Inilah Desain Kulit Buku Melayu Yang Belum Dapat Dikalahkan Rekod Jualannya Hingga Saat Ini
Gambar kulit buku Tamar Jalis ini dipautkan dari blog Tuan Zamri.Jika buku ini diulang cetak dengan mengekalkan desain ini, dapat ia mengulangi kejayaannya dahulu?
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan,
Adakah semua buku hantu harus mempunyai kulit yang menggerunkan? Saya suka juga baca cerita hantu tetapi saya penakut. Sudahlah begitu saya akan sering terbayang-bayang cerita itu. Seperti hantu itu sudah keluar dari buku dan duduk sebelah saya.
Kulit yang menggerunkan susah hendak disimpan. Perlu disorok-sorokkan. Yang malang, jika berkemas di tengah malam, terjumpa buku itu, terus terhenti kerja. Sudahnya berselubung hingga berpeluh-peluh walaupun malam hujan tengah lebat.
Tidak bolehkah reka gambar depan buku hantu dilukis secara misteri tanpa ada hantu. Itu lebih menarik dan kreatif, bukan?
——-
Assalamualikum wbt.,
Saya dah lama berhenti baca dan tonton cerita hantu sebab saya tak sanggup terbayang-bayang hantu berkenaan main cak-cak dengan saya.
Tamar Jalis… salah seorang penulis yang melekat dihati…
mula membaca buku-bukunya sewaktu masih bersekolah rendah… hehehehe…. (cilok buku mak sedara…)
(Kalau tak silap… Karya Tamar Jalis agak terkenal di utara semenanjung Malaysia…)
dan ada beberapa nama penulis cerita hantu lain… kalo tak silap antaranya Tok Awang Ngah….
Corak penulisan Tamar Jalis seperti penulisan novel…. dari satu kisah ke satu kisah lain ( tidak berkaitan..)
Corak penulisan Tok Awang Ngah pulak berkisar tentang pengalaman2 yang diperolehinya semasa mengikuti datuknya mengembara….
yang menariknya… penggunaan pokok herba untuk tujuan pengubatan (seperti pokok dukung anak, gandang rusa) .... nama-nama tempat yang sebenar (seperti Pelangai - ingat lagi sebab ejaannya macam pelangi.. hehehe) ... menyebabkan saya terfikir…. adakah ceritanya adalah berdasarkan kisah sebenar atau sekadar rekaan…?
Soalan yang tidak pernah terjawab sehingga kini…:)
.
Saudara,
Lain kali gunakan BMT dan sistem ejaan sempurna apabila menulis di sini.
Assalammualaikum
Bagaimana caranya saya hendak mendapatkan buku ini dipasaran? ia amat sukar didapati di pasaran sekarang…
Salam,
Saya sangat-sangat gembira sekiranya buku ini dapat diulangcetak. Saya percaya sekiranya buku ini terdapat dipasaran pasti mendapat sambutan hangat. Berdasarkan pemerhatian saya di forum-forum internet, saya dapati terdapat ramai pembaca diluar sana yang bertanyakan dimanakah mereka boleh mendapatkan buku ini. Saya sendiri tidak mempunyai koleksi lengkap dan sekiranya ada diulangcetak, saya sangat2 gembira.
Post a comment