Jabatan Marketing PTS akan Menjalankan Sesi ‘Photo Shoot’ untuk Semua Penulis PTS
Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, Pengurus Jabatan Marketing PTS, memberitahu bahawa semua penulis PTS akan diminta hadir bagi sesi mengambil gambar rasmi di studio PTS di bangunan ibu pejabat PTS di Dolomite Business Park, Batu Caves.
Surat emel rasmi akan dihantar kepada mereka, dan sesi foto-syut akan dijalankan kumpulan-demi-kumpulan secara berperingkat-peringkat disebabkan jumlah penulis PTS sudah lebih 300 orang.
Setiap penulis diminta membawa 4 jenis pakaian: (1) Rasmi - baju kot dan tali leher, (2) Rasmi - batik, (3) Rasmi - baju Melayu, (4) Santai - lengan pendek dan T-shirt.
Kegunaan foto-foto itu yang paling utama adalah bagi membolehkan jabatan marketing memilih foto yang betul apabila membuat branding penulis.
Foto-foto itu diperlukan bagi menyediakan:
a. Katalog buku.
b. Banner, bunting dan poster pesta buku.
c. Laman web PTS.
d. Kit promosi dan marketing untuk dibekalkan kepada media.
e. You-tube & TV-PTS.
f. Cover buku.
g. Kegunaan majalah terbitan rangkaian kedai buku utama.
Pengarah sesi fotografi itu nanti adalah Tuan Hisham Salmin.
Nota: Foto hiasan adalah Puan Ain Maisarah, penulis novel-novel remaja paling ngetop dalam pasaran dan Duta PTS One Sdn. Bhd.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

kenape saya tidak menerima email darip[ada pihak PTS?sedangkan saya pun menulis di PTS?
Post a comment