Sunday, August 17, 2008

Buku untuk Wanita Sudah Menopaus

Apabila saudara hendak menulis buku, jangan menulis 'untuk kepuasan'.Nanti, akhirnya saudara tidak puas.

Apabila saudara semata-mata hendak mencari kepuasan dengan menulis, saudara akan menulis tanpa mengambil kira pelbagai faktor, seperti penerbit mana yang mahu menerima karya saudara itu, berapa besar pasaran yang ada, tingkah laku pembaca, strategi pemasaran dan banyak lagi. Akibatnya, barangkali tidak ada penerbit yag mahu menerbitkan karya saudara itu.

Jika buku saudara gagal diterbitkan, mana mungkin saudara puas!

Ada seorang penulis yang mendakwa dirinya pakar perubatan herba telah siap menuliskan bukunya yang bertajuk 'Herba untuk Wanita Menopaus' dan menghantarkannya kepada PTS. Kata beliau, "Buku judul macam ini belum ada dalam pasaran."

Selepas dibaca oleh editor didapati kandungan buku itu berguna kepada wanita-wanita yang sudah menopaus tetapi buku itu tidak sesuai diterbitkan, oleh itu ditolak.

Hasil kajian yang dijalankan oleh bahagian pemasaran PTS mendapati braket usia perempuan-perempuan yang pergi ke kedai buku adalah di antara 16-36 tahun.

Mudah cakap: Perempuan menopaus tidak masuk kedai buku!

Begitulah contoh perbezaan sudut pandangan penulis dan penerbit apabila memilih judul buku yang sesuai diterbitkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Gunakan 'Design-Thinking' Previous entry: Tuan Osman Affan di Motivasi Pagi TV3 Setiap AHAD
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/27  at  04:18 AM

salam..din nak bagi pandangan.“Jangan menulis demi kepuasan”?Atau pun ayat yang lebih sesuai untuk penulis, “Jangan menulis demi kepuasan semata-mata”..
Tengok sekali imbas dua kenyataan tu macam sama tp sebenarnya sangat berbeza:
1) Mestilah ayat kedua lebih panjang( tak menjadi hal)
2) Bila tambah “semata-mata” perspektif itu amat jauh berbeza dari segi analogi dan maknanya.
3) Ayatnya lebih manis dan cantik untuk peringatan ( mengambil kira individu-individu yang dah silap langkah , mudah terasa dan gaya bahsa orang melayu)
4) Kebisaanya orang yang menulis dan membuat satu pekerjaan itu mestilah mahukan kepusan dari hasilnya, mana munkin buat kerja bukan untuk mendapat kepuasan. Contohnya, din sendiri jd penceramah bebas,sambilan dan untuk sebuah syarikat consultant, pastilah din berceramah nak kan kepuasan. Kepuasan yang macam mana? tentulah bila din dapat sampaikan ilmu dan dapt nampak perubahan dari audience, ye dak? sampaikan menolak kepentingan duit byaran.hehe,( kadang-kadang pikir jugak)
5) Bila ada perkataan “semata-mata” tentulah bnyak sudut yang kita ambik kira. Kenapa kita tulis, Bagaimana kia nk menulis, siapa pembaca, berapa kita boleh dapat, apa kesan nya kepada pembaca dan bnyak lagi.
6) Bila kita menolak erti kepuasan, maknanya kita menolak erti kebebasan.( Mungkin ada orang yang dapat memahami ayat yang pertama)
7) Ayat kedua memberi ruang seluas-luasnya untuk penulis berubah, merubah dan sedia diubah dengan secara dinamika dan efektif tanpa menolak erti kepuasan berbanding ayat yang pertama keadaan nya seperti menidakkan hak penulis untuk dapatkan kepuasan.

ada kalanya, din berlari, jatuh dan bagun tapi sentiasa di depan ada yang memimpin….fikir-fikirkan

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  03:05 PM

kalau setiap penerbit ada sikap selektif macam ni jangan kan kata memandaikan manusia,robot pun tak pandai.I teringin sangat nak baca pasal menopaus tapi masuk kedai buku tak ada bacaan dalam bahasa melayu.kann?nak memandaikan bangsa…kannn?agaknya bangsa melayu (khususnya) dah mahir kot bab2 menopaus ni.tak untung kuar buku menopos ni.biar le bangsa ni pandai bercinta ala-ala islami je…apa kisah menopos.dah le tak untung.hehe.kannn??

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: