Tuesday, March 06, 2007

Jangan Sekali-kali Fikir Begini!

Assalamualaikum Puan,

Saya terjumpa website Unika PTS secara kebetulan. Baru-baru ini saya ada menghadiri satu seminar, dan Alaf21 dan PTS disebut-sebut sebagai publisher terbesar di Malaysia.

Balik daripada seminar, seorang rakan telah memberi satu idea bernas kepada saya yang menyebabkan saya tekad untuk menerbitkan buku tersebut.

Mengikut pemahaman saya, penulis hanya mendapat 8-12% daripada jualan buku sebagai royalti. Peratusan besar dapat kepada publisher, iaitu 55-60%. Kerana sebab itulah saya ingin menerbit sendiri buku itu, yang saya kira 'sangat boleh laris' sekiranya dipromosikan dengan cara yang betul.

Tapi saya juga musykil, sekiranya 'self-publish' itu proses yang sukar. Mungkin saya dikaburi oleh 55-60%. Jadi saya minta nasihat daripada Puan.

Sekian, terima kasih.
HAG.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: WBSB lawan DBP: PTS Menawarkan Diri Menjadi Orang Tengah Previous entry: Apakah Perlu Sifu Mengadakan Bengkel Motivasi Kejayaan
MBA  on  03/06  at  07:35 PM

Sifu-san,

Mengapakah gerangannya tajuk ini beerbunyi “Jangan Sekali-kali Berfikir Begini!”?

Adakah ia bermaksud penulis (bakal penulis sebenarnya) tidak boleh berfikir dan terfikir untuk menerbitkan buku tulisannya sendiri? POD misalnya?

Sebenarnya saya juga sedang berfikir begitu! Sebabnya, buku kita belum pasti akan diterbitkan oleh penerbit (Pengerusi PTS sedang berfikir wink. Walhal kita “yakin” buku tersebut boleh dipasarkan dengan adanya strategi yang “betul” (paksa misalnya). 

Sebagai contoh, saya telah diminta untuk mengajar dan menguji seramai 15,000 orang staf satu kementerian dalam subjek ABC. Maka saya patut cepat-cepat tulis buku dan minta pelajar2 saya ini guna dan beli buku tulisan saya tersebut. Paling tidak 30% akan beli. Itu sudah 5,000 buah.

Oleh kerana buku yang bakal saya tulis ini berkemungkinan besar tidak mencapai standard PTS, maka kemungkinan besar juga PTS (dan penerbit lain) tidak akan menerbitkannya.

Jadi saya kena fikir di sebaliknya. Terbitkan buku sendiri dan pasarkan sendiri dalam kalangan pembeli yang telahpun dikenalpasti.

Saya sebenarnya telah lama berangan mengenai perkara ini.

Apa pandangan Sifu-san?
——-

Helmy  on  03/06  at  08:40 PM

Salam.

Kalau jual terus kepada pengguna pendapatan 55-60% boleh dicapai. Tetapi itu “jarang” berlaku.

Harus ingat peratusan pengedar, agen buku dan kedai buku.

Pengedar akan ambil antara 40-60% diskaun dari harga buku.

Kedai buku/agen akan dapat 20-30% apabila ambil dari pengedar.

Seperti WBSB, Pak Samad dapat 10% (daripada harga buku). Pengedar (PTS) 50% dan jangan lupa, kos lain seperti mencetak dan bayaran kepada pereka bentuk.

Selalu kos mencetak dan reka bentuk buku dikali antara 3 ataupun 4 untuk mendapat harga jualan.

Misalan: Harga buku RM40.00
Pengedar dapat diskaun 50% - dengan kredit masa 60-120 hari

Jika cetak 1,000 naskhah
Nilai selepas tolak diskaun RM20.00
Tolak Kos cetak RM10.00 senaskah
Tolak royalti RM4.00

Tinggal RM6 senaskhah untuk penerbit.

Itu belum masuk kos promo seperti menyertai pesta-pesta buku, iklan, brosur, buku percuma kepada orang-orang penting, pengulas buku, sahabat… dan cukai yang kena bayar kepada LHDN…

Impian penerbit adalah apabila buku yang diterbit jadi “bestseller” ataupun masuk PNM ataupun masuk sekolah… kuantiti besar (3,000 naskhah ke atas akan menurunkan kos cetak dengan drastik)

Ini apa yang saya alami.

dingin  on  03/06  at  09:47 PM

Diibaratkan perniagaan itu adalah permainan bolasepak,

penjaga gol adalah kewangan,

pemain tengah adalah pengurusan,

penyerang adalah pemasaran.

Jika kita hanya mempunyai penjaga gol yang cekap dan pemain tengah yang handal, tapi penyerang yang tumpul, kita tetap akan kalah.

Begitu jugalah sebaliknya.

Umum hanya memikirkan jika berniaga harus ada produk yang bagus, tapi tidak pernah mahu memikirkan pemasaran. Akan jadi seperti permainan bolasepak tadi. Hanya ada pemain tengah yang handal tapi penyerang yang lemah. Maka akan tetap kecundang.

Apatah lagi hari ini, kita sebenarnya bermain ‘di atas padang yang tidak rata’.

dingin  on  03/06  at  09:53 PM

Tambahan,

Kita juga akan menentang pasukan yang besar.

Umpamanya pasukan Malaysia menentang Brazil. Semangat ‘Malaysia boleh’ tidak memadai. Malah para kaki judi hanya berminat untuk bertaruh, berapa banyak gol yang akan membolosi pintu gol Malaysia.

Bayangkan ‘abc enterprise’ menentang Alaf21, PTS, Creative.

Kecuali ada keajiban seperti yang berlaku kepada Chelsea, yang punyai Abromovich.

Puan Ainon Mohd.  on  03/06  at  10:46 PM

Encik-encik dan Tuan-tuan,

Dalam dunia bisnes, jangan sekali-kali membuat keputusan selepas mendengar perangsang daripada kawan sendiri yang tidak berpengalaman dalam bisnes berkaitan (macam yang dilakukan oleh penulis surat di atas).

Tuan MBA,

Terbitkan buku POD tuan itu selepas mendapatkan maklumat detail tentang perbezaan kos POD dengan kos percetakan konvensional. (Sdr Helmy boleh beri maklumat tentang kos percetakan konvensional kulit tebal dan kulit lembut.) Buat perbandingan, baru pilih.

Helmy  on  03/06  at  11:44 PM

Tuan MBA,

Jangan POD. Tuan akan terkejut dengan kos jika dicetak secara konvensional 5,000 naskhah. POD hanya berguna jika terdesak. Itupun untuk angka yang kecil - 1 hingga 100 naskhah.

Buku bersaiz sederhana (ambil contoh Rindu Ibu versi Santai) dengan 100 mukasurat dan kulit 4 warna kosnya melebihi RM10 senaskhah apabila POD.

Cetakan konvensional dengan jumlah 5,000 naskhah dengan spesifikasi yang sama RM3-4 (mungkin lebih rendah jika ada kepakaran “lateral thinking”.) Kualiti cetak juga lebih baik.

Untuk kulit keras tambah RM2-5. Selalunya kulit keras itu dalam RM2-3, dan “jacketnya” dalam RM2.

Nota:

1. Daya “negotiation” tuan berkenaan kos mencetak dengan pencetak lebih tinggi dengan naskhah sebanyak itu.

2. Dapatkan sebutharga dari beberapa pencetak.

3. Jaga! Cari pencetak yang boleh dipercayai… takut kena cetak rompak pula! (Selalunya pencetak mencetak lebih daripada yang dipesan kerana hendak habiskan lebihan kertas yang diguna.)

MBA  on  03/06  at  11:58 PM

Sifu-san & Sdr Helmy.

Terima kasih atas info yang diberikan.

Nisah Haron  on  03/07  at  12:36 PM

Puan Ainon,

Kalau sayalah yang menerima e-mel seperti ini, jawapan saya: “Pergilah belajar dulu tentang selok-belok dunia penerbitan dan dunia buku. Kalau nak terjah juga, silalah. Tapi, kalau sudah terpersok nanti, jangan cari saya!”

Ini kategori individu yang cepat nampak 50% - 60% (terus bulat mata dia) dan tidak faham apakah erti 10% untuk penulis.

Bang Helmy,

Suatu penerangan yang mudah tetapi komprehensif untuk orang yang baru mahu memahami erti sebenar dunia penerbitan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: