Thursday, January 24, 2008

Isu KOMSAS: Pegawai PPK Minta Rasuah daripada Penerbit

Begitulah kata Puan Salbiah Ani, Wartawan Kanan Berita Harian. Baca di sini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Terbaru dalam Siri "Aku Mahu" oleh Ain Maisarah Previous entry: Isu KOMSAS: Dato' A Samad Said Tidak Mahu Lagi Dipanggil "Sasterawan Negara"
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/24  at  09:44 PM

Salam sejahtera,

Izinkan saya tumpangkan sedikit komen di sini. Budaya ‘sogok’ di negara kita memang sudah melampau. Bukan sahaja berlaku di sesetengah jabatan kerajaan, di IPTA tetapi juga di dalam syarikat GLC. Walaupun tidak semua pegawai atau staf-staf yang memintanya, namun memang ada yang meminta, ini adalah suatu fakta dan bukan fiksyen.

Tetapi bagi yang meminta itu, mereka tidak sedar bahawa kadangkala orang yang dipinta itu hidupnya sedang nyawa-nyawa ikan (bisnesnya hanya cukup-cukup makan, ataupun baru hendak hidup). Rasa amat-amat teraniaya sekali! Paling dikesalkan dan mengaibkan ialah ‘tukang pinta’ itu bukan memakai ‘mini skirt’ atau ‘berambut punk’ tetapi yang membawa imej luaran seorang muslim ataupun muslimah sejati !

Maka, tidak hairanlah pada suatu masa nanti bangsa ini akan hancur dan musnah kerana aktiviti penganiayaan dalaman yang berleluasa seperti kanser. Hanya kerana sedikit wang kita mahu menghancurkan satu industri, menjatuhkan maruah bangsa dan menghancurkan seluruh bangsa itu sendiri.

Wang sogokan memberi impak yang serius kepada sesebuah ekonomi, kos barangan dan operasi meningkat, kos pembiayaan juga meningkat (kerana terpaksa biaya wang sogokan), dan bermacam-macam lagi, seluruh rantaian ekonomi sesebuah masyarakat akan merasa bahangnya!

Memang ‘tukang pinta’ ini ‘bahlul’ dan ‘tidak bertamaddun’. Paling sedih korbannya ialah anak-anak kita terpaksa menimba ilmu ‘sampah’ demi memuaskan poket mereka! Mereka ini tidak layak berada di sana (ada ramai orang lain yang lebih mulia dan berkelayakan) dan mesti dihapuskan !

Sekian,
Salam abidin.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: