Friday, June 08, 2007

Isu Honorarium

Dalam bahasa biasa, makna honorarium adalah saguhati. Justeru, ia berbeza daripada istilah royalti.

Honorarium dibayar satu kali sahaja. Akhbar dan majalah membayar honorarium kepada penyumbang artikel.

Salah sebuah akhbar Melayu terbesar tidak secara automatik membayar honorarium kepada penulis artikel, cerpen dan sajak yang mereka terbitkan.

Jadi penulis-penulis itu sendiri terpaksa membuat fotokopi karyanya yang diterbitkan itu, hantar kepada akhbar tersebut, dan tagih honorariumnya! Baru dapat bayaran.

Cerita akhbar dan majalah tidak membayar honorarium adalah cerita yang biasa berlaku. Dalam kes seperti ini, kedudukan penulis amat lemah. Hampir tidak ada cara yang munasabah bagi membela nasib sendiri.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Royalti
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Teropong PTS: Apabila POPULAR Membuka Pejabat di London Previous entry: Tiga Kali Khatam
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/08  at  02:53 PM

Jadi honorarium ni memang hak penulislah!
Wajib tuntut?
——-

Firdaus  on  06/08  at  03:06 PM

Salam

Mungkin penulis-penulis di Malaysia perlu suatu badan seperti MACP yang mengutip royalti bagi pihak komposer-komposer. Jadi ada pihak yang tolong menagih hutang bagi pihak penulis.

Wallahulam

rastom  on  06/08  at  03:48 PM

Selain penulis, akhbar juga mengalami sindrom digital divide, dunia penerbitan dan komunikasi sudah berubah, masih lagi mahu fotokopi. Apa guna emel?

Namanya honorarium dan tradisi amalan akhbar tidak menjadikan bayaran itu wajib dan boleh dituntut seperti hak yang MACP lakukan kerana bahan bahan yang dikirim kepada akhbar itu dianggap semacam bahan yang unsolicited.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/08  at  04:02 PM

Salam, Puan.
Mentang-mentanglah istilahnya honorarium, maka terus diambil kesempatan!
Mereka ini sebenarnya buat-buat tak tahu tentang harta intelek dan bagaimana menghormati pengarang.
Bagi yang tidak membayar honorarium ini, ada bebarapa istilah yang sesuai, iaitu penyamun, perompak, dan juga lanun. Dan kesemuanya dilakukan secara terang-terangan! (Patutlah pun mereka tidak menghormati pengarang!)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/08  at  04:32 PM

Inilah dikatakan nasib penulis tapi saya bukanlah penulis…..

Zamri Mohamad  on  06/08  at  04:41 PM

Assalam alaikum Puan

Kepada siapakah tuntutan tersebut diajukan. Adakah kepada editor meja itu sendiri, pengurus atau bahagian akaun?

Terima kasih Puan

Kusyi Hirdan  on  06/08  at  08:27 PM

Saya juga pernah menerima nasib yang sama seperti fudzail. Entahlah, mungkin kerana ketika itu menjadi contributor yang tidak dilantik jadi mereka anggap artikel itu sebagai ‘hadiah’. Namun di satu sisi yang lain, kerana niat di hati hendak juga tulisan itu sampai ke khalayak, saya memaksa diri menganggap ia sebagai ‘hadiah’ juga.

Ingin berkongsi pengalaman. Ketika bekerja di sebuah majalah, saya in charge jaga bab-bab honorarium ini. Mungkin ada latar belakang admin jadi saya menyusun peringatan sebaik mungkin. Peringatan dibuat dengan catatan nota di meja diari (atas meja ada kalendar besar berbentuk diary, bank bagi). Saya cukup risau jika terlupa membayar contributors, sebab ini amanah. (Saya letak diri sendiri di tempat mereka)

Namun, sudah jadi amalan standard, contributors akan dapat bayaran 3-4 bulan kemudian, mula-mula kena disain oleh editor, kemudian pengurus besar, kemudian pengurus kanan dan akhirnya ke meja akaun. Akaun pula tu kena tunggu bos dia approve. Masing-masing bukan nak sain masa-masa itu sebaliknya mengikut angin dan sesuka hati sendiri.

Tapi yang penting saya sangat jaga hal ni.

Saya sangat hairan bila ada pihak akhbar dan majalah yang memandang enteng hal ini. Ada yang bagi alasan terlupa, fail hilang dan staf berhenti. Dan lagi, bayaran tu pun bukannya banyak sangat, sangat kecil.

Sungguh benar, nasib dan maruah penulis tidak terbela walau oleh pihak-pihak yang mempunyai beratus-ratus penulis di bawahnya. Hairan kan?

fudzail  on  06/09  at  06:42 PM

Salam PuanSifu

Honorarium adalah subjek menarik. Mengenai akhbar tersebut yang penulis terpaksa menagih bayaran, saya pernah keliru mengenainya.

Saya memang banyak menulis rencana (editorial) dan cerpen dalam akhir 90han, tetapi tidak pernah menerima apa-apa imbuhan. Menulis pun sekadar suka-suka (masa itu menyelit kritik terhadap mantan PM dan terlepas…laman editorial lagi). Hanya diberitahu tentang proses kemudian, maka saya tidak membuat apa-apa sebab masa itu sudah terbuang di Timur Tengah.

Apabila bertemu kembali dengan mantan Ketua Pengarang yang sama-sama kena buang kerana salah kem, ketawa sahajalah.

Sebuah akhbar lagi, selalu menyiarkan rencana tetapi tidak meletakkan nama saya sebagai penulis, maka walau saya membuat tuntutan, tidak juga mendapat layanan. Mungkin kerana saya bukan penulis ternama. Terus sahaja artikel tersiar (secara mingguan) tanpa nama saya sebagai penulis, malas nak buat tuntutan, saya pulaukan sahaja akhbar tersebut (juga tidak meninggalkan kesan kerana saya ini bilis, mereka itu jerung besar)

Lebih melucukan, sewaktu saya menuntut tahun 80han dahulu, banyak artikel (rencana, cerpen, sajak) tersiar dalam beberapa akhbar nyamuk terbitan (kini juga sebuah penerbitan novel cinta terbesar).

Apabila saya pulang untuk menuntut bayaran (seminggu duduk di pejabat mereka menyelongkar akhbar dan majalah lama sebagai bahan bukti), didapati semua honorarium telah dibayar…..dan ada orang yang tolong ambil dan tandatangan baucer atas pihak saya…...saya hanya ketawa dalam kesedihan, bukan kerana nilai honorarium, tetapi nilai maruah.

Halalkanlah, mungkin si pelakunya memerlukan wang lebih dari saya.

Wallahualam.

Tuan Fudzail,
Mudah-mudahan pihak pengurusan ‘akhbar nyamuk’ itu ada membaca apa yang tuan tulis ini.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: