Izin Penggunaan ‘Allah’ Merugikan Bukan-Islam
Tuan Ahmad Fadzli Yusof (foto) menulis....
Kalau sebelum ini, guru, ketua jabatan, pengetua, ketua kampung, pegawai daerah, pegawai kerajaan, tokoh masyarakat, dan sesiapa sahaja Muslim Malaysia yang ada pengaruh di Malaysia akan menjaga sensitiviti perkataan "Allah" apabila berucap di hadapan khalayak yang dihadiri oleh orang bukan Islam. Mereka akan menggantikan dengan perkataan "Tuhan". Contohnya:
"Tuan-tuan sekalian, berdoalah kepada Tuhan, kerana Tuhan itu sungguh berkuasa."
"Ini semua kerja Tuhan. Adakalanya kita tidak boleh berbuat apa..."
" Semoga Tuhan memberikan kita kejayaan dalam projek ini."
Jika benar perkataan 'Allah' hendak digunakan secara meluas, maka orang Muslim akan boleh bercakap tentang Allah secara terbuka. Mereka tidak lagi perlu menggantikan perkataan 'Allah' dengan 'Tuhan'. Dan, bolehkah non-Muslim boleh bayangkan apa yang akan terjadi dalam ucapan Melayu-Muslim di hadapan khalayak bukan Islam selepas ini? Apabila orang Islam menggunakan perkataan 'ALlah' di hadapan non-Muslim, mereka akan memasukkan elemen tauhid-akidah Islam, kerana itulah yang mereka faham tentang 'ALlah'. Ia berbeza apabila mereka menggunakan perkataan "Tuhan".
" Tuan-tuan, berdoalah kepada Allah, sesungguhnya Dia itu Maha Mendengar lagi Maha Melihat..."
"Ini semua kerja Allah. Dia yang Maha Berkuasa. Dia al Jabbar. Dia al-Muntaqim. ..."
"Semoga Alalh yang Maha Esa sentiasa membantu kita dalam projek ini...."
"Pelajar-pelajar semua, ALlah tidak akan membiarkan kita dalam kegagalan. Allah itu Ar Rahman, Maha Pengasih. Allah itu ar Rahiim. Bukankah kita selalu membaca, Bismillahi Rahmani Rahiim?"
"Ketahuilah bahawa Allah itu satu, ia tiada anak, dan tidak diperanakkan. Mari kita berdoa kepada Allah yang satu, semoga Allah yang Maha Mendengar itu memberikan kebaikan kepada kita."
Terdapat beratus ribu guru, PTD, ketua jabatan, pegawai tinggi, pensyarah, ketua kampung, dan bermacam lagi orang penting di negara ini yang beragama Islam. Kalau sebelum ini mereka menjaga sensitiviti "tuhan" bila bersama non-Muslim, selepas ini mereka mungkin tidak perlu lagi. Kerana mahkamah berkata, perkataan "Allah" tidak akan menyebabkan kekeliruan. Oleh itu, selepas ini orang Islam akan sebut sahaja tentang Allah, sifat Allah, keesaan Allah, kuasa Allah, dan setiap inci akidah Islam yang berkait dengan Allah; kerana itu 'tidak akan menimbulkan kekeliruan'.
Wahai orang Islam. Wahai para guru, pensyarah, kaunselor, pegawai daerah, pegawai tinggi, kerani, pembantu am, ketua kampung, trainer, motivator, menteri, dan semua Muslim yang mampu berfikir. Mungkin ini peluang untuk kebenaran.Terangkan "ALlah" kepada mereka. Sehingga mereka melihat siapa sebenarnya "Allah" yang Maha Tunggal itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

1. Terdapat sebuah gereja di tepi jalan lama di antara Bintulu dan Miri, Sarawak. Namanya ‘Gereja Santa Maria, Bonda Allah’. Terdapat juga sebuah gereja ‘Allah Itu Kasih’, tapi tak tahu dimana, just tengok gambar.
2. Di Malaysia, terdapat lebih kurang berbelas mazhab [dipanggil sebagai agama], berteraskan kristan. Kebanyakan berbeza pendapat tentang ketuhanan Jesus serta Bible.
3. Kebanyakan mereka tidak membenarkan kahwin jika berbeza mazhab [agama].
4. Walaupun berbeza mazhab [agama], mereka bersatu padu dan mempunyai persatuan pelbagai mazhab ini, kerana orang Islam melabelkan mereka sebagai satu agama iaitu sebagai Kristan sahaja.
5. KDN mengharamkan perkataan Allah, Solat, Kaabah & Baitullah. Namun setakat yang saya tahu cuma perkataan solat sahaja yang belum mereka guna.
6. Terdapat banyak perkataan lain yang boleh mengelirukan seperti firman, sabda, sujud, jemaah, iman, imam, ketua imam, khutbah, koran [tulisan], kitab, subuh, maghrib dsb juga turut digunakan secara berleluasa tanpa diketahui apa motifnya.
7. Ada juga diantara agama ini yang berdoa dengan menadah tangan seperti orang Islam berdoa serta mengucapkan bismillah.
8. Walaupun pada tulisan saya sebelum ini, saya katakan terjemahan god adalah tuhan di dalam kamus, tetapi rupa-rupanya di dalam kamus oxford susunan Joyce M. Hawkins, terjemahan god juga bermaksud Allah. Silap saya tak semak kamus tersebut dahulu.
9. Walaupun pihak katolik menyatakan perkataan Allah adalah terjemahan daripada God, mereka juga menggunakan perkataan ‘Tuhan Allah’, yang kalau di terjemah balik dalam Inggeris menjadi ‘God God’?
10 Filem The Da Vinci Code banyak membantu. Walaupun pihak gereja marah akan filem ini, mereka tidak pula menafikan terdapatnya perdebatan yang berpanjangan berkenaan ketuhanan Jesus [Yesus Kristus].
11. Pihak Herald menerbitkan mingguan mereka dalam 4 bahasa, Inggeris, Melayu & dua lagi bahasa. Di Semenanjung Malaysia, kelompok terbesar adalah Melayu, Cina & India. Melayu, majoritinya Islam. Oleh itu, kenapa perlu terbitan dalam bahasa melayu?
12. Sekiranya arahan KDN boleh dicabar di mahkamah, dimana ada pengasingan kuasa mahkamah & eksekutif seperti yang termaktub didalam pelembagaan?
13. Biarlah aku dengan agama ku…
Saya setuju dengan en stephen bahawa muslim perlu tahu lebih banyak tentang kristan [posting 7/1/09].
Bukan sahaja muslim, tetapi semua masyarakat malaysia perlu tahu tentang pelbagai agama di malaysia [sekurang-kurangnya].
Sebut sahaja kristan, terus org islam [termasuk ulama], menyebut tentang konsep trinity, sedang kristan itu banyak pecahannya. ada roman katolik, ada aglican, ada SIB, ada methodis, ada SDA, ada jehova [mungkin silap ejaan] yang mana konsep trinity di antara mereka pun banyak berbeza.
Sebut sahaja krismas, terus org islam menyebut sambutan hari lahir jesus, sedangkan fahaman pecahan kristan tidak semua menyatakan sebegitu.
Sebut sahaja cina bukan islam [selain kristan], terus kata buddha. Sedangkan tidak semua mereka menganut ajaran buddha. Ada yang menganut ajaran menyembah nenek moyang, ada yang menyembah dewa-dewa [pun pelbagai pecahan].
Ajaran buddha pun banyak pecahan. Ada buddha tibet, buddha siam dsb. Ada yang bercampur ajaran pun ada [buddha + menyembah nenek moyang].
Dikalangan bukan Islam pun banyak yang dikatakan ajaran sesat [ajaran yang terkeluar dari ajaran sebenar]. Cuma tiada badan yang memantau seperti JAKIM, JAWI dsb untuk agama Islam.
So, kerajaan Malaysia, sepatutnya memasukkan pecahan-pecahan agama serta kepercayaan ini didalam silibus di sekolah2. Jangan lah sebut kat malaysia ini ada Islam, kristan, buddha & hindu sahaja.. Kalau dah faham yang ni, barulah lah boleh nak gagasan 1malaysia..
Tetapi dalam agama Kristian terdapat konsep “Trinity” yang mana terdapat “God the Father, God the Son and the Holy Ghost”. Jika dalam bahasa Melayu terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan “Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci”. Adakah ini bererti mereka yang menyokong penggunaan perkataan Allah ini adalah penyokong syirik kepada Alllah.
* http://www.themalaysianinsider.com/index .php/opinion/breaking-views/48533-kontroversi-kegu naan-kalimah-allah-dr-mahathir-mohamad
* http://halaqah.net/v10/index.php?page=385
Sdr Yosri,
Seperti yg saya nyatakan dalam posting saya terdahulu, hukum Islam tidak melarang penggunaan perkataan Allah di kalangan bukan Islam. Jadi ada baiknya kita tidak mengaitkan penggunaan perkataan ini dengan hukum syirik, haram dsb.
Sepertimana maksud posting saya sebelum ini, penggunaan perkataan Allah ini perlu dilihat dari sudut sosial, budaya, pentadbiran, sejarah & logik.
Jangan lah kerana ini kita umat Islam berpecah.
alhamdulillah saya telah menyemak sedikit sebanyak mengenai isu Allah ini..pertama di sabah n sarawak perkataan Allah tidak digunakan secara general ketika kristian beribadat..kedua ketika perkahwinan mereka tidak menggunakan perkataan Allah ini nampak seperti tidak sejajar dengan hanya menggunakannya untuk buletin..ketiga kristian di Malaysia mengamalkan konsep trinity bukan unitarian seperti di Arab jadi hujah pihak herald tidak relevan..keempat jangan samalan Malaysia dan Indonesia kerana di Indonesia Islam-Liberal sangat meluas yang mana Islam Liberal ini hanya menekankan keagungan Allah sedangkan Islam Sunnah Wa Jamaah mestilah Allah dan Rasul yakni Muhammad s.a.w..kelima perkataan Allah ini tidak ada justifikasi di dalam sejarah bible di mana digunakan…keenam walaupun dalam kamus oxford tertulis terjemahan God adalah Allah tuan perlu periksa tahun bila ia diterjemahkan menunjukkan agenda ini telah disusun..keenam, tiada dalam sejarah old maupun new testimoni bible menunjukkan adanya perkataan Allah..jika pihak herald menolak perkataan tuhan tetapi sepatutnya tuan yang diterjemahkan dalam kamus itu kita jika perlu menolak terjemahan God sebagai Allah dalam kamus yang mereka susun..wallahualam
Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
terimakasih ilmu dan wawasannya, mengenai hal tersebut saya tidak bisa merespon debat mendebat untuk berpendapat yang dikarenakan ilmu saya belum mendalam, sehingga saya harus banyak belajar dan bertanya lagi kepada ahlinya, ketahuilah bahwa Tiada Tuhan Selain Allah dan Nabi Muhammad adalah Utusan Allah. dari maksud kalimat tersebut sebenarnya sudah sangat jelas bila kita mau mengkajinya.” o iya info anda bermanfaat sekaligus sebagai kajian untuk saya bisa pelajari lagi, salam ukhuwah wahai saudaraku.
Post a comment