Jabatan Sales PTS Turun Padang Meskipun Berpuasa
Tn. Zaharin Zain (foto), pengurus jabatan jualan PTS memberitahu bahawa minggu ini semua anggota TimSales PTS keluar meninggalkan pejabat yang dingin kerana turun padang melawat kedai-kedai buku dalam zon masing-masing.
Tiga objektif utama lawatan kali ini adalah:
(i) Memonitor pelaksanaan kempen .(JavaScript must be enabled to view this email address).
(ii) Mengambil pesanan bagi judul-judul buku yang diterbitkan khusus untuk jualan semasa musim cuti raya. Data jualan PTS menunjukkan pada musim cuti hari raya, trend jualan buku naik, terutamanya buku-buku bacaan kanak-kanak, remaja dan novel cinta, manakala jualan buku agama menurun.
(iii) Melawat kedai-kedai buku indie Melayu yang sudah memohon menjadi agen PTS bagi mendapatkan lebih banyak maklumat sebelum permohonan mereka dapat diluluskan.
(iii) Mendapatkan maklumat berkenaan kedai-kedai Cina indie yang mungkin berminat menjadi agen PTS. Pegawai PTS akan diam-diam masuk ke kedai-kedai itu dan membuat survei keadaan di dalam kedai. Jumlah yang ditargetkan adalah 60 buah kedai yang sesuai di-approach kemudian, yakni bagi meyakinkan mereka bahawa buku-buku PTS sesuai dipamerkan di dalam kedai masing-masing.
Foto di bawah ini adalah TimSales PTS posing untuk kad hari raya....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment