Friday, July 18, 2008

Isu Penerbitan Terjemahan Buku-buku Arab Kontemporari

Salah satu pertanyaan yang sering kali kita terima daripada peminat buku-buku Arab adalah: Bukankah banyak penulis-penulis Arab moden, yang masih hidup, yang karya mereka menerima sambutan panas di Timur Tengah. Mengapakah PTS tidak menterjemahkan karya-karya mereka itu dan menerbitkannya?

Beginilah respon kita:

1. Buku-buku penulis moden Arab itu amat cepat diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia.

Dari segi perlumbaan waktu, kita tidak dapat mengatasi kecepatan kerja penerbit Indonesia. Nanti, kita belum siap menterjemah, buku edisi Indonesianya sudah diimpot masuk oleh pengedar buku-buku agama di Kuala Lumpur.

2. Kos terjemahan Indonesia amat murah berbanding dengan kos terjemahan di Malaysia.

Kos terjemahan di Malaysia adalah tidak masuk akal tingginya dalam perkiraan mana-mana syarikat penerbitan swasta. Penterjemah yang sudah biasa dimanjakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), mahukan 15 sen seperkataan.

3. Kualiti terjemahan Arab-Melayu di Malaysia masih amat rendah.

Kualiti terjemahan penterjemah Arab-Melayu kita di Malaysia masih amat tradisional berbanding kualiti rakan-rakan mereka di Indonesia yang sudah jauh lebih maju saat ini.

4. Lesen terjemahan

Penerbit Indonesia yang mendapat lesen terjemahan itu hanya memohon lesen bagi terjemahan ke dalam Bahasa Indonesia sahaja, tidak termasuk Bahasa Melayu Malaysia. 

PTS dan MIZAN sedang bekerjasama supaya apabila MIZAN memohon lesen, maka dimohon sekali hak edisi Bahasa Melayu Malaysianya. Apabila ini sudah dilaksanakan, PTS hanya perlu mengedit sahaja terjemahan Indonesianya yang dilakukan oleh MIZAN. Ini tentu sekali merugikan penterjemah Malaysia, tetapi demi mengurangkan kos, strategi ini adalah amat logikal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Terjemahan
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Khutbah Jumaat PTS: Berdakwah Menggunakan Khabar-khabar Baik Previous entry: Berita Gembira dari BORDERS untuk Pasaran Buku-buku Melayu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/07  at  02:58 PM

Assalamu alaikum.

Puan mengatakan:

“3. Kualiti terjemahan Arab-Melayu di Malaysia masih amat rendah.

Kualiti terjemahan penterjemah Arab-Melayu kita di Malaysia masih amat tradisional berbanding kualiti rakan-rakan mereka di Indonesia yang sudah jauh lebih maju saat ini.”

Apakah yang puan maksudkan dengan ‘berbanding kualiti rakan-rakan mereka di Indonesia yang sudah jauh lebih maju saat ini’

Maju dari sudut apa yang puan maksudkan?

Jika dari sudut bahasa, mungkin benar. Tetapi jika dilihat dari sudut ketepatan terjemahan dengan kehendak sebenar teks asal bahasa Arab, saya masih amat ragu-ragu dalam hal ini. Bukan saya maksudkan semua terjemahan, tapi kebanyakan yang saya sempat lihat dan perhati, terutama terjemahan bagi kitab-kitab agama dalam bidang syariah amat-amat tidak memuaskan, bahkan kadang-kadang berlawanan dengan kehendak asal, sehingga saya membuat kesimpulan, terjemahan itu tidak ada orang yang mengedit balik dari sudut ketepatannya dengan maksud atau kehendak asal pengarang. Wallahu a’lam.

Maaf, sekadar pandangan cetek saya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: