Isu Buku Bertaraf Sampah di Pusat Sumber Sekolah
Isu buku-buku cerita yang bertaraf sampah yang banyak terdapat di rak-rak buku pusat sumber sekolah-sekolah rendah, terutamanya sekolah-sekolah rendah luar bandar, bukan perkara baru.
Ambil contoh, adanya sebuah buku cerita tentang bagaimana Hang Tuah pergi menangkap harimau. Episod Hang Tuah menangkap harimau tidak pernah ada tercatat dalam mana-mana edisi Hikayat Hang Tuah.
Buku-buku sampah itu diterbitkan oleh penerbit-penerbit kecil milik peniaga Cina yang membayar penulis cerita dengan harga 100 atau 200 ringgit bagi setiap cerita.
Buku-buku cerita bertaraf sampah itu tidak ada dalam kedai-kedai buku. Buku-buku itu dijual secara langsung dari satu pintu sekolah ke satu pintu sekolah oleh jurujual-jurujual yang mendapat komisen.
Gosip-gosip mengatakan buku-buku sampah itu berjaya dijual ke sekolah adalah disebabkan jurujual buku-buku sampah itu menawarkan kick-back kepada pihak sekolah yang membeli produknya.
Gosip kisah guru-guru besar sekolah menerima kick-back daripada jurujual pelbagai buku dan alat bantu mengajar bukan cerita baru. Amalan ini lebih berleluasa di sekolah-sekolah luar bandar.
Kita tidak mengatakan semua guru besar menerima kick-back, tetapi desas-desus begini banyak diperkatakan di kalangan penerbit besar yang tidak puas hati apabila buku-buku mereka yang berkualiti sukar dijual ke sekolah, walaupun mereka mengeposkan katalog mereka ke setiap sekolah.
Penerbit-penerbit besar, apatah lagi penerbit yang tersenarai di bursa saham, tidak mahu memberi kick-back kepada pihak sekolah disebabkan akaun mereka diaudit.
"Makin diberi, makin banyak mereka minta!" kata Mr. L, seorang CEO penerbit besar yang terkenal.
Suatu cara yang dapat menghalang guru-guru besar daripada membeli buku-buku sampah adalah dengan cara pihak PIBG sekolah melantik 2 orang daripada anggotanya menjadi juruaudit pusat sumber.
Pada masa ini audit kualiti buku di pusat sumber tidak pernah dilakukan, itulah sebabnya guru-guru besar yang korup dapat melakukannya dengan perasaan selamat.
Tugas juruaudit itu adalah memeriksa kualiti buku-buku kegunaan pelajar yang dibeli oleh pihak sekolah bagi diletakkan dalam pusat sumber.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Wow, nampaknya budaya kick-back ini telah berjaya melahirkan ramai Sheikhul-Fulus, syabas dasar meritokrasi…!
——-
Saya petik:
“Duit, wang, fulus dan pitis
Dollar, Ringgit, Baht dan Rupiah
Begitu kuat pengaruh kalian
Bisa rosak segala kemurnian
Bikin manusia terus kealpaan.
Duhai diri yang memegang duit
Sedarlah akan amanat yang diamanatkan
Jangan sampai tergadai nilai yang tidak harus digadaikan
Walaupun kita ditawarkan harta bertimbun wang berjuta
Jangan sampai binasa anak bangsa
Ingatlah akan hari yang tiada manafaat anak pinak
dan segala harta benda
melainkan mereka yang datang kepada Allah
dengan hati yang sejahtera.”
Puan, buku seperti cerita hang tuah menangkap harimau itu masih boleh dimaafkan. saya beri contoh buku yg lebih teruk dari itu. kisah hantu dan seks. kini ada sekolah yg menerimanya. walaupun bukan dibeli (derma daripada anak murid semasa program derma buku) tapi amat tidak bagus guru2 menerima buku seperti itu.
buku yg merosakkan pemikiran anak-anak.
Post a comment