Monday, July 14, 2008

Isu Tabiat Membaca Rakyat Malaysia: Bagaimana TV dan Akhbar Menyebarkan Informasi Salah

Rakyat Malaysia semakin suka membeli dan membaca buku.

Buktinya, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) melaporkan bahawa bagi tahun 2007, jumlah judul yang diterbitkan di Malaysia sudah meningkat ke 14,000.

Pada tahun 2003, jumlah itu adalah 6,000 judul. Ini adalah lonjakan jumlah yang amat ketara, yakni lebih 100% dalam tempoh 4 tahun.

Lonjakan seperti itu bukan hanya berlaku pada jumlah judul buku yang diterbitkan. Lonjakan juga berlaku pada jumlah pengunjung pesta buku, jumlah pempamer dalam pesta, pada jumlah booth, pada jumlah penerbit buku, jumlah kedai buku, jumlah naskhah cetakan, jumlah jualan buku dan jumlah pengarang.  

Perkembangan pesat ini membuktikan bahawa gerakan kempen membaca yang dijalankan oleh PNM selama ini sudah menghasilkan kemajuan ke atas tabiat membeli dan membaca buku di kalangan rakyat Malaysia.

Perlu diingat bahawa statistik PNM itu tidak memberi gambaran sebenar judul-judul yang dibeli dan dibaca oleh rakyat Malaysia. Statistik PNM itu hanya terhad pada judul buku-buku yang diterbitkan dalam negara.

Statistik PNM tidak mengambil kira bahawa jumlah judul buku yang diimpot dan dijual kepada rakyat Malaysia adalah berlipat kali ganda lebih banyak daripada jumlah judul yang diterbitkan dalam negara.

Mudah-mudahan trend peningkatan jumlah judul terbitan dalam negara ini akan terus naik. 

Namun masih ada petugas stesen TV dan media bercetak yang mengeluarkan komen-komen orang tidak membaca dan pasaran buku negara ini amat buruk, seolah-olah tidak ada langsung pembaikan pada tabiat membaca di kalangan orang ramai.

Jika rakyat Malaysia masih tidak suka membeli dan membaca buku, tidak mungkin setiap tahun jumlah kedai buku semakin bertambah banyak.

Cakap-cakap yang mengatakan orang Malaysia malas membaca buku boleh memberi kesan negatif ke atas motivasi para penulis dan para penerbit. Orang tidak mahu menjadi menulis, dan takut hendak menjadi penerbit buku.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Membeli Hakcipta Novel Secara Kreatif Previous entry: Debat DS Anwar Ibrahim dan Dato' Shabery Cheek
 on  07/15  at  08:07 AM

Penyebaran informasi yang salah terhadap tabiat membaca rakyat Malaysia sangat mendukacitakan. Sesuatu perlu dilakukan untuk menangkis penyebaran sedemikan. Aktiviti Book Talk perlu dijadikan budaya baru kepada generasi sekarang. Pihak-pihak yang berkenaan hendaklah melipatkan lagi usaha dan mencari jalan untuk mengaktifkan kegiatan pembacaan dan penerbitan buku-buku di negara kita. Agar matlamat memandaikan bangsa akan tercapai. Insya Allah.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: