyai dua maksud berbeza:
(1) Pengedar ini memang jujur dan akan jujur sampai bila-bila; ATAU
(2) Pengedar ini akan sampai ‘belot’ di kala pesanan sampai tahap maksima.
Maka penerbit perlu belajar mengenali jumlah pesanan tahap maksima itu. Jika dapat dikenali, senanglah penerbit meluluskan pesanan menghadkan pesanan maksima bagi pengedar itu.
Dalam kes di atas mungkin pengedar tersebut dihadkan dengan pesanan kredit ke tahap RM60 ribu, pesanan berikutnya juga RM60 ribu. Cumanya tentulah susah mengenali “had maksima sebelum ditipu” itu.
Saya diberitahu oleh seorang kawan rapat yang menjalani perniagaan, apabila dia hadapi masalah pelanggan tidak bayar hutang tetapi bukan kerana tidak ada wang, beliau melantik syarikat pengutip hutang.
Biasanya hutang itu dapat dikutip apabila beliau berbuat demikian. Namun saya masih tidak berapa yakin cara mengutip hutang sedemikian menepati syari’e.
maksima (SALAH) = maksimum (BETUL)
Sheikh, bab cerita credit-management ini, macam pasang pagar besi jugalah, pencuri lebih pandai! Saya akan tulis entri bagaimana hendak ajar pengedar-pengedar yang macam ini!
Puan,
Selamat sejahtera. Dengan doa supaya puan tidak ditipu oleh sesiapa.
Apalah yang hendak dipelikkan soal penipuan. Di Tanah Suci ada mereka yang mengaku cucu Tok Kenali, mengambil bayaran Dam, duit aqiqah dan korban.
Rupanya Siam Yala.
Dalam dunia perniagaan, selagi manusia menyukai wang yang banyak daripada wang yang sedikit, tanpa ada perasaan ketakutan kepada Allah, selagi itulah penipuan akan berlaku.
Jangan terlampau percaya dengan kebaikan yang terdahulu.
Wassalam.
Kepada mentee-mentee yang lain, penulis ini seorang profesor ekonomi di UiTM! Beliau sudah selesai menulis travelouge ke tanah suci untuk PTS Islamika. Ini blog beliau <strong>http://www.muhdkamil.net/mystory/<a href=“http://www.muhdkamil.net/mystory/” rel=“nofollow”></strong>
Assalamu’alaikum semua,
Memang sukar untuk mengatasi masalah penipuan dalam perniagaan selagi niat dan matlamat perniagaan itu sendiri bukan untuk mendapat keberkatan dan keredaan Tuhan.
Setelah membaca tulisan Puan Sifu tentang masalah penerbit dan pengedar ini, maka memang elok benarlah penulis-penulis baru menghantar manuskrip mereka kepada orang lain untuk menerbitkannya dan pastikan pihak yang dipilih itu pula mempunyai integriti.
Pandangan peribadi saya, PTS adalah salah satu syarikat penerbitan yang mempunyai integriti.
Semoga Puan Sifu dan tim meneruskan usaha ini bagi memperjuangkan penerbitan buku dalam bahasa ibunda.
Assalamualaikum
Dalam dunia perbukuan elok benar kita jangan tipu menipu. Pengedar tipu penerbit. Penerbit tipu penulis. Penulis tipu penerbit. Macam-macam lagi.
Harap PTS terus kukuh dan dipercayai oleh pengedar dan penulis.
Hmm… cerita penulis tipu penerbit pun satu hal lagi. Buku yang sama dihantar kepada 3 penerbit! Dia hantar kepada penerbit Cina juga. Tiga-tiga penerbit terbitkan buku yang isinya serupa - sampai hampir saman-menyaman!
Post a comment