Saturday, November 28, 2009

Inovasi pada Pakejing Buku Ilmiah

Bidang marketing adalah kombinasi seni dan sains. Jabatan editorial PTS kini sedang menjalankan eksperimen dan inovasi dalam bidang marketing buku-bukunya.

Yang terbaru adalah inovasi marketing yang dicubakan pada pakejing buku-buku akademik dan profesional terbitan PTS Professional Sdn. Bhd., di mana buku-buku nonfiksyen diberikan pakejing ala-ala buku fiksyen.

Kulit buku memainkan peranan penting dalam marketing kerana jika design kulit dapat memancing mata pengunjung kedai buku maka barulah ada harapan buku itu mungkin diambil dan dipegang oleh bakal pembeli.

 

Buku "Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni" karya Tn. Syahrul Nizam, seorang pensyarah di UNIMAS, adalah buku profesional, tetapi judul dan design covernya dibuat ala-ala buku fiksyen.

Kandungannya adalah berdasarkan hasil-hasil kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar-pakar, khususnya mereka yang menjalankan kajian di US dan UK.

Buku "Sembuhkan Virus Bisnes" adalah buku buku keusahawanan. Cover buku ini dibuat ala-ala buku fiksyen sains.

Kandungannya buku ini menerangkan perkara-perkara yang kelihatan kecil dan remeh tetapi amat kritikal dijaga kerana jika tidak ia boleh menyebabkan syarikat bantut, malah mungkin tutup kedai.

Inovasi mempakejkan buku nonfiksyen sebagai buku fiksyen mula-mula dilakukan di Jepun, di mana sambutannya sangat baik. Idea itu kemudian ditiru oleh penerbit-penerbit di US. Dan sekarang PTS sedang mencubanya.

Jika inovasi marketing ini terbukti berjaya mencipta kesan positif, maka lebih banyak buku nonfiksyen PTS akan diberikan pakejing fiksyen....

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat: Psikologi Menjual Buku Previous entry: Buku-buku Kanak-kanak, Remaja dan Gadis Muda Amat Laku pada Musim Pesta Cuti Sekolah
syahrul  on  11/30  at  06:13 AM

Anda juga boleh melihat keseluruhan reka bentuk kulit buku Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni di sini: http://ilmupengaruh.blogspot.com/

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: