Itik untuk Rumah Anak Yatim Tsunami di Aceh
Bayangkan bagaimana 1000 ekor itik boleh membela 60 orang anak yatim. Ini idea yang sungguh mudah tetapi luar biasa.
Baru-baru ini, saya berkesempatan melawat Banda Aceh sebahagian daripada tugasan untuk meninjau potensi pembiayaan dana projek pembangunan semula Aceh selepas 5 tahun dilanda bencana Tsunami.
Kami sempat melawat sebuah asrama anak yatim di pinggir kota Banda Aceh dan bertemu dengan pengurus asrama berkenaan yang bernama Ustaz Sarwo Edhie (mengingatkan saya kepada seorang tokoh besar militer Indonesia).
"Kami tidak mahu diberi dana untuk biaya anak-anak yatim ini," tegasnya.
"Selama mana kami harus mengharap belas ihsan orang lain. Kami harus berdikari, pak. Berikan kami biaya untuk membeli 1000 ekor bebek (itik) telur," ujarnya.
Melihat kami terpinga-pinga, beliau menjawab persoalan di hati kami.
"Begini, pak. Dengan 1000 ekor itik yang boleh bertelur,kami boleh menjual telurnya ke pasar. Harga telur itik mahal di Aceh. Kami sudah membuat kira-kira dengan 1000 ekor itik, kami bisa membiayai sara hidup 60 orang anak-anak yatim Aceh!"
"Bagaimana dengan kos makanannya kelak?" kami bertanya lanjut.
"Oh, mudah sahaja, pak. Itik-itik ini suka makan keong (siput babi). Petani-petani di sekitar tempat ini tentu suka sekali kalau siput-siput babi yang selama ini merosakkan tanaman mereka berjaya dihapuskan dengan adanya itik-itik ini," beliau memberikan jawapan.
Tanpa menunggu kami untuk terus menyoalnya, dia menerangkan, "Lagipun, membela itik ini mudah. Tidak perlu ruang yang luas. Paya di sebelah asrama ini akan menjadi tempat mereka mencari makan. Lagipun itik-itik ini biasanya tahan penyakit."
Dia menambah, "Anak-anak yang lasak ini pula suka menjaga itik-itik ini dan setiap petang mereka akan mencari siput di kebun-kebun untuk dijadikan makanan itik."
Saya kagum dengan mereka kerana menyelesaikan masalah yang kompleks dengan cara yang paling mudah dan murah.
Baca tulisan asal Tn. Iskandar Syah di sini.
Nota: Dengan kerjasama Tn. Iskandar saya menghantar wang zakat saya ke rumah anak yatim ini bagi menambah jumlah itiknya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan cuba gantikan link putus itu dengan yang ini:
http://photos-b.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs119.snc1/4745_85559618243_537923243_1943809_8283333_n.jpg
Bak kata pepatah, berikan seekor ikan kepada seseorang, maka orang itu dapat makan ikan pada hari itu, berikan kail, maka orang itu dapat makan ikat setiap hari. Malang sungguh jika sebuah kerajaan berkebajikan hanya tahu memberikan wang semata-mata kepada rakyatnya sebagai bantuan sara hidup. Lebih malang lagi jika rakyat negeri itu diberikan “kail” oleh kerajaan, namun “kail” itu dijual pula oleh rakyat bagi mendapatkan wang segera.
Saya teringat kisah Abdul Rahman bin Auf. Beliau ditawarkan harta dan isteri untuk membina kehidupan baru di Madinah tetapi menolak tawaran itu. Sebaliknya beliau bertanya di mana letaknya pasar Madinah agar beliau dapat berdikari dengan mengusahakan perniagaannya sendiri.
Post a comment