Isu Rasuah di KPM: Sifu Jawab Kritikan Pembaca
Dalam chatbox UNIKA ini, terdapat kritikan yang tidak bersetuju apabila Sifu menulis tentang pelbagai perkara yang tidak betul yang dikaitkan dengan campur tangan menteri pelajaran dalam urusan pembelian alat-alat bantuan mengajar. Menurut mereka yang mengkritik itu, UNIKA ini sepatutnya menulis tentang buku sahaja, kerana itulah matlamat asal blog ini dibuka.
Tuan-tuan dan puan-puan, para pembaca setia blog UNIKA,
Isu projek F1, LEGO dan DEPCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan buku. Apabila kementerian menggunakan produk-produk dari luar negara untuk mengajarkan mata pelajaran rekacipta, apakah lagi peranan penulis buku-buku di negara kita? Ilek!
Bandingkan jika kementerian pelajaran kita ikut model kementerian pendidikan Jepun. Di negara itu, salah satu pelajaran wajib dalam kelas reka cipta adalah belajar seni origami. Justeru, banyaklah buku-buku panduan teknik rekacipta origami ditulis oleh pengarang-pengarang Jepun bagi membantu guru-guru dan para pelajar.
Apabila menteri membeli gajet-gajet F1 dan LEGO, akan turut dibeli dan dibekalkan ke sekolah-sekolah adalah buku-buku user-manual produk-produk itu. Pengarang dan penerbit tempatan terkulat-kulat sahaja... macam cicak tergigit kapur, dibuat oleh menteri.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu….
Sifu jangan risau kerana di sebalik kritikan tidak bersetuju. Terdapat juga ramai yang bersetuju dan berminat untuk mengetahui segala “mainan politik dan perniagaan” yang dilakukan oleh orang lain.
Entri-entri sebegini banyak membantu saya memahami permainan ini walau dalam bidang yang berbeza.
Sebagai anak murid Sifu yang banyak memperolehi ilmu di UNIKA PTS ini… saya bersetuju untuk Sifu teruskan entri-entri seperti ini.
“Menurut mereka yang mengkritik itu, UNIKA ini sepatutnya menulis tentang buku sahaja, kerana itulah matlamat asal blog ini dibuka.”
Ha. Ha. Sungguh innocent pemikiran pengkritik itu.
Kritikan sebegitu merupakan pemikiran yang mencipta mental blok. Kritikan seperti ini adalah umpama sampah ATAU kata-kata budak kecil yang tidak matang, tidak tahu apa-apa. Sungguh innocent.
Mereka patut belajar daripada UNIKA macam mana mahu buka minda lebih luas. Bila minda mereka sudah terbuka, baru mereka pun tahu rupanya sekecil-kecil dunia ini, masih banyak rahsia yang belum mereka tahu.
Sepatutnya rakyat diajar bagaimana hendak meminimumkan kos, bukan memaksimumkan kos untuk rekacipta.
Orang Jepun memang bijak, mari kita belajar Bahasa Jepun dan pergi belajar di Jepun.
Sifu,
Kalau tiada angin pokok tak bergoyang. Reka cipta adalah satu mata pelajaran yang bertujuan menghasilkan pelajar yang kreatif, inovatif dan berdaya maju; ciri-ciri yang perlu ada pada para pelajar Malaysia. Jika kepentingan ilmu dibuat sampingan, dan pelaksanaannya dilakukan tanpa penilaian, persetujuan dan pengawasan Pusat Perkembangan Kurikulum maka saya bimbang matlamatnya akan tersasar. Oleh itu sesiapa yang menggunakan peluang ini untuk tujuan keuntungan semata-mata, maka mereka merugikan generasi yang akan datang.
drjeri
Post a comment