Jaga Hakcipta Harta Intelek Saudara Sebagaimana Menjaga Nyawa Sendiri


Jikalau saudara tidak sanggup menyerahkan isteri jelita saudara kepada lelaki lain, mengapakah saudara sanggup menyerahkan hakcipta karya saudara kepada orang lain?Tiga (3) buah kamus ini adalah antara 6 buah kamus yang sudah dilesenkan kepada sebuah syarikat yang menerbitkan kamus elektronik dengan yuran RM5,000 bagi setiap lesen. Justeru 5,000 x 6 = RM30,000
Naskhah Kamus Peribahasa Kontemporari dan Kamus Inggeris-Melayu untuk Penterjemah pernah dilesenkan kepada McDonnald's Malaysia. Ia dicetak edisi kulit keras khas dengan logo MD, dan diedarkan percuma ke semua sekolah luar bandar seluruh Malaysia.
Kamus-kamus ini juga dilesenkan kepada MIMOS, dengan jumlah yuran (rahsia kerajaan).
Pada waktu yang sama edisi buku kamus ini diulangcetak setiap tahun semenjak ia diterbitkan 15 yang lalu.
Kepada mentee-mentee sekalian, ingat pesan Sifu, jaga harta intelek saudara baik-baik, macam menjaga nyawa sendiri.
Ingat! Jangan serahkan hakcipta karya saudara kepada sesiapa pun - kepada syarikat milik bapa mertua sendiri pun, jangan!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment