Isu Bahasa Inggeris: TPM telah Mengadakan Perjumpaan dengan Tokoh-tokoh
Semalam, 12hb September, semasa menanti bermulanya majlis persidangan akhbar 48 NGO menentang penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sains dan matematik, Dato' Dr. Hassan Ahmad sempat memberitahu kami-kami yang hadir bahawa baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ada mengundang sekumpulan tokoh-tokoh dan orang-orang ternama khusus bagi mendapatkan pandangan mereka berkenaan isu bahasa Inggeris itu.
Menurut Dato' Hassan Ahmad, antara orang-orang penting yang dipanggil hadir ke perbincangan itu termasuklah bekas Peguam Negara dan bekas Jeneral Angkatan Tentera.
Beliau memberitahu kami lagi bahawa tidak ada walau seorang pun dalam majlis itu yang menyokong penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sains dan matematik.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment