Friday, October 06, 2006

Inul, Buku dan Ramadhan

Menurut Bapak Dr. Haidar Bagir, Presiden Mizan Group, tangkah laku pembeli buku di Indonesia dan di Malaysia amat berbeda pada bulan Ramadhan.

Di Indonesia, bulan Ramadhan adalah bulan jualan buku paling rancak bagi sepanjan tahun. Pada bulan itu para penerbit betul-betul menuai hasil pelaburan mereka.

Pembelian buku di sana naik paling tinggi sepanjang Ramadhan di Indonesia. Malah masuk sahaja bulan Rajab, jualan buku mula meningkat lebih tinggi daripada sebelumnya.

Para penerbit di sana menawarkan pakej set-set buku dengan diskaun yang menarik kepada agen dan kedai-kedai buku.

Kedai-kedai buku pula sibuk mengadakan SALE buku. Mereka juga menyediakan hamper-hamper buku bagi para pelanggan mereka dengan diskaun yang menarik.

Menurut Dr. Haidar, trend membaca sepanjang bulan Rajab dan Ramadhan amat ketara sejak 10 tahun yang lalu. Ini disebabkan banyak penceramah popular di Jakarta menyarankan supaya ibadah membaca dilakukan dengan lebih aktif sepanjang bulan Ramadhan bagi menggantikan pelbagai aktiviti yang tidak cocok dengan bulan suci itu.

Di Indonesia, sepanjang bulan Ramadhan, semua pusat hiburan tutup! Penari dangdut Inul pun memakai tudung dan pergi kelas tadarus dan mengaji pada bulan mulia itu.

Di Malaysia, keadaan adalah sebaliknya. Jualan buku Melayu pada bulan Ramadham jatuh teruk! Orang Melayu membelanjakan wang mereka bagi membeli persiapan hari raya.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sastera Islami
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Menyusun Antologi: Tiru Susunan Kaset Muzik Previous entry: Projek Terjemahan PTS
alang bidara  on  10/08  at  11:19 AM

Apa tidaknya, Sifu…sedangkan mamak pun menggunakan wang yang banyak untuk membeli buah kurma.

Maka apa hairannya masyarakat Melayu yang menyediakan peratus yang tinggi budget untuk persiapan hari raya: kuih-muih, baju raya, pasang pelita di pagar, langsir nak tukar baru, set sofa di ruang tamu nak beli baru@tukar cushion cover, pagar di keliling rumah nak cat baru, lemang, ketupat, rendang.

Kalau kita teliti senikata lagu raya: “dam dam dum, bunyi mercun,.....” dan lagi: “..mintak mak kuih sepotong, saya mau makan kerana perut kosong..” dan lagi, dan lagi….dalam lagu raya yang lama@evergreen pun mencerminkan persiapan yang begitu tinggi budget nya….sehingga beli buke jatuh nombor tiga, nombor empat ...
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/08  at  03:33 PM

Agaknya di Malaysia dalam bulan Ramadhan dah banyak ceramah dan tazkirah. Jadi tak ada galakan untuk membaca buku lagi(?)

Puan Ainon Mohd.  on  10/08  at  06:31 PM

Tuan Harat!

Nampaknya Tuan tidak berminat komen isu buku panduan poligami bahagia!

rastom  on  10/08  at  09:32 PM

Senario mikro cerminan realiti psiko dan sosiolinguistik Melayu yang terkebelakang. Indonesia mengangkat bahasa Melayu ke tahap dinamis, nasib bahasa di kampung halaman diundurkan ke belakang.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/08  at  11:10 PM

Puan Ainon,

Saya ragu-ragu hendak komen tentang isu buku panduan poligami bahagia ini, kerana saya tidak pasti:a)  Berapa ramai lelaki Melayu yang mengamalkan poligami (10 peratus,  5 peratus, atau kurang 5 peratus? b)  Saya tak tahu adakah kajian yang menyatakan, daripada 100 orang yang berpoligsmi, berapa peratus yang “berbahagia”, “kurang bahagaia” atau “tidak bahagia”?

Lagi satu, walaupun berpoligami itu sunah nabi, tetapi rasanya bukan “ibadat khusus”. Kerana itu bukanlah amalan yang mesti diikut!

Puan Ainon Mohd.  on  10/09  at  05:53 AM

Tuan Harat,

Kalau saya tidak silap, saya ada terbaca laporan yang mengatakan hanya 3% lelaki Islam mengamalkan poligami. Tapi itu sudah lama dulu, mungkin sekarang jumlah itu tidak betul lagi.

Kita tidak mengglakkan lelaki berpoligami. TIDAAAAAK!

Tetapi kalau sudah berlaku…. apakan daya, ia ujian bagi semua pihak yang terlibat. Janganlah berperang dan bercakar-cakaran, apatah lagi kalau sampai bercerai-berai. Itu sebab kita perlukan buku panduan itu.

Kata orang tua-tua, tambah boleh, buang jangan….

alang bidara  on  10/09  at  07:35 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu, Tuan Harat, Tuan Rastom, et al: Jika ditanya setiap lelaki secara jujur, adakah tuan ingin beristeri seorang lagi jika ada kemampuan, 99% akan menjawab “Ya”.

Oh, ya. Posting terbaru di “blog khas poligami” yang saya lakrakan ada menyebut statistik poligami bagi negeri-negeri Malaysia. Silakan melayarinya di:

http://alangbidara.blog-city.com/

Terima kasih.

rastom  on  10/09  at  07:57 AM

Tuan Alang, mana boleh cakap bab poligami disini, salah bilik ni. Cakap fasal Inul boleh juga, tapi…bulan puasa daaaa….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/09  at  08:09 AM

Puan Ainon,
Saya teringat Nabi Muhammad berpoligami hanya selepas isteri baginda Siti Khadijah meninggal dunia. Apabila baginda berpoligami, kebanyakan isteri baginda adalah janda tua.

Oleh kerana kebanyakan lelaki Melayu saya agak tidak berminat untuk berkahwin dengan janda tua, jadi wajarlah mereka tidak digalakkan berpoligami!

Tentang buku panduan tu, ya mungkin ada juga faedahnya.Teruskanlah projek itu.

Salam.

Puan Ainon Mohd.  on  10/09  at  08:23 AM

Tuan Harat,

Ikut sunnah Nabi SAW, isteri pertama janda kaya!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: