Menteri dan Ketua Pengarah Pelajaran (KPM) Tidak Membaca Laporan Penyelidikan Saintifik
Di bawah adalah hasil penyelidikan oleh Prof. Dr. Ratnawati Mohd. Asraf dan Prof. Dr. Ismail Sheikh Ahmad dari UIA. Penyelidikan beliau dibiayai oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar di bawah skim IRPA (Intensification of Research in Priority Areas). Laporan kajian ini terbit dalam jurnal Reading in Foreign Language Vol. 15, No.2, Oct. 2003.
The issue of English proficiency has always been of concern among Malaysian teachers, academics, and Ministry of Education officials because students' lack of proficiency in English deprives them of the opportunities open to those who are able to use the language well. This is especially so for rural school students, whose failure rate in national standardized English examinations is twice that of their urban counterparts. Many rural school students have difficulty understanding English, and few are able to use English in simple conversation.
Terjemahan: Isu penguasaan bahasa Inggeris sentiasa menimbulkan keprihatinan guru-guru, ahli akademik dan Kementerian Pendidikan Malaysia kerana penguasaan rendah (pelajar luar bandar) menyebabkan mereka terhalang daripada mendapat peluang-peluang yang yang dinikmati oleh pelajar-pelajar yang pandai bahasa itu. Situasi ini lebih nyata bagi pelajar-pelajar luar bandar, di mana kadar kegagalan mereka dalam peperiksaan peringkat nasional adalah 2 kali lebih tinggi berbanding pelajar-pelajar dalam bandar. Banyak pelajar luar bandar tidak faham bahasa Inggeris, malah sangat sedikit yang dapat bercakap dalam bahasa Inggeris.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dia orang pun belajar kerana Gred juga. Gred dan nama, untuk naik pangkat. Saya nak balik bahasa saya.
Sekarang ni zaman jahiliah. Ramai yang tutup mata, sebab tak pernah rasa macam mana zaman jahiliah. Sebab dia orang semua difahamkan, zamah jahiliah ni zaman unta.
Kita kena beli unta banyak-banyak, supaya ramai orang nampak sekarang ni sudah masuk zaman jahiliah.
Kemuncak zaman jahiliahnya ialah 3-4 tahun lagi. Apabila semua pelajar yang dapat gred A tapi jahil pegang jawatan. Mana tidak jahilnya kalau semua yang pegang jawatan tu gred SPMnya bagus, tapi tak faham sangat.
Amat malang jika para pelajar tidak mampu menjawab soalan atau memahami sesuatu mata pelajaran bukan disebabkan dia tidak pandai atau bijak, tetapi tidak mampu memahami terminologi yang digunakan. Cuba semak kamus berapa banyak maksud ‘RUN’. Apatah lagi kalau sains dan matematik dalam BI, pasti kekeliruan seperti ini juga terjadi.
Post a comment