Ini Pula Tulis Dato’ Johan Jaaffar Pengerusi Lembaga Pengarah DBP
Kata orang kuat DBP ini....
"Generasi muda bukan tidak membaca tetapi mereka 'membaca' di layar komputer. Teknologi baru mengubah cara manusia berkomunikasi, berinteraksi malah berkerajaan. Dunia ilmu tidak terkecuali. Hari ini ada penerbit yang memanfaatkan teknologi terbaru untuk memberikan alternatif pada dunia buku. Novel SMS misalnya popular di Jepun masa ini.
Dunia bergerak pantas. Industri buku harus bergerak sederap dengan perubahan teknologi. Selalunya kelompok tradisionalis dalam industri buku leka dengan kegemilangan silam, enggan membuat anjakan dan selesa dengan kaedah yang sedia ada. Industri buku memerlukan pemikiran baru dan dilihat dari kanta baru."
Baca sepenuhnya tulisan beliau di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan.
Dato’Johan memang orang lama dunia penerbitan. Di DBP dulu, beliau aktif dan agresif melonjakkan majalah DBP. Pada pendapat saya, zaman beliau meneraju bahagian majalahlah majalah-majalah DBP laku keras. Kejayaan beliau memungkinkan beliau dilantik meneraju Utusan Malaysia sebagai Ketua Pengarangnya. Ketika itu, ada kemajuan yang saya kesan dalam pemberitaan akhbar Utusan. Malah ruang Tun Sri Lanang seronok sekali saya ikuti.
Kini beliau kembali ke DBP sebagai Pengerusi Lembaga Pengarahnya. Malangnya, masih belum dapat lagi saya kesan sebarang perubahan kepada kesuraman DBP, baik dalam produk penerbitannya mahupun dalam perjuangan melaksanakan tanggungjawabnya untuk memartabatkan bahasa dan sastera Melayu. Apakah punca sebenarnya? Adakah Dato’ Johan ketandusan idea (saya yakin tidak) atau beliau terhalang oleh masalah politik dalaman DBP?
Puan tentu amat maklum bahawa suatu waktu dahulu, DBP begitu aktif dan agresif dalam mengatur dan menjayakan kempen-kempan bahasa dan sastera melalui pelbagai seminar, simposium, bengkel, dan sebagainya. Ketika itu, ada Pak Keris Mas, Pak Usman Awang, Pak Asraf, Pak Samad Said, Saudara Latif Mohidin, dan beberapa banyak lagi yang ikut terlibat. Editor-editor DBP waktu itu begitu bersemangat mendaulatkan bahasa dan sastera Melayu. Itu zaman gemilang bahasa dan sastera Melayu dan zaman cemerlang DBP juga. Puan tentu dapat membuat perbandingannya dengan zaman sekarang, apatah lagi Puan pun dulu berkhidmat di DBP. (Tak mahukah Puan berganding dengan Dato’ Johan di DBP dengan niat memartabatkan bahasa dan sastera Melayu?)
Saya amat cemburu akan kerancakan progam Bahasa Inggeris yang direncanakan oleh pihak MELTA yang diteraju Dr. Edwin Malachi, pensyarah di UPM dan didokong kuat melalui publisiti meluas oleh akhbar The Star. Rasa-rasanya eloklah pihak DBP belajar daripada pihak MELTA yang giat menganjurkan seminar, simposium, dan bengkel hingga tampaknya berjaya menonjolkan kepentingan bahasa Inggeris hingga melangkaui sempadan negara kita ini.
Apabila membaca tulisan Dato’ Johan yang sarat dengan fakta di samping menggambarkan pengetahuan serta pembacaannya yang luas itu, timbul persoalan di benak saya. Sejak menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah DBP, tentu ada tindakan yang telah dilakukan. Saya, sebagai orang luar, ingin tahu tindakan serta hasil daripada tindakan beliau itu dalam usaha memartabatkan bahasa dan sastera Melayu serta DBP sekali gus.
Ketokohan Dato’ Johan harus dimanfaatkan oleh DBP dan juga bahasa dan sastera Melayu (dengan syarat Dato’ Johan bersikap berani seperti Dato’ Rahim Bakar dan Dato’ Hassan Ahmad).
Sekian, terima kasih.
Post a comment