Jabatan Mufti Negeri Kedah Mengeluarkan Fatwa Majalah Manga Haram
Jabatan Mufti Negeri Kedah telah mengeluarkan fatwa majalah Manga haram atas alasan majalah itu mempamerkan aurat wanita dan lelaki.
Ini adalah perkembangan baru dalam industri penerbitan dalam industri majalah berbahasa Melayu.
Ia mencerminklan kesedaran yang semakin tinggi berkenaan isu halal-haram dalam dunia penerbitan buku dan majalah.
Sebelum ini sesuatu penerbitan dilabelkan haram apabila menyentuh isu-isu akidah sahaja.
Jabatan Mufti negeri-negeri lain belum mengeluarkan fatwa mereka sebagai respon kepada fatwa Jabatan Mufti Kedah.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan, majalah tersebut adalah “MANGGA” bukan “Manga”. Manga adalah komik berbahasa Jepun.
Assalamaualaikum…
Sepatutnya majalah lucah ini dan majalah-majalah lain seumpamanya telah lama diharamkan. Majalah sampah ini hanya menghidangkan tubuh badan dan cerita-cerita sampah mengenai para artis yang status mereka adalah perosak masyarakat.
Syabas kepada Jab Mufti Kedah. Jab Mufti lain apa lagi? Buat keputusan bersama untuk haramkan majalah ini dan majalah sampah lain. Segera selamatkan minda rakyat Malaysia. Jalankan tanggungjawab Amal Makruf Nahi Mungkar anda.
Majalah MANGGA. Tabloid melayu. Bukan Majalah MANGA. Manga tu komik dari jepun (Doraemon, Dragon Ball, Sailor Moon etc.)
Sila baiki typo tu sebelum ada sebarang kekeliruan. Terima Kasih.
Saya setuju dengan pemberitahuan ralat artikel ini oleh kawan-kawan lain. What’s with this knee-jerk reaction, for something with ‘Universiti’ in its name, you guys should’ve known better.
Post a comment