Thursday, November 27, 2008

Isu Bahan Bacaan Australia: KPM Membuang Panduan Daftar Kata KPM

Menyediakan bahan-bahan bacaan bergred bukanlah perkara susah. Malah ia komparitif mudah. Buku-buku untuk kegunaan sekolah-sekolah rendah di negara ini memang bercirikan bahan bergred!

Bahan bacaan bergred ditulis berpandukan kajian 'hitung kata' (word count).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memang ada mengeluarkan senarai daftar kata yang semestinya ada bagi setiap gred bahan bacaan. Justeru, para penerbit Malaysia menggunakan daftar kata KPM itu bagi memastikan perkataan-perkataan itu terdapat dalam bahan-bahan bacaan yang disediakannya. 

Daftar kata KPM itu dikemaskini dari masa ke masa mengikut perkembangan zaman. 

KPM mengeluarkan arahan supaya buku-buku yang dibekalkan ke sekolah-sekolah rendah wajib ditulis berpandukan kepada daftar kata KPM. Arahan ini adalah bagi semua buku teks dan buku pengkayaan.

Bahan bacaan bergred Australia tidak pula diwajibkan mematuhi arahan KPM sendiri, padahal ia menggunakan daftar kata Australia.

Bagi melihat contoh-contoh bahan bergred Australia klik lagi di sini.

Soalan: Syarikat manakah yang menjadi pembekal bahan-bahan Australia itu? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Sunnah Linguistik Previous entry: Isu Bahan Bacaan Australia: Budaya Barat untuk Pendidikan Acuan Malaysia
rastom  on  11/27  at  08:13 PM

Melampau sungguh!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/01  at  05:59 AM

Bagus kerja KPM ini! Kalau BN hendak menyembah bumi pada PRU akan datang sila teruskan polisi begini, mungkin kita boleh tukar kerajaan lebih cepat lagi, sebelum PRU. Tidak adakah lagi polisi-polisi ‘bodoh-bodoh pandai’begini?

Peminat Kangaroo  on  12/01  at  05:56 PM

Aku rasa KPM pun tidak sokong BN. Sebab itu KPM buat macam tu. Sebab, bila BN jatuh tersembang dalam PRU nanti, KPM pun rasa sangat-sangatlah bersyukur.

Iyalah. KPM pun takkan tak muak dengan BN. Banyak bala. Logik tak pendapat aku ni?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/01  at  11:41 PM

Aku sokong KPM. Taktik KPM memang bagus! Macam ini baru BN boleh tersembam. KPM hebat! KPM terbaik!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: