Monday, February 18, 2008

Isu ‘Rambut Perempuan’ dalam Foto dan Lukisan

Banyak bahagian pada tubuh perempuan adalah termasuk dalam 'aurat'. Aurat bermakna 'rahsia'.

Isu melukis, menatap dan memperdagangkan aurat perempuan mempunyai banyak implikasi ke atas bisnes penerbitan. Isu 'rambut perempuan' pun sudah cukup kompleks, belum lagi isu aurat lain.

Menganai isu rambut perempuan, tiga daripada empat mazhab utama mengatakan rambut perempuan tidak boleh difoto ataupun dilukis bagi tujuan mahu dipertontonkan kepada yang bukan muhrim.

Hanya mazhab Hanafi sahaja yang berpendapat rambut perempuan boleh dilukiskan dengan syarat lukisan itu tidak menimbulkan rangsangan nafsu seksual. Mazhab Jaafari juga sependapat dengan Imam Hanafi.

Dalam zaman ini, Dr. Yusuf Qardawi juga sependapat dengan Imam Hanafi. Syarat yang beliau kenakan adalah "tidak menimbulkan rangsangan nafsu seksual". 

PTS sedang mendapatkan pandangan panel penasihat agamanya berkenaan apakah unsur-unsur teknikal pada lukisan dan foto rambut perempuan yang dikatakan "dapat menimbulkan rangsangan nafsu seksual" dan "yang tidak dapat menimbulkan rangsangan nafsu seksual."

Nota: Cuba lihat lukisan rambut perempuan pada kulit buku di bawah ini. Apakah lukisan rambut itu menimbulkan rangsangan syahwat ataupun tidak? Apa pendapat saudara? 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Komik & Ilustrasi
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Lain-lain Produk Residual yang Dapat Dijual Bersama Novel HP PTS-METADOME-HOTLINK Previous entry: Laut Biru PTS: Lagu dan Muzik dalam Novel Mobile PTS-METADOME
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/18  at  03:52 PM

Rambutnya nampak tidak dicuci. Tidak menaikkan nafsu lelaki dan tidak dicemburui wanita.

Mohd Nadzrin Wahab  on  02/18  at  04:19 PM

Salam UNIKA,

Sebagai seorang lelaki, izinkan saya memberikan satu pandangan dari dalam lubuk hati dan pemikiran makhluk yang dinamakan Adam.

Di dalam budaya kemanusiaan, ada yang dianggap wajib dan ada yang dianggap sunat (penakrifan budaya Melayu, bukan fiqh). Maka yang wajib itu baju, yang sunat itu samping dan setanjak. Barulah lengkap namanya. Barulah datang segak dan sajaknya.

Sebuah lukisan yang tiada bingkai, hanya sempurna wajibnya, tetapi sunatnya tiada. Maka tidak lengkap penampilannya. Tiadalah kagum dan hairannya. Tetapi, jika lukisannya tiada, walaupun bingkainya wujud, akan cacatlah pandangan kita padanya.

Begitu juga rambut wanita. Sekiranya wanita itu sememangnya cantik mempersona, indah peribadi dan budi bahasanya, tiada rambutnya, ibarat cacat dirinya. Tetapi, jika rambutnya juga cantik sepadan, maka sempurnalah lawanya dan timbullah berahi memandangnya.

Maka, apabila seorang lelaki memandang seorang wanita berambut bersih, panjang, ikal, mayang dari belakangnya, terdetiklah di dalam hati, pasti cantik lukisannya, kerana bingkainya begitu juga.

Namun, ketika melintasinya, pantas didapati indah khabar dari rupa, berahi pupus, nafsu mengecut dan langkah pula laju menapak bumi.

Jika rambut sendiri mampu menaikkan dan mengekalkan nafsu seseorang lelaki itu, maka setiap lelaki mesti ada simpanan segumpal rambut di rumah.

Bagi gadis di dalam gambar itu pula, bukan rambut itu yang menaikkan nafsu tetapi posisi kedua-dua lutut gadis itu yang dirapatkan ke dadanya dan kedua-dua bahunya. Perkara ini dijelaskan oleh ahli antropologi Desmond Morris dalam kedua-dua bukunya “Naked Ape” dan “Human Zoo”.

Salam persilatan,

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/18  at  05:11 PM

wahh..

Shamsuddin Kadir  on  02/19  at  08:24 AM

Kagum dengan luahan pandangan saudara Mohd Nadzrin, sehingga hilang perkataan untuk diluahkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/19  at  10:10 AM

Jawapan yang menarik,
ayat yang cantik.

Sifu taknak sunting ke jadi penulis?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/19  at  05:34 PM

Sebenarnya saya lebih suka dengan logo kucing itu.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: