Jabatan Marketing PTS Dibesarkan
Foto di atas menunjukkan 5 orang pekerja kontraktor sedang mula hendak memecahkan dinding pejabat jabatan marketing PTS.
Puan Nor Hazizam Abd. Rahman, pengurus jabatan itu memberitahu bilik itu dibesarkan kerana jumlah eksekutif jabatan itu akan ditambah lagi. Pada masa ini pihak jabatan sumber manusia sedang memilih calon-calon yang sesuai.
Pertambahan itu dilakukan sebagai strategi meningkatkan jumlah jualan bagi setiap judul buku yang diterbitkan, supaya setiap judul dapat dijual minimum 10 ribu naskhah.
NOTA: Pada masa sekarang TimMarketing PTS terdiri daripada 10 orang eksekutif, 3 orang daripada mereka bertaraf pengurus.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

“Superb”. Apa perkataan yang tepat bagi menggambarkan syarikat yang bersungguh dalam bidang industrinya. Penanda aras kejayaan bisnes tentunya fokus dalam pemasaran, sungguh PTS dalam landasan tepat - jika istiqamah begini pasti akan ‘meledak’. Persaingan PTS bukan lagi tempatan malah global, akan disegani dan digeruni syarikat antarabangsa. Tentu ramai Penulis bangga dengan kejayaan penerbit anak Melayu yang berjaya. Tahniah PTS a.k.a Sifu.
Post a comment