Isu Perjanjian Penerbitan: Mungkinkah DBP Ditarik ke Mahkamah oleh SN Dato’ A Samad Said
Jam 7.00 petang Kita menerima nota ini daripada Sdr. Helmy Samad...
Salam.
Saya tahu Pak Samad rasa berat sekali untuk membawa perkara ini ke mahkamah - dia sebenarnya amat menyayangi dan hargai DBP. Tetapi, apa yang berlaku sekitar dua, tiga tahun tahun ini melorongkannya ke arah itu.
Dia “cuba” untuk “bercakap” dengan pembesar-pembesar DBP, tetapi tidak ada respon memberangsangkan dari mereka. Yang ada, adalah respon dari “orang lain”. Ia seakan bercakap dengan si A, tetapi yang menjawab si B.
Pembesar-pembesar ini bukannya orang yang tidak dia kenali… malah mereka seakan adik-adik padanya.
Andai ia berlaku (membawa DBP ke mahkamah), ia adalah satu keputusan yang akan melukakannya - malah sekarang ini pun dia terluka dengan apa yang berlaku.
Saya tidak fikir penerbit-penerbit akan menerima nasib dinasor - pupus. Saya rasa ini hanya akan menukar persepsi, tadbir dan cara berurusan para penerbit… di mana sedikit sebanyak bila keadaan kembali tenang ia bukan saja akan menguntungkan para penulis, tetapi para penggemar dan para penerbit juga.
Persaingan wujud dan buku-buku akan lebih bermutu dari segi karya dan bentuk. Harga akan berdaya saing dan penggemar buku akan meraih keuntungan dari segi nilai dan ilmu.
Hak penulis, hak penerbit dan hak pengguna harus adil saksama. Jika ini berlaku, penulis senang hati, penerbit senang berniaga dan penggemar senang membeli.
Sekurangnya itu pandangan saya yang hijau ini…
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Nadanya masih di atas pagar,
namun,
ia berat untuk jatuh ke medan tempur (mahkamah).
——-
Assalamu’alaikum Puan Sifu, Sdr Helmy Samad,
Demi membawa satu amanat untuk melakukan perubahan, dan oleh kerana satu-satu perubahan itu mungkin menyakitkan, maka teruskanlah dengan niat dan azam untuk menuntut keadilan itu.
Sekali melangkah, teruskanlah. Perjalanan seribu batu dimulakan dengan langkah yang pertama.
Bawa ke mahkamah itu kerja senang. Menjalani proses perbicaraan mahkamah itu mengambil masa yang panjang dan cukup menyibukkan.
Kes perebutan trademark UJANG berlanjutan semenjak tahun 1997 sehingga sekarang tidak kunjung selesai. (Saya ada 19 kes tertangguh berkenaan tuntutan HAK MILIK KARYA INTELEK ini.)
Beratus ribu habis dan akhirnya tinggal sehelai sepinggang sementara rakan dan sahabat yang berkobar-kobar memberi perangsang dan nasihat untuk memperjuangkanya dahulu hilang entah ke mana.
Quote: “Beratus ribu habis dan akhirnya tinggal sehelai sepinggang sementara rakan dan sahabat yang berkobar-kobar memberi perangsang dan nasihat untuk memperjuangkanya dahulu hilang entah ke mana.”
Biasalah, adat dunia. Andre La Mothe mengalami nasib yang sama sewaktu XGames LLC vs Hasbro Inc.
*Andre La Mothe adalah mentor saya, dan seorang yang genius, bekerja di NASA sewaktu berumur 20 tahun, pereka pertama yang mencipta virtual reality komersil, meng’upgrade’ formula grafik Bresenham Algorithm, dan banyak lagi.
Itulah tu… bayangkan seorang yang genius macam itu pun boleh terkelepet apabila masuk bab-bab hak milik ni… apa lagi saya yang iQ tahap karipap sahaja.
Errr.. dia tidak terkelepet, cuma syarikat dia syarikat kecil, Hasbro adalah gergasi permainan (toys).
Atas kertas dia boleh menang, tetapi Hasbro memiliki kebolehan kewangan. Leret, leret, leret, terus cancel. Sebab itu Andre berhenti buat game software, sebaliknya hardware yang dia boleh patentkan (http://www.xgamestation.com)
Bleem vs Sony begitu juga. Bleem sepatutnya menang sebab tidak menggunakan kaedah ‘reverse engineering’ tetapi apabila kes berlanjutan 4 - 5 tahun sedangkan produk tidak boleh dijual, terus kaput.
Saya rasa kes saudara, saudara boleh menang juga (mungkin). Tetapi kalau berleret-leret sangat… duit boleh habis.
Errr… kalau anda rajin ‘google’, pejabat Andre juga pernah dipecah masuk dan dokumen-dokumen penting dicuri. Syarikat yg berkerjasama pula diugut - dsb.
Errr… Google juga ‘Hasbro lawsuit’, ia memang hobi Syarikat Hasbro. Dengar khabar, ia bankrupt (akhirnya dijual?) sebab suka sangat meng-lawsuit orang, duit sendiri habis.
Antara sebab duit dia habis ada syarikat yang sanggup ‘ke darah terakhir’. Clue Computing vs Hasbro, menang Clue Computing.
Kebanyakan kes memang kebarangkalian menang orang lain, cuma Hasbro waktu itu ada banyak duit. Itu sahaja…
Andre fikir, daripada habis duit, baik guna untuk buat produk lain (ia kes IP gameplay, dan game play tidak boleh dicopyright, sebab itu Andre sepatutnya menang)
Post a comment