Thursday, November 01, 2007

Isu Moral dalam Produk Impot

Kartun-kartun produk Jepun yang dialih bahasa ke bahasa Malaysia menggunakan istilah-istilah yang sama sekali tidak mendidik. Anda tentunya akan sentiasa mendengar kata seperti ‘tak guna’, ‘kurang ajar’ dan lain-lain yang dituturkan oleh watak.

Dalam Neon Genesis Evangelion ada banyak adegan yang tidak layak ditonton kanak-kanak. Misalnya, adegan ketika watak Eva-01 menikam Angel ke-3. Juga adegan pilot Eva-02, Asuka, telanjang di bilik air. baca di sini

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Kanak-kanak
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jangan Lupa! SABTU 24.11.07 Previous entry: Hakcipta: Apabila Ulamak Berkata, "Saya waqafkan ilmu saya."
Siti Hajar  on  11/02  at  10:08 AM

Salam Puan,
Selain daripada penentu program di stesen televisyen, penterjemah yang menyediakan sarikata atau alih bahasa juga bertanggung jawab dalam hal ini. Ramai penterjemah merasakan perlu menterjemahkan semua yang ada tanpa mengira kesan pada penonton.

Sebagai penterjemah, seseorang itu bertanggungjawab membetulkan fakta yang salah dan juga menukarkan bahasa yang digunakan agar sopan serta bersesuaian dengan umur penonton juga budaya mereka.

Dalam kes ini, perkataan-perkataan yang tidak baik itu boleh ditiadakan langsung tanpa mencacatkan cerita. Apa salahnya? Jika kita benar-benar pasti mengapa kita lakukan sesuatu, sudah tentu kita mampu berhujah mempertahankannya. Dan insyaAllah, jika dilakukan dengan niat kerana Allah, tentu baik juga sudahnya.

Yang membenarkan kanak-kanak menonton siri sebegitu juga bertanggungjawab. Adakah kuasa memantau itu tidak lagi di tangan mereka sebagai penjaga? Adakah perlu diturutkan segala mau anak-anak? Jika tidak menonton rancangan kartun, adakah tidak sempurna hidup anak itu?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/02  at  10:44 AM

Cikpuan Siti Hajar,

Kalau setakat terjemahan komik dan kartun… tidak ada sesiapa yang peduli hendak mempertikai apabila penterjemah tidak menterjemahkan bahasa-bahasa kurang adab dan biadab itu!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/04  at  04:32 PM

salam puan,

tahukah puan bahawa neon genesis evangelion(NGE) adalah anime untuk orang dewasa?

di myanimelist rating umur NGE adalah 17+ manakala movie kedua 21+.hal ini jelas menunjukkan NGE adalah untuk DEWASA SAHAJA!

puan hendak mempertikaikan tentang naruto yang disiarkan oleh tv3,rating umur naruto di US adalah 13+.ini juga menunjukkan naruto bukan untuk budak.

sekiranya puan sukakan anime yang membawa kebaikan saya amat mengesyorkan puan menonton atau tv3 memasang anime yang berkaitan dengan kepentingan keluarga,kawan seperti
natsume yuuchincho(http://myanimelist.net/anime/4081/Natsume_Yuujinchou),air(http://myanimelist.net/anime/101/Air) dan banyak lagi la

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: