Monday, April 23, 2007

Jangan Lagi Menulis Buku Ikut Cara Konvensional

Apabila saudara menulis buku dengan menggunakan logik linear, itu adalah teknik penulisan konvensional.

Istilah 'linear' datang daripada perkataan 'line' atau 'garisan'. Orang yang melukis garisan mesti melukis dari satu hujung ke satu hujung.

Dalam penulisan, logik linear melatih saudara supaya menuliskan dahulu tajuk buku saudara. Kemudian tulis judul-judul bab isi kandungan buku saudara.

Apabila menulis, saudara dikehendaki menulis Bab Pendahuluan dahulu. Sudah siap bab Pendahuluan baru tulis Bab 1. Sudah selesai Bab 1, baru tulis Bab 2, Bab 3 dan sterusnya. Akhir sekali tulis Bab Penutup.

Semasa menulis bab-bab buku, logik linear melatih saudara supaya menulis perenggan pertama yakni pembukaannya dahulu, kemudian baru tulis perenggan kedua, ketiga, keempat, sampai akhir, barulah tulis perenggan penutup.

Semasa menulis perenggan, saudara mesti menulis ayat pertama dahulu, kemudian teruskan dengan ayat kedua, ketiga dan seterusnya.

Ini cara kerja konvensional. Cara kerja begini banyak kelemahannya. Yang paling jelas adalah isu buku 'terbengkalai' di tengah jalan. Saudara 'tersangkut', lalu sukar hendak meneruskan penulisan.

Di PTS saudara dilatih menulis dengan tidak menggunakan logik linear. Saudara dilatih menulis buku menggunakan logik non-linear. Itulah yang dinamakan KJ METHOD. Hasilnya, saudara dapat lihat sendiri bagaimana penulis-penulis PTS dapat menulis banyak buku dalam waktu yang relatif singkat.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Presiden PTS Setiausaha Baru MABOPA Previous entry: Hari Jumaat Orang Ramai Boleh Masuk Dewan Pesta Buku

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: