Wednesday, November 18, 2009

Isu Memilih Judul Komik-M

Di bawah ini adalah catatan oleh Tn. Syazul Amal yang mempunyai pengalaman mengadakan pameran buku-buku PTS di sekolah-sekolah:

Saya tidak tahu hendak kategorikan jenis-jenis kartun tetapi saya lihat jenis lukisan menjadi pilihan kepada para pembeli remaja lelaki.

Pilihan pertama adalah lukisan kartun seakan-akan manga. Mungkin kerana terpengaruh dengan pelbagai kartun jepun yang banyak ditayangkan di TV dan komik manga.

Pilih kedua adalah lukisan kartun ala-ala Ujang, Kecemprengman. Mungkin kerana pengaruh pelukis kartun Malaysia dan komik MOY dan Gila-Gila.

Pilihan ketiga adalah lukisan pahlawan-pahlawan dahulu. Kurang pengaruh, jadi jualan sedikit kurang.

Pilihan keempat adalah komik SciFi. Mungkin kerana tajuk yang mereka tidak faham, maklumlah budak-budak lelaki darjah 4, 5 dan 6. Contoh perkataan-perkataan Hibrid dan TwinX. Yang ini saya pun tidak faham, kenapa kurang jualan walhal jenis kartun Jepun juga.

Jadi saya cuba membuat kesimpulan di sini,pembaca komik ini sukakan fantasi yang dekat dengan dunia mereka. Contoh, seorang budak sekolah menengah yang pandai main bola dan punya kuasa sepakan berapi.

Walaupun begitu, pasaran komik masih laut biru, jadi strategi PTS untuk mencuba semua kategori memang tepat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Laku tetapi Tiada di Kedai Previous entry: Surat dari Cik H yang Menggumbirakan!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/18  at  01:01 PM

Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara Syazul.
Sebagai pembaca komik tegar sejak dari remaja, saya sangat tertarik dengan penyataan “...pembaca komik ini sukakan fantasi yang dekat dengan dunia mereka…”.

Kita ambil contoh manga, kebanyakan hero-nya adalah orang biasa/nerdy/geeky. Kalau yang ada superpower, mungkin dia tidak tahu/lambat tahu dan sebagainya.

Jadi kita sebagai pembaca dapat relate dengan watak-watak tersebut.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/18  at  01:03 PM

saya bukan hendak menghina komik kepahlawanan, tetapi segalanya tentang komik kepahlawanan (pakaian/bahasa/hikmat/superpower-jika ada) adalah tidak cool. Remaja sangat sukakan sesuatu yang cool. maafkan saya kerana bersikap jujur.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/18  at  11:53 PM

Salam…

Semuanya gambar kartun…

Sailormoon,Pokemon: Manga/anime untuk budak sekolah rendah (kanak-kanak)

Chibi Maruko Chan, Sin Chan: Semua golongan usia faham

Siri Gundam, Bleach: Untuk remaja (budak sekolah menengah), young adults (18-24 tahun) dan dewasa. Tidak ada budak sekolah rendah yang sukakan Gundam kerana itu cerita politik. (Twinx khabarnya mirip dengan Gundam. Sebelum ini saya berminat juga untuk membelinya kerana fikir ia Gundam juga tetapi ikut acuan Malaysia kerana Gundam Jepun agak bagus interpretasi politiknya).

Jadi, adakah mungkin salah packaging? Kandungan dewasa dengan packaging kanak-kanak? Kanak-kanak tidak beli kerana tidak faham ceritanya. Golongan remaja dan dewasa tidak beli kerana fikir itu cerita kanak-kanak sekolah rendah. Atau kalau berminat nak beli pun ‘cover line’- konon untuk anak buah kerana merasa malu. Remaja lelaki terutamanya tidak akan membeli sesuatu yang tidak kelihatan ‘cool’ apatah lagi dilihat membaca sesuatu yang kelihatan sama dengan kulit buku cerita budak sekolah rendah. Tetapi budak sekolah rendah akan nampak ‘cool’ jika dilihat membaca bahan yang dibaca oleh golongan lebih dewasa.

Mana-mana wira zaman lama ataupun moden/zaman masa depan perlu ada keterampilan, karisma, gagah bergaya dengan pose yang menarik pada kulit depan, perlu cukup kacak, ada citarasa dalam berpakaian, gaya rambut yang hebat, kelihatan cukup gah. Saya sendiri pernah suatu ketika membaca siri wuxia (komik nipis murah yang beratus sirinya)hanya kerana tertarik dengan gaya lukisan cat airnya yang cantik. Mengenai jalan ceritanya tidak perlu saya ulas di sini.
Mana-mana watak atau hero utama mungkin digambarkan berusia muda/kanak-kanak tetapi kisahnya lebih sesuai buat golongan yang lebih berusia… sekadar pandangan saya, sekian terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: