Tuesday, April 07, 2009

Isu PPSMI Menyumbang kepada Peningkatan Majoriti Kemenangan PR di Bkt Gantang dan Bkt Selambau

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kita yakin bahawa isu PPSMI adalah salah satu faktor yang membantu swing undi BN kepada PR, baik di Bukit Gantang mahupun di Bukit Selambau.

Saya melihat sendiri dengan mata kepala saya bagaimana respon hadirin yang mendengar ceramah SN Dato' A Samad Said dan bacaan sajak Dinsman di Taman Ria Sungai Petani. Mereka memang menentang PPSMI dan penghinaan terhadap status Bahasa Melayu yang dilakukan oleh UMNO.

Di Air Kuning, Bukit Gantang, saya melihat respon hadirin kepada ceramah anti PPSMI oleh bekas presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Cikgu Nordin. 

Jika UMNO masih tidak mahu mengembalikan dasar bahasa penghantar kepada keadaan sebelum 2003, isu PPSMI pasti akan membawa padah besar kepada kerajaan BN dalam PRU-13 nanti. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 17 - 26 April 2009 di PWTC Previous entry: Dicetak 5 Ribu, Habis dalam Tempoh 1 Bulan
Amran  on  04/07  at  10:51 PM

Alhamdulillah terima kasih pejuang bahasa sekalian. Kemenangan ini adalah kemenangan bermakna anda sekalian. Bersyukur tidak terhingga hampir menitiskan airmata…...Terima kasih Pak Samad terima kasih Puan Ainon terima kasih Dinsman terima kasih semuanya. Saya pernah saksikan beliau deklamasi sajak Tsunami di ASWARA memang hebat dapat pujian Prof Rahman masa tu. Saya sendiri kagum dia berjaya mengangkat penulisan dia dalam deklamasi….Tahniah anda semua….Mudahan kita segera kembali kepada acuan tersendiri berteraskan Islam sejati…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/09  at  09:39 AM

Alhamdulillah! Gerakan Anti PPSMI menang di 2 Bukit. Menteri Pelajaran mungkin bertukar. Apa langkah seterusnya kita GMP?

Ingat! Mahathir Perosak dan Pengkhianat Bahasa Melayu kembali lagi. Awas!

Moga GMP sudi beri kepada Mahathir tikar sembahyang dan tasbih…. Oops! Jangan beri kain kapan, weeh!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: