Isu Buta Huruf Nabi Muhammad: Surat Tuan Nadzrin dan Tuan Abd. Latip
Surat Tuan Nadzrin
Salam UNIKA,
Perkara (Nabi Muhammad buta huruf) ini sudah lama dibincangkan di kalangan ulama muktabar yang dikasihi. Kita perlu mencari titik pertemuan antara makna ‘ummiyyi’ dalam Al Qur’an dan ‘buta huruf’ dalam bahasa Melayu.
Lazimnya ‘buta huruf’ bermaksud tidak boleh membaca, membawa implikasi orang itu tidak cerdik. Namun, kecerdikan itu merujuk kepada kebolehannya menuntut dan mempelajari ilmu yang dikomunikasi menerusi catitan. Maksudnya, pelajaran daripada manusia kepada manusia.
Seringkali, kita lupa bahawa Rasulullah tidak diajar ilmu oleh mana-mana manusia tetapi Allahlah yang mendidik baginda sehingga menjadi Rasul yang besar.
Ini tidak menafikan kecerdikan genius Rasulullah yang dikurniakan, yang mampu mempelajari menerusi pencerapan dan pengalaman. Tetapi, status ‘buta huruf’ itu sendiri menjadi hujjah bahawa Rasulullah tidak mencedok Islam daripada kitab-kitab terdahulu agama-agama Yahudi dan Nasrani.
Jika Puan mengambil kisah Tok Batin sebagai contoh, saya pula ingin mengambil kisah Lim Goh Tong, Eric Chia dan Jackie Chan, tiga orang seasal yang berjaya walaupun mereka buta huruf (maknanya tidak boleh membaca).
Lim Goh Tong membina empayar perjudian yang besar hasil kebuta hurufannya. Apabila beliau berkata, “Aku akan bina kota di atas awan”, ramai yang mengetawakannya, tetapi kini?
Eric Chia dulunya kanak-kanak pencuri telur ayam kerana terlalu miskin mendapat makanan berkhasiat, akhirnya menjadi pemandu lori. Hasil simpanan RM80, beliau menyewa kereta Mercedes untuk 3 jam dan isi minyak RM10 semata-mata mendapat kontrak pembuatan. Menggunakan LO itulah beliau mendapat pinjaman bank.
Jackie Chan hanyalah budak belasahan Bruce Lee, tetapi menyimpan cita-cita tinggi untuk menerbitkan filemnya sendiri. Kesukaran mendapat watak kerana tidak boleh membaca skrip tidak menghalangnya. Beliau menghafal sahaja daripada bacaan rakan-rakannya. Kini, nama Jackie Chan antara warga Asia yang paling terkenal di dunia.
Apakah kejayaan tidak dapat dikecapi jika huruf itu tidak dikenali? Bahkan, orang-orang celik huruf yang sentiasa dimatikan semangat oleh had-had yang disampaikan orang lain melalui penulisan mereka.
Dikatakan kecerdikan Einstein terletak bukan pada pelajarannya (yang tidak diusahakannya dengan bersungguh-sungguh pun), tetapi kerana imaginasinya tidak dibendung kesempitan pemikiran ulama-ulama sains yang terdahulu.
Jika semua ini diambil kira, apakah besar sangat celik huruf kita berbanding dengan buta huruf Rasulullah? Bahkan, kecelikan kita takkan dapat menyampaikan kita kepada setitis lautan ilmu yang dipelajari baginda.
Surat Tuan Abd. Latip Talib
Assalamualaikum
Izinkan saya mencelah mengenai isu ini. Memang benar Nabi Muhamad SAW itu seorang yang ummi. Maksudnya orang yang tidak pernah diajar oleh pendeta, dukun, atau ahli falsafah yang hidup pada zamannya. Tetapi Nabi Muhamad telah diberikan nur dalam hatinya menyebabkan baginda menjadi bijaksana, berakhlak mulia, berpengetahuan luas dan pelbagai sifat yang terpuji yang mana semuanya itu bukan dipelajari dari manusia.
Alam terbentang dijadikan guru. Mungkin itu sesuai untuk perbincangan ini. Sejak kecil sehingga berumur 5 tahun Muhamad tinggal di permukiman Bani Saad sebuah dusun yang terletak jauh dari kota Mekah. Kehidupan masyarakat di gurun itu sememangnya tidak mementingkan ilmu membaca dan menulis.
Tetapi apabila baginda berumur 5 tahun terjadi satu kejadian yang pelik iaitu peristiwa pembedahan dada oleh malaikat Jibrail. Kemudian peristiwa yang sama berulang ketika baginda berumur 50 tahun.Malaikat Jibrail membuang sifat-sifat keji dari hati Muhamad lalu menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.
Dengan itu hatinya mudah menerima ilmu pengetahuan yang dipelajarinya sendiri kerana baginda membesar tanpa asuhan dan didikan dari ayah dan ibunya. Ayahnya meninggal semasa masih dalam kandungan. Ibunya pula meninggal ketika baginda masih kanak-kanak.
Kemudian Muhamad di pelihara oleh Abdul Mutalib. Tetapi tidak lama kemudian Abdul Mutalib pula meninggal dunia ketika itu Muhamad baru berusia 8 tahun. Kemudian baginda dipelihara oleh Abu Talib yang mempunyai anak yang ramai dan miskin. Ketika berusia 13 tahun Muhamad membantu bapa saudaranya itu berniaga ke Syria (Syam). Selain berniaga Muhamad juga pernah menjadi penggembala kambing. Dari situlah baginda menimba ilmu pengetahuan.
Sesungguhnya, para nabi dan rasul tidak belajar seperti yang lazim ditempuh oleh manusia biasa. Mereka mendapat ilmu terus dari Allah SWT kerana ilmu yang dipelajari dari manusia tidak menjamin seseorang itu berjaya di dunia dan akhirat. Kerana itu nabi diajar oleh malaikat Jibrail. Ini berlaku di gua Hira’ semasa wahyu pertama diturunkan.
Kesimpulannya, mereka yang mempunyai pelajaran yang tinggi tidak semestinya menjadi manusia yang serba boleh. Seorang doktor gigi umpamanya tidak mahir dalam ilmu pembedahan, ketenteraan dan sebagainya.Tetapi Nabi Muhamad SAW adalah manusia yang serba boleh. Beliau seorang nabi dan Rasul, pemimpin politik, pemimpin tentera dan sebagainya.
Terima kasih.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum
Izinkan saya mencelah mengenai isu ini. Memang benar Nabi Muhamad SAW itu seorang yang ummi. Maksudnya orang yang tidak pernah diajar oleh pendeta, dukun, atau ahli falsafah yang hidup pada zamannya. Tetapi Nabi Muhamad telah diberikan nur dalam hatinya menyebabkan baginda menjadi bijaksana, berakhlak mulia, berpengetahuan luas dan pelbagai sifat yang terpuji yang mana semuanya itu bukan dipelajari dari manusia.
Alam terbentang dijadikan guru. Mungkin itu sesuai untuk perbincangan ini. Sejak kecil sehingga berumur 5 tahun Muhamad tinggal di permukiman Bani Saad sebuah dusun yang terletak jauh dari kota Mekah. Kehidupan masyarakat di gurun itu sememangnya tidak mementingkan ilmu membaca dan menulis.
Tetapi apabila baginda berumur 5 tahun terjadi satu kejadian yang pelik iaitu peristiwa pembedahan dada oleh malaikat Jibrail. Kemudian peristiwa yang sama berulang ketika baginda berumur 50 tahun.Malaikat Jibrail membuang sifat-sifat keji dari hati Muhamad lalu menggantikannya dengan sifat-sifat yang terpuji.
Dengan itu hatinya mudah menerima ilmu pengetahuan yang dipelajarinya sendiri kerana baginda membesar tanpa asuhan dan didikan dari ayah dan ibunya. Ayahnya meninggal semasa masih dalam kandungan. Ibunya pula meninggal ketika baginda masih kanak-kanak.
Kemudian Muhamad di pelihara oleh Abdul Mutalib. Tetapi tidak lama kemudian Abdul Mutalib pula meninggal dunia ketika itu Muhamad baru berusia 8 tahun.
Kemudian baginda dipelihara oleh Abu Talib yang mempunyai anak yang ramai dan miskin. Ketika berusia 13 tahun Muhamad membantu bapa saudaranya itu berniaga ke Syria. (Syam)Selain berniaga Muhamad juga pernah menjadi pengembala kambing. Dari situlah baginda menimba ilmu pengetahuan.
Sesungguhnya, para nabi dan rasul tidak belajar seperti yang lazim ditempuh oleh manusia biasa. Mereka mendapat ilmu terus dari Allah SWT kerana ilmu yang dipelajari dari manusia tidak menjamin seseorang itu berjaya di dunia dan akhirat. Kerana itu nabi diajar oleh malaikat Jibrail. Ini berlaku di gua Hira’ semasa wahyu pertama diturunkan.
Kesimpulannya, mereka yang mempunyai pelajaran yang tinggi tidak semestinya menjadi manusia yang serba boleh. Seorang doktor gigi umpamanya tidak mahir dalam ilmu pembedahan, ketenteraan dan sebagainya.Tetapi Nabi Muhamad SAW adalah manusia yang serba boleh. Beliau seorang nabi dan Rasul, pemimpin politik, pemimpin tentera dan sebagainya.
Terima kasih.
Waalaikumsalam,
Saya sangat sehala dan setuju dengan tulisan Tuan Abdul Latip. Proses pembelajaran Rasulullah tidak sama dengan proses pembelajaran manusia dan ilmu baginda juga tidak sama dengan ilmu kita.
Kerana walaupun kita masih mengesyaki kebenaran beberapa perkara yang kita belajar daripada guru-guru kita. Namun, Rasulullah tiada syak langsung dalam hatinya akan ilmu yang dicurahkan kepadanya oleh Allah SWT.
Wassalam,
Salam Puan Sifu, izinkan saya mencelah lagi.
Saya ingin menambah lagi idea hikmah disebalik kebutaan huruf Baginda Nabi Muhammad SAW. Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam bukunya Sirah Nabawiyyah:Petunjuk sepanjang Jalan menjelaskan bahawa buta hurufnya nabi adalah sebagai ‘penguat’ dan alasan paling kukuh sebagai bukti keaslian ajaran islam yang disampaikan.
Kerana nabi Muhammad buta huruf, puak musyrikin tidak boleh menuduh beliau menceduk, memplagiat, dan menggunakan ajaran-ajaran dari kitab-kitab terdahulu.
Begitu juga dengan keadaan nabi sewaktu ayat pertama Iqra’ diturunkan di gua hira’. Ia diturunkan dalam keadaan nabi sedang cemas, menggeletar ketakutan. Kenapa tidak diturunkan dalam keadaan tenang, damai, pemandangan yang indah? Jawapannya adalah sama - untuk memelihara kenearan dan keaslian Islam sebagai agama wahyu. Katakan, jikalau Nabi pulang kekota Mekah dari gua hira dengan tenang dan gembira, sudah pasti puak musyrikin akan menuduh beliau menggunakan masanya berkhulwah di gua hira untuk mereka-reka dan mencari idea mencipta agama baru. Tetapi baginda nabi Muhammad pulang dengan tubuh menggeletar selepas bertemu Jibril, adalah mustahil untuk baginda berkata bohong dalam keadaan yang sedemikian.
Puan Sifu, saya mengesyorkan buku ini kepada ‘mualaf panai’ yang Puan ceritakan itu. Penerangannya sentiasa disertai bukti kukuh dan seperti bercerita, mudah difahami oleh orang-orang biasa yang bukan dari kalangan ‘orang agama’.
Post a comment