Isu Rambut Perempuan dan Unsur Seksual
Imam Hanafi dan Dr. Qardawi mengatakan kita boleh melukis, menggambar dan menatap rambut perempuan dengan syarat lukisan ataupun gambar perempuan itu tidak membangkitkan nafsu syahwat.
Semalam petang, Sifu, Mr. Vovin dan Ustaz Faris mengadakan brainstorming bagi mendapatkan jenis-jenis perempuan yang rambutnya dianggap tidak akan mencetuskan nafsu syahwat pada lelaki yang menatapnya. Rambut perempuan-perempuan itu adalah:
(1) Rambut bayi perempuan.
(2) Rambut kanak-kanak perempuan yang belum akil baligh.
(3) Rambut perempuan tua.
(4) Rambut perempuan gila.
(5) Rambut perempuan yang terbaring sakit.
(6) Rambut hantu perempuan yang hodoh dan menakutkan.
(7) Rambut robot perempuan.
(8) Rambut android perempuan yang tidak menyerupai perempuan manusia normal, sebagai contoh android perempuan itu mempunyai telinga tajam, sesungut ataupun kulitnya hijau.
(9) Rambut perempuan kartun yang tidak menyerupai manusia biasa, sebagai contoh kartun Flintstone, Simpson, Doraemon dan seumpama itu.
(10) Rambut perempuan normal tetapi lukisannya tidak detail, tidak bermutu 'real'.
(11) Rambut perempuan normal tetapi dilukis secara silhuet ataupun bayang-bayang dalam kaca.
(12) Rambut perempuan normal tetapi dalam kabus, dalam gelap ataupun dalam asap.
(13) Rambut perempuan normal tetapi rambut itu tidak normal, sebagai contoh, rambut itu tercacak-cakak macam duri, kerinting macam mi maggi, ataupun disanggul besar macam sarang lebah.
(14) Rambut perempuan normal tetapi karekter perempuan itu diherot-perotkan, seperti yang selalu dilukis oleh LAT.
....tolong sambung senarai ini!
Tambahan oleh Tuan Mohd. Nadzrin Wahab:
15. Rambut perempuan yang jarang-jarang atau hampir botak kerana penyakit atau kemoterapi.
16. Rambut perempuan yang diikat ketat dan rapat sehingga menampakkan bentuk bulat tengkoraknya.
17. Rambut wanita tua gaya kembang yang ketinggalan zaman seperti kebanyakan menteri wanita, isteri bekas Perdana Menteri, isteri timbalan perdana menteri, dan lain-lain.
18. Rambut perempuan yang mengalami kecacatan jelas kepada kecantikan mukanya hingga tiada kesan ghairah, walaupun rambutnya cantik.
19. Rambut perempuan yang cedera teruk di bahagian muka, ala drama mayat dalam CSI (Kalau yang ini pun boleh ghairah, saya hairan benar).
20. Rambut perempuan yang terkeluar sedikit dari serkup atau anak tudung yang dipakai tanpa tudung. (Masalah leher pula yang putih mulus. Bagaimana?)
21. Rambut perempuan yang dipotong dan didandan menyerupai gaya lelaki.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Aduhai…
Kenapa isu rambut selalu menjadi persoalan?
Hinggakan sampai ada 14 guideline, bahkan
diminta sambung lagi?
Adakah penulis/pelukis di PTS sangat begitu jahil
adanya?
Banyak lagi perkara berkaitan aurat selain rambut.
Bagaimana pula dengan posing character itu?
Seperti kata Mohd Nazrin Wahab,
Beliau tak memberikan contoh, tapi
saya bagi saya yang kuat nafsu ini,
kulit novel Ros Oktober oleh Ida Munirah
memang menaikkan nafsu bukan sebab
rambutnya, tetapi kedudukannya duduk.
Malah, kulit novel KepadaMu Aku Berserah
karya Soni Ade walaupun tiada rambut,
tiada posing yang mengghairahkan,
bulu matanya tetap membuat saya
tidur tak lena. Termimpi-mimpi.
Kuat nafsu?!!! Takut nya…
En. Hendrix dinasihatkan tidak melihat gambar kulit novel “Ayat-Ayat Cinta”. Mata wanita berpurdah itu sangat memukau.
En. J Hendrix,
Sekarang ini kita fokus pada isu rambut dahulu. Selepas ini kita akan fokus pada pakaian, kemudian pada ‘pose’ pula.
Minta tuan bersabar. Panel penasihat agama PTS pun pening juga memikirkan isu-isu ini sebab sebelum ini orang bercakap pada peringkat ‘prinsip’ sahaja.
“Tidak menaikkan syahwat” adalah prinsip. Apa maksud “tidak menaikkan syahwat”?
Di PTS kita perlu buat panduan teknikalnya, maklumlah kita adalah pengamal.
Rambut…tan? Merangsang nafsu gak tuh! Nyam… nyam!
Assalamualaikum Puan Sifu.
Pada pendapat saya, adalah lebih baik garis panduan sebegini puan perbincangkan secara tertutup dengan ahli panel terpilih yang pihak puan sendiri yakin dengan keilmuannya. Kemudian, barulah puan umumkan sebaik sahaja selesai semua perbincangannya. Kadang-kala perlu juga guna kuasa ditaktor. “Ini adalah panduan, ikut sahaja!”..hehehe..
Pertamanya sebab takrif seksi, mengghiurkan dan sebagainya itu subjektif. Ianya berbeza antara satu sama lain.
Saya teringat pengalaman semasa bersekolah menengah agama dahulu. Kami dikenakan larangan memakai jubah berwarna hitam kerana senior lelaki berpendapat gadis yang memakai jubah hitam itu seksi. Jubah warna lain tidak mengapa, asalkan bukan hitam. Kemudian kisah kami pakai kain batik di bawah jubah pun menjadi isu. Jubah itu sudah panjang, dan kain batik itu di bawah jubah pun mereka masih nampak lagi!
Belum lagi undang-undang pelik memakai kekek di bawah dagu. Mujurlah tiada orang yang mencadangkan pemakaian burqa. Oleh sebab penambahan undang-undang pelik ini, menjadikan undang-undang sekolah sangat ketat dan menyusahkan.
Oleh yang demikian puan, saya mencadangkan garis panduan itu fleksibel. Tidak terlalu rigid. Sebab akan ada sahaja situasi yang akan dipersoalkan.
J. Hendrix, encik harus lebih terbuka membincangkan isu ini.
Xara, rugilah kalau isu ini dibincangkan secara tertutup. PTS adalah sebuah universiti demokrasi. Mana boleh ikut stail DBP.
Di sini tak ada hak ekslusif. Pandangan pengguna dan pengunjung diterima.
Tuan/Puan Xara,
UNIKA adalah sebuah universiti yang khusus ditubuhkan bagi mendukung industri buku Melayu. Oleh itu kita amat bersikap terbuka kepada aktiviti perbincangan yang berdasarkan hujah-hujah ilmu.
Apa juga undang-undang, peraturan ataupun panduan, ia digubal bagi kegunaan manusia-manusia normal. Bagi manusia yang tidak normal, alias berpenyakit mental, maka ada undang-undang lain dikenakan ke atas mereka.
Jika ada manusia lelaki yang naik syahwat apabila terpandang jubah hitam, itu lelaki yang tidak normal.
Kita tidak boleh membuat satu undang-undang, peraturan ataupun panduan bagi dikenakan ke atas manusia normal dan tidak normal semua sekali.
Jadi, garis panduan yang sedang kita usahakan tentang jenis-jenis rambut perempuan yang harus dilukis dan ditatap itu, ia adalah buat kegunaan orang-orang normal.
Apakah lelaki yang naik syahwatnya apabila dia terpandang bulu mata lebat pada gambar wajah kulit novel Soni Ade itu ‘normal’ ataupun ‘tidak normal’... itu harus dirujukkan kepada pakar psikologi.
Jika begitu halnya, saya bersetuju sahajalah dengan perbincangan ini.
Saya bukannya apa, cuma tidak mahu
timbul grey-line di kemudian hari.
Maklum sahajalah. Sekarang ini pun selalu sangat
dengar isu si X buat boleh tapi si Y tidak boleh buat.
Tak mustahil nanti akan timbul isu :
‘Aku rasa penulis X lagi tak syariah-compliant,
tapi ok sahaja diterbitkan karyanya?’
‘Ala.. dia tu anak kawan baik sifu..’
ataupun ‘Ala.. fikrah dia sama dengan sifu..’ (Sekadar contoh)
Sebab kalau betul-betul nak ikut syariah-compliant,
solekan termasuklah lipstik dan mascara memang tak
boleh.
Tak bolehla ambil cedok sana sikit, tampal sini sikit.
Kena tutup aurat, tapi bersolek takpe.
Pakaian kena longgar, tapi bertinggung takpe.
Islam takkan tertegak BERSAMA kebatilan
tetapi tertegaknya Islam DI ATAS kebatilan.
Tapi siapalah saya untuk bercakap pasal ni,
this is your business right?
Sekurang-kurangnya Puan mencuba.
Daripada syarikat lain yang tak ambil kisah langsung.
Selamat Maju Jaya.
Salam UNIKA,
Dalam pengajian berkenaan nafsu, ramai pakar Islami dan bukan Islami bersetuju bahawa apa yang terlibat dalam keghairan terbahagi kepada tiga aspek:
-Nafsu
-Perangsang
-Rangsangan
Ketiga-tiga aspek ini bertindak sesama sendiri dalam timbal balas yang membentuk gerak syahwat.
Ada nafsu yang terpimpin seperti orang yang zuhud dan warak, malah ada nafsu yang kurang seperti orang yang terlalu tua atau bermasalah hormon. Nafsu ini terdidik mengikut uruf dan budaya setempat. Beberapa dekad lalu di Amerika Syarikat, komedi “I Dream of Jeannie” menimbulkan kontroversi kerana pusat Barbara Eden yang terdedah ketika memakai baju ‘tarian gelek’. Mendedahkan pusat ketika itu dianggap satu tabu yang menggairahkan. Sekarang? Hmmmm… hilang malu sudah, tayang segala sajalah.
Nafsu juga berkaitan dengan gizi pemakanan dan bagi mereka yang mempunyai pengalaman hidup yang jauh, mudah mengenali, budaya Melayu yang kurang menerap daging dan gandum sebagai gizi utama, nafsunya tidak seganas bangsa-bangsa Barat. Namun, dengan penerimaan piawaian gizi Barat (mereka sahaja yang betul), nafsu Melayu menjadi semakin sukar dikawal, dan badannya sudah tidak selentur dulu, makin sukar menerima gerak silat yang halus.
Di atas dasar inilah perangsang dan rangsangan bertindak. Maka, buat saya pada masa sekarang, untuk membincangkan sesuatu yang bukan hanya subjektif (kata orang Barat), tetapi juga halus berseni, adalah satu perkara yang banyak sia-sia dari sisa guna. Tetapi tali yang panjang perlu ditarik ke hujung, mana tahu, ada gunanya akhirnya.
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Al-Ahzaab: 59
Saya tiada kelulusan fiqh, tetapi saya sisipkan ayat di atas sebagai pertanyaan, apakah nafsu menjadi ukuran di sini, atau adakah ukurannya sebenarnya supaya wanita-wanita Islam dikenali sebagai orang yang baik-baik untuk elak gangguan?
Saya akhiri dengan satu kisah pensyarah saya Dr Mumtaz Ali Jaafar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia: Satu hari, beliau berkelana dengan keretapi (kereta api? DBP?) bersama isterinya, Dr Zeenat Kauthar yang bertudung labuh.
Seorang wanita Barat bertanya kepadanya, “Mengapa isteri kamu berpakaian begitu?”
Dr Mumtaz menjawab, “Tanyalah dia, bukan saya yang pakai”
Tersipu, wanita itu mengulangi pertanyaanya kepada Dr Zeenat. Beliau menjawab, “Ini identiti saya. Ini menunjukkan, saya seorang Muslimah”.
Jika benar harap sampaikan, jika betul harap tinggikan, jika silap, harap tegurkan, jika pincang harap luruskan, jika salah harap betulkan.
Salam persilatan,
P.S. Ini sumbangan saya pula kepada senarai di atas (jangan pula ada yang berkatam pandai memberi pendapat sahaja):
15. Rambut perempuan yang jarang-jarang atau hampir botak kerana penyakit atau kemoterapi.
16. Rambut perempuan yang diikat ketat dan rapat sehingga menampakkan bentuk bulat tengkoraknya.
17. Rambut wanita tua gaya kembang yang ketinggalan zaman seperti kebanyakan menteri wanita, isteri bekas Perdana Menteri, isteri timbalan perdana menteri, dan lain-lain.
18. Rambut perempuan yang mengalami kecacatan jelas kepada kecantikan mukanya hingga tiada kesan ghairah, walaupun rambutnya cantik.
19. Rambut perempuan yang cedera teruk di bahagian muka, ala drama mayat dalam CSI (Kalau yang ini pun boleh ghairah, saya hairan benar).
20. Rambut perempuan yang terkeluar sedikit dari serkup atau anak tudung yang dipakai tanpa tudung. (Masalah leher pula yang putih mulus. Bagaimana?)
21. Rambut perempuan yang dipotong dan didandan menyerupai gaya lelaki.
Assalamualaikum,
Puan Ainon yang budiman serta Tuan Mohd.Nadzrin yang bijaksana..
Moga dirahmati Allah…Amin.
Saya tidak dapat menahan daripada tersenyum (malah tertawa) apabila membaca artikel nombor 17 yang tersenarai…
Bila agaknya mahu dibungkus kepala-kepala itu, ya?
Wasalam..
A’kum,
Just to add.
Di UAE ada comic ‘The 99’ under banner Teshkeel Comics. Not sure whether this comic is syariah compliance or not… (creative team asal Dan Panosian & Fabien Nicienza bukan nama baru dalam dunia comics) Nevertheless, the company received fundings from a UAE based Islamic bank. Bank Islam ni ada panel syariah dia sendiri.
Mungkin diorang dah established some sort of like a guideline or something yang kita boleh rujuk. Jadi takdelah kita nak start define from scratch. Mungkin boleh hubungi Dr Al-Mutawa pengasas Teshkeel Comics.
Kalau baca fatwa Yusuf Qardawi tentang pokemon dulu pun hujah dia rasanya lebih pada content dari cara lukisan, yang rasanya cerekarama & drama swasta pun fall in the same category.
Mintak maaf cakap tapi rasanya kebanyakan ustaz dan ustazah tak berapa appreciate arts in comics… so mungkin guideline yang dibuat jadi agak keras. (Untuk bacaan lanjut mungkin boleh lihat perbandingan fiqh perniagaan Imam Syafie vs Imam Hanafi.. Imam Hanafi seorang yang berniaga.)
Tashkel Comics = Wahabi Comic = ‘Hadhari’ Comic
Hmm.. saya tidak merasakan komik the 99 itu sesuai untuk dijadikan contoh. Pakaian wirawatinya tidak berbeza sangat dengan wirawati barat.
boleh rujuk di :
http://www.the99.org/
http://www.teshkeelcomics.com/
Not to follow directly/blindly… but just to see whats the base that they are using… though for all we know, they might be baseless. But then again there’s no harm in trying. The information might be just a phone call away… Kalau PTS call teshkeelcomics mungkin layanan lagi bagus as compared to someone not from the same industry.
Ada jugak lagi other publisher dkt middle east ni.. terbaca dlm surat khabar. tapi tak ingat nama. suratkhabar tu pun entah di mana.
bukan apa… takut guideline hukum tu terlalu menghukum. Tu je.
wahabi tak sama kot dengan hadari… jauh beza. Haha…
wassalam
99 bukannya komik islamik, apatah lagi syariah compliant. Adakah semua yang dihasilkan oleh orang arab, semuanya islam?
Sila guna Bahasa Melayu Tinggi ya, sini bukan ruangan ‘chatting’ bahasa pasar.
Terima Kasih.
...........
Nota Sifu: Tuan Akira….
islamik (SALAH) - Islami (BETUL)
arab (SALAH) - Arab (BETUL)
islam (SALAH) - Islam (BETUL)
Hmm….
Errkk… Maaf kerana menggunakan Bahasa Melayu pasar. InsyaAllah saya akan gunakan Bahasa Melayu Tinggi. XD
Saya setuju. Komik 99 tidak boleh dikategorikan sebagai antara produk yang memenuhi kehendak syariah. Hasil bergelintar menyelusuri sesawang maya menemukan saya dengan pautan di bawah.
http://www.islamonline.net/livedialogue/english/Browse.asp?hGuestID=edqOL2
Jelas pengasas komik 99 lebih berteras adat. Tapi mungkin panel syariah perbankkan Islam yang memberi dana berteras syariat?
Apa yang ingin saya katakan ialah mungkin di luar sana sudah ada satu garis panduan yang telah disusun… yang mungkin lebih mudah dan tidak terlalu bersifat was-was?
‘Kita bukan was-was, tetapi berhati-hati’. Hmm… memori terpanggil kisah Yahudi dan perincian lembu untuk disembelih di dalam surah Al Baqarah. ‘... dan hampir sahaja mereka tidak mampu menunaikannya…’ Juga hakikat banyak hukum perniagaan dalam amalan berteras hanafi dan bukan syafiie. (Bukan untuk mempertikai imam syafiie. Na’uzubillahiminzalik!)
Maksud saya mungkin kita boleh ikut pendekatan dan kekangan yang digunakan untuk karya penulisan. Siapa kata tidak wujud adengan ranjang dalam karya ‘Ayat2 Cinta’, (tak dapat nak dibayangkan adaptasi filem bagaimana entah jadinya nanti).
Wanita memang dijadikan cantik. Satu kepayahan untuk memaksa diri melukis hodoh sesuatu yang indah. Terkadang mungkin bakal merosakkan jalan cerita lantas mejejaskan keberkesanan komik sebagai wadah dakwah.
Naluri dan nafsu lelaki memang dijadikan suka pada wanita. Mungkin itu sebabnya lelaki diizinkan Allah untuk berpoligami. Malah mungkin kerana lama di Abu Dhabi menjadikan saya agak senang melihat wanita arab yang berabaya berpurdah menutup muka segala berbanding yang berpakaian menjolok mata. Adakah ini meletakkan saya antara mereka yang harus mendapatkan khidmat nasihat ahli psikiatri?
Maaf…panjang pulak tulis… hanya dua sen dari saya (my 2 cents)
Assalamualaikum,
Saya lelaki. Kalau sudah namanya perempuan, walaubagaimanapun keadaannya tetap akan mengundang ghairah. Botakkah, rambut mengerbangkah atau berambut jarang sekalipun.
Cuma yang membezakan hanya darjah keghairahan itu. Melihat rambut wanita muda tentu ramai lelaki yang ghariah berbanding rambut wanita tua. Pun begitu wanita tua, biar pun rambut mengerbang atau botak sekalipun tetap ada peminatnya.
Kalau tidak tentu pengecualian itu sudah disebut awal-awal lagi dalam Al-Qur’an atau Sunnah.
Manakala keringanan ataupun ‘rukhsoh’ itu satu perkara yang berlainan.
Salam Puan Ainon,
Saya rasa jika begini, baiklah PTS haramkan sahaja gambar perempuan di kulit buku. Gantikan dengan bunga-bunga dan sesuatu yang abstrak dan feminin.
Bukan apa, jika kita terpaksa berbuat begini, saya bimbang buku-buku PTS tidak berkualiti.
Kita sedia maklum, “cover buku” adalah satu packaging strategy. Ia bukannya diletak untuk kepuasan penulis atau penerbitnya semata (atau sesiapa pun untuk tujuan itu).
Cover buku diterbitkan berdasarkan “market demand”. Sekarang ini, market demand dan “Demand” dari pihak yang berkenaan, clash. Tidak masuk.
Jangan kita cuba menangkan mana-mana pihak. Kita cari, apa yang market demand mahu dan pihak yang berkenaan setuju. Adil bukan?
Lagipun saya sedih, dalam post sebelum ini saya membaca bahawa staff PTS membayar gaji, bonus dan benefits mereka sendiri. Bukannya mereka yang ada agenda sendiri. Kalau PTS yang tutup, mana nak letak staff2 PTS ini? Macam mana periuk nasi mereka? Ada orang yang akan bising dan kisah pada ketika itu?
Be a syariah compliant business. Syariah compliant memang kena fikir, tetapi business pun kena fikir juga. Sebab ia wujud sebelah menyebelah.
Terima kasih.
Awang
p/s: Sudilah kiranya Puan menarik perhatian pembaca dan penghujah berkenaan isu aurat ini ke komen saya yang tidak seberapa ini. Saya rasa ia seimbang dan sangat penting untuk survival PTS. Saya sayangkan PTS dan saya tak rela ia tumbang kerana terlalu mengikut.
Putraman, Ayat-ayat Cinta sudah difilemkan tahun lepas.
Saya tidak berapa setuju dengan Awang Online. Sekiranya PTS boleh memperkenalkan BMT, sebab apa bila mahu perkenalkan Islam, tidak boleh?
Mari Pakoh Bule!
Saya setuju dengan Tidak Setuju. XD
Kita kena syariat compliance. Tak guna berjaya dalam dosa… tu istidraj namanya.
Ada orang guna alasan darurat. Mudah sangat isytihar ‘curfew’. Darurat cuma boleh alas perut supaya tidak mati, dan tidak boleh sampai kenyang. Maknanya dalam niaga tidak boleh sampai untung!
Cabaran PTS rasanya adalah untuk mencari dan meletak hukum pada tempatnya. Semoga berjaya. InsyaAllah menjadi satu Qudwah hasanah.
Imam dahulu kala ada yang tukar mazhab dari syafie ke hanafi waktu jadi mufti. Kalau kita ikut perkembangan fiqh mengenai hukum alat muzik dalam islam juga boleh jadi tauladan.
Sepatah kata deBono.. ‘Think outside the box’. Kata saya… ‘Lets first define the box’.
Maaf mengguna bahasa penjajah. Dalam bahasa saya pengikut ‘mazhab’ Lintang (Laskar Pelangi karya Andrea Hirata.). XD
Semoga berjaya.
oh ya, benar ayat2 cinta dah difilemkan. Rasanya jalan cerita ada scene pelakon tidak menutup aurat. Apa pendekatan Kang Habib agaknya ya? Mungkin ada yang boleh digunapakai.
wassalam
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
alhamdulillah mendapatkan wawasan baru lagi, tapi saya masih belum begitu paham, karena belum pernah mendengar sebelumnya dan baru tahu dari artikel anda, jadi benar atau tidaknya saya belum mengetahuinya. terimakasih infonya ya, salam ukhuwah islamiah.
Post a comment