Inilah Novelis “Tegar”
Inilah wajah "Panaharjuna" ataupun nama sebenarnya Ahmad Zafran Abdul Mutalib.
Beliau adalah novelis remaja berasal dari Negeri Sembilan yang kini paling ngetop dengan karya beliau "Tegar", "Sahabat Kole Kacang 1", "Sahabat Kole Kacang 2", "Pendekar Budiman" dan "40 Lukisan Hati".
Kita berdoa salah satu karya beliau memenangi hadiah dalam anugerah Sasterawan Negeri Sembilan 2007, khususnya bagi kategori sastera remaja. Amin.
Seorang yang mempunyai network yang luas di kalangan pekomik dan pekartun, beliau banyak berjasa kepada PTS dengan memperkenalkan bakat-bakat baru kepada kita. Beliau sekarang aktif menghidupkan semula persatuan PEKOMIK bagi membela kepentingan karyawan bidang tersebut.
Kini beliau sedang menyiapkan 3 novel serentak. Karya terbaru beliau yang akan terbit sedikit masa lagi adalah "Sahabat Kole Kacang 3".
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Selawat dan Salam keatas Junjungan Nabi Muhammad, orang orang mukmin dan muslimin umpamanya.
Saya fikir, ucapan terimakasih dan penghargaan juga kepada pihak PTS Milennia yang diterajui oleh saudara Wan Zuhairi Wan Zainudin (Wanzu) yang telah banyak menunjukkan sokongan moral dan juga turut bersama bermesyuarah didalam komuniti Pekomik, memberi fikir dan syor yang bagus untuk maksud memertabatkan karya dan para pengkarya itu sendiri.
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas kepada beliau kerana telah secara rasmi dilantik menjadi Editor Pengurusan Komik Malaysia dan saya dimaklumkan bahawa mantan ketua unit majalah disalah sebuah syarikat penerbitan majalah berbentuk humor dan komik, iaitu saudara Rodin, akan turut bersama-sama didalam unit Komik Malaysia untuk memperkemas dan memajukannya lagi. Syabas buat Unit Komik Malaysia.
Post a comment