Malaysia Patut Mencontohi Negara-negara Benua Eropah, Bukan Benua India dan Afrika
Semua negara-negara Eropah mengajarkan sains dan matematik kepada kanak-kanak sekolahnya menggunakan bahasa masing-masing.
Malaysia mahu maju sebagaimana majunya negara-negara Eropah, tetapi dalam pengajaran sains dan matematik kita ikut pula cara negara-negara miskin di benua India, Afrika dan Latin Amerika yang menggunakan bahasa-bahasa bekas penjajah.
Bandingkan pendapatan per kapita negara-negara yang meminjam bahasa bekas penjajah dan negara-negara yang menggunakan bahasa masing-masing. Baca di sini.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Finland——-> $35,500 (2007 est.)
Bahasa orang Finland tidak masyhur seperti bahasa Eropah yang lain. Pengurus jualan Nokia yang saya temui pun tidak berapa fasih BI. Nokia berjaya juga ke seluruh dunia hingga menjadi market leader. (Tanpa PPSMI)
Kalau pemimpinnya dah ada mental block, nak buat macam mana lagi.
Dalam kepala otak dia orang tu, dia orang dah set, “Kalau tak kuasai BI, kita tak boleh maju.”
Sebab dia orang ni dah kena virus anjing-anjing penjajah. Dia orang tak ada keyakinan diri.
Hai, macam manalah orang kita nak maju kalau dipimpin oleh orang-orang yang tak ada keyakinan diri.
Dia orang nak orang putih bagi makan suap kepada orang Melayu.
Siapalah orang tu ya?
Negara2 Eropah tu…
tidak mengamalkan NEP,
tidak mengamalkan Ketuanan sesuatu kaum,
tidak menindas sesuka hati,
tidak merompak dari rakyat sendiri,
tidak asyik menukar istilah2 dalam bahasa masing2,
tidak sibuk nak mengadakan Dewan Bahasa masing2
tidak sibuk nak buat tunjuk perasaan mengagahkan bahasa masing2
TETAPI….
Berusaha menaikkan martabat penutur2 bahasa masing2
berkeyakinan akan usaha2 sendiri, tidak mengharapkan suapan kerajaan,
mengamalkan sistem merit
berusaha meningkatkan tulisan dan usaha2 intelek dalam bahasa masing2
terbuka kepada penggunaan bahasa2 asing dalam masyarakat
Sesungguhnya Bahasa mencerminkan Bangsa. Bahasa Melayu macam mana?
Post a comment