Isu Hakcipta Dicuri: Nasihat kepada Tn. jOnOs
Tuan jOnOs,
Pertama-tama UNIKA merakamkan rasa simpati kepada tuan atas apa yang berlaku. UNIKA merakamkan rasa amarah terhadap penulis yang menggunakan nama Mohd. Khuzairi Ismail yang tuan imply telah mencuri harta intelek tuan.
Diminta para pengunjung UNIKA supaya mewar-warkan nama ini dalam blog masing-masing supaya perkara ini diketahui oleh orang ramai, supaya orang ramai berhati-hati dengan nama ini.
Tuan perlu menulis surat kepada Ketua Pengarang akhbar Utusan Malaysia dan melaporkan perkara itu, supaya pihak pengurusan akhbar itu mengetahui kedudukan perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya bagi menjaga kredibiliti akhbar tersebut.
Sekiranya tuan tahu di mana Mohd. Khuzairi Ismail ini bekerja, tuan dinasihati menulis surat kepada ketuanya dan laporkan perkara ini, supaya dengan itu pihak majikannya mengetahui bahawa salah seorang pekerjanya dikatakan melanggar undang-undang harta intelek dan hakcipta, dan jika terbukti benar, tindakan dapat diambil ke atas pekerjanya itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum..
Ribuan terima kasih kepada pihak Unika terutama Sifu Ainon di atas penyiaran dan nasihat ini.
Saya akan menghubungi pihak yang berkenaan bagi menyelesaikan perkara ini seperti yang telah dinasihatkan.
Terima kasih sekali lagi.
Post a comment