Tuesday, May 22, 2007

Jangan Buat Begini! (2)

Sifu mempunyai ramai mentee yang masing-masing menghantar fail attachment tugas.

Bagi setiap mentee saya bukakan folder dengan nama masing-masing. Di situlah saya simpan fail-fail setiap mantee.

Bayangkan apabila nama fail attachment yang En. Budin kirimkan itu adalah "sinopsis" sahaja? Ataupun "bab 10" sahaja. Di mana saya hendak simpan fail itu? Saya tidak tahu siapa yang menghantarnya.

Besok lusa apabila saya hendak SEARCH kerja-kerja "Budin", enjin search pun tidak berjumpa fail si Budin!

Sentiasa tulis "Budin" diikuti dengan nama projek sperti "jibunsyi". Jadi saya tahu siapa yang menghantar fail itu, apa projeknya, supaya saya tahu dalam folder mana saya perlu simpan fail itu.

(1) Fail-fail digital adalah serupa dengan fail kertas! Nama fail mesti ditulis dengan nama saudara dulu. Kemudian tulis nama projek saudara. Contoh "Budin jibunsyi".

(2) Di bahagian dalam fail itu saudara mesti tulis rekod maklumat saudara: Nama + judul projek + alamat emel + hp. Rekod ini penting untuk komunikasi sebab apabila projek saudara sudah siap ditulis, fail saudara itu akan saya hantar kepada editor yang menguruskan penerbitan buku saudara nanti. Editor itu perlukan maklumat tersebut bagi menghubungi saudara.

Contoh maklumat peribadi dalam fail projek.

Judul Jibunsyi: Dari Mata Turun ke Hati.
Penulis: Budin bin Bulat.
Alamat: Sekolah Kebangsaan Sg. Lembing, Kuala Lipis, Poskod 2212, Pahang.
Emel: .(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hp: 012 3456789.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Hubungan penulis-penerbit
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kos Menaja Promosi Buku: Jangan Sampai Menang Sorak, Kampung Tergadai Previous entry: Tolong Jangan Buat Begini! (1)
Fable Fox  on  05/23  at  06:09 AM

Bukankah bagus kalau diberitahu awal-awal lagi wink

Kalau tidak diberitahu Standard Operating Procedure in wujud, bagaimana kami hendak tahu grin
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.