Monday, July 28, 2008

Isu Konsep Hakcipta dalam Islam: Marah Seorang Penerbit

Cakap-cakap 'ustaz' amat dihormati oleh orang-orang awam. Tidak ada orang awam yang berani mengatakan cakap 'ustaz' salah. Hanya ustaz sesama ustaz sahaja yang berani salah-menyalahkan satu sama lain.

Justeru, ustaz-ustaz perlu berhati-hati apabila bercakap dan menulis berkenaan topik-topik yang mereka sendiri tidak pernah menjalankan kajian mengenainya, sebab banyak orang akan berpegang kuat kepada cakap-cakap ustaz, meskipun cakap ustaz itu salah.

Dalam isu konsep hakcipta dalam Islam, ustaz-ustaz jangan mengeluarkan fatwa berdasarkan pandangan peribadi. Jangan terus mengeluarkan fatwa bahawa Islam tidak mengiktiraf adanya 'harta intelek'.

Rujuk dahulu kepada pakar-pakar yang sudah menjalankan kajian berkenaan konsep harta intelek dalam Islam. Salah seorang pakar itu adalah Ustaz Arief Salleh Rosman, pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia. Tesis MA beliau (sudah diterbitkan dan sudah saya baca) adalah dalam bidang harta intelek dalam Islam. 

NOTA: Sifu sudah menghubungi Ustaz Arief Salleh Rosman supaya menjelaskan kepada kita konsep harta inetelek dalam Islam. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ada-ada Sahaja: Dr. Tengku Asmadi dan After-Sales-Service Previous entry: Kedai Buku Koperasi Universiti Terlibat dengan Pasaran Gelap Buku Teks
mohamadkholid  on  07/28  at  06:58 AM

Ustaz pun manusia juga - tidak kebal dari kesalahan.  Bos kita pun begitu juga, bentuk berbeza - konsep berlainan.  Kadang kala oranmg tidak ustaz kerana nak jaga air muka saja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/28  at  07:00 AM

Kadang kala orang tidak tegur ustaz kerana hendak jaga air muka…

Akira  on  07/28  at  03:01 PM

Sifu, dia bukan ustaz. Seorang ustaz berwibawa takkan menulis begitu. Lagipun isinya lebih berunsur ‘menyerang’ dan bukan ‘memudahkan’. Lagipun dia tidak ada mengatakan dirinya ustaz dalam mana-mana ayatnya. Kalau dia berani, nyatakan siapa gurunya.

Bak kata orang… ‘let’s put a smile in that face’

nurpalestina  on  07/20  at  11:34 PM

[removed]void(0);
downer
salamunalaikum.
pertama, izinkin hamba yang hina ini menyuarakan sedikit pandangan dan pendapat.
sebenarnya, apakah kita menulis,berkarya, dsbg hanya semata kerana DUIT @ keuntungan peribadi? bukankah kita dituntut melakukan sesuatu itu kerana ALLAH semata?
ana terkilan apabila penulis/penerbit buku-buku agama yang mengandungi hadis, petikan dari ayat-ayat al-quran menyatakan itu hak cipta mereka yang terpelihara. sedangkan hadis dan ayat al-quran itu diturunkan ALLAH bukan untuk orang-orang tertentu sahaja. bagaimana jika ada orang yang tidak mampu membeli buku-buku tersebut atau buta huruf untuk membaca? apakah ‘dakwah’ penulis itu hanya untuk insan tertentu yang mampu memberikan ‘pulangan’ pada nya sahaja? dimanakah konsep ‘sampai-menyampaikan’ seperti yang dianjurkan Rasulullah? ‘sampaikan dariku walau 1 ayat.’
sungguh hairan kerana adanya tanda ‘copyright’ ini pada buku-buku islamik yang berbentuk dakwah. apakah kita tidak menyedari bahawa se4suatu ilmu yang kita miliki itu datangnya dari ALLAH? jadi apa salahnya jika ilmu itu dikongsikan tanpa perlu mencari keuntungan semata?
pada ana sebagai penulis jalanan ini, itu bukan satu akhlak yang baik. mungkin pada sesetengah mata lain yang memandang tulisan ana ini menyanggah dengan apa yang ana katakan.
marilah kita tarbiyah diri dan ikhlaskan semua tindakan kita [yang membawa manfaat].semoga dari situ, ada keberkatannya dan rezeki itu dilipatgandakan oleh PEMILIK SEGALA ILMU dan MAKHLUK. Allahua’lam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/24  at  12:48 AM

Wassalamualaikum

Sila rujuk kitab karangan Pendidikan anak-anak di dalam Islam oleh Dr Abdullah Nasih ‘Ulwan. Ada bab yang membicarakan tentang hukum minta upah dalam berdakwah.

Huraian berkenaan hakcipta banyak ambil qias dari dalil yang digunakan pada bab ini.

Berhati2 dengan karangan penulis picisan dalam bab copyright. Mereka kadang-kadang cuma memetik pendapat ustaz yang mungkin tidak didedahkan dengan fakta secara menyeluruh, ie. ilmu alat. Kadang-kadang penulis yang menulis dalam harakah dan sinar juga terjebak. Mungkin pendapat yang longgar ini sesuai dengan nafsu mereka yang nak benda free.

Industri Nasyid telah berjaya dilumpuhkan oleh cetak rompak. Penyebar mp3 nasyid haram pula merasa suci sangka mereka sedang menyebar dakwah. Padahal mereka melumpuhkan dakwah.

Kata seorang ustaz,‘System copyright adalah sunnah Allah. Amalan baik kita yang berpanjangan diambilkira dan direcognize melalui sistem pahala ke level terpaling kecil walau sekecil zarah.’

Pertindanan antara gunapakai label copyright dan penggunaan ayat quran & hadith sudah dijelaskan di entri lepas-lepas.

wassalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.