Janji Brand: ‘Familiar’ tetapi Belum Tentu ‘Dipercayai’
Banyak brand adalah 'familiar' yakni dikenal oleh orang ramai. Pada peringkat antarabangsa, contoh power-brand yang amat familiar adalah Coca-Cola dan MacDonald's.
Di rumah kita sendiri, brand 'RTM' dikenal oleh seluruh rakyat negara ini, oleh itu ia amat familiar. Tidak ada brand lain yang dapat mengalahkan RTM dari sudut ciri ke-familiar-annya.
Namun brand 'RTM' bukan power-brand disebabkan orang tidak percaya pada kualiti yang dijanjikan oleh RTM. Sebagai contoh, RTM menjanjikan berita yang tepat, tetapi orang ramai tahu berita-berita yang disiarkan oleh RTM banyak yang tidak tepat.
Sesuatu brand yang terkenal menjadi power-brand hanya apabila brand itu dipercayai. Contoh brand yang amat 'dipercayai' adalah jam tangan Rolex dan perkhidmatan kurier FedEx.
Syarikat pembuat jam tangan Rolex menjanjikan teknologi kalis air. Ia juga menjanjikan teknologi jam tangan yang tahan berpuluh-puluh tahun tanpa rosak. Orang percaya bahawa jam tangan Rolex memang terjamin kalis air dan usianya tahan berpuluh-puluh tahun.
Syarikat kurier FedEx menjanjikan kadar penghantaran pantas. Orang percaya FedEx sentiasa menepati janjinya bahawa barang yang dihantar akan sampai ke tangan penerima sebagaimana yang dijanjikan.
Dalam dunia penerbitan, ada penerbit yang logonya amat 'familiar' yakni amat terkenal di kalangan pembaca fiksyen terbitannya, tetapi kualiti brand itu tidak dipercayai oleh guru-guru disiplin di sekolah sehingga mereka merampas buku-buku brand itu apabila murid ditangkap membawanya dalam beg sekolah mereka.
Lazimnya para penerbit memberikan janji-janjinya yang dicetak pada bahan-bahan promosinya seperti dalam katalog, poster, banner, iklan dan lain-lain.
Penerbit mesti berpegang pada janji-janjinya dalam setiap buku yang diterbitkan, barulah nanti ia dapat memiliki ciri 'dipercayai'.
Dalam kes PTS, ia berjanji bahawa buku-buku terbitannya adalah (i) buku berilmu, (ii) menggunakan Bahasa Melayu Tinggi dan (iii) syariah-compliant. Para pengarang yang bernaung di bawah brand PTS dikehendaki menepati ketiga-tiga janji itu.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Tahniah di atas kesungguhan PTS untuk membina Jenama mereka tersendiri.
Cuba kita lihat disekeliling kita, sebut mee segera maka orang akan kata mee-maggi sehinggakan orang akan kata Maggi Cintan walhal yang sebenar mee segera cintan.
Tolong ambil colgate walhal ia bukan jenama colgate. Tolong x-rox kertas.. sama ada sedar tak sedar itulah kekuatan Penjenamaan.
Di bidang penerbitan buku kita masih lagi teringatkan DBP, ramai dari kita menggunakan buku dari DBP tetapi itu dulu, teringat kata mereka satu iklan: Dulu lain sekarang lain Mak ngah.
Dulu DBP membina jenama mereka kerana tiada penerbit yang segah mereka, sekarang nama mereka masih ada tetapi menjadi berkurangan, peredaran zaman, selesa dengan keadaan ini serta tiada daya usaha untuk memberi penjenamaan semula menjadikan mereka begini-pada pandangan saya.
Dalam penjenamaan, adakah kita memandang konsep luaran sebagai satu arah sahaja? Bagaimana dengan sudut lain, misalnya perkhidmatan pelanggan?? Kita ambil contoh, sejak saya membaca ruangan PTS discussi, tidak terlihat komen dari pihak PTS – maaf jika ada tapi tidak terlihat, mungkin ada maklumat atau idea yang diberi oleh pihak penulis, masa diorang menulis, daya pemikiran mereka, ini juga jasa mereka.
Pepatah mengatakan: Orang memberi, kita merasa; kalau orang memberi, kita diam seribu bahasa maka lain kali orang tidak akan memberi. Perkataan Terima kasih tidak panjang untuk diucapkan atau dicatatkan, apapun tepuk dada Tanya selera.
Saya pernah terlibat di satu syarikat Pemberi Latihan (Training Centre) dimana mereka telah mengambil satu konsultan dari Italy untuk ke arah penjenamaan. Sasaran syarikat adalah “Leader In Competence base Training”. Jadi mereka menjangkakan lima peringkat, peringkat pertama mereka meminta RM 50,000, bayangkan untuk lima peringkat.
Cadangan mereka pada permulaan adalah untuk mengubah Imej Pejabat , bilik kuliah serta hiasan dalam setiap bilik. Syarikat ini mempunyai lebih kurang 20 buah kelas..selepas itu mereka meminta pihak kita untuk menguah suai kad nama (business card ) mengikiut konsep, bermaksud jika kita memilih konsep warna pink sebagai contoh, kesemua benda warna pejabat , warna kad nama, warna uniform akan menjadi pink.
Begitu hebatnya mereka merekabentuk konsep untuk menjadi satu penjenamaan. Salah satu pelanggan mereka adalah Hotel Hilton, mereka mengambil masa 5 tahun untuk penjenaaam semula. Cuba bandingkan cara Hotel Hilton dengan hotel yang lain.
Penjenamaan juga boleh didapati dengan kaedah kreativiti missal lain dengan lain, Ia akan membina imej sesebuah syarikat secara langsung. Contoh yang paling mudah adalah apabila ADABI memudahkan kaedah perempahan dengan menggunakan bungkusan kecil , secara langsung bila oleh hendak mencari rempah , mereka mengatakan rempah ADABI, adakah ADABI merancang untuk menjadikan ADABI sebagai penjenamaan? Hanya dengan mengubahkan bungkusan kecil, masyarakat menerima dan akhirnya mereka mendapat penjenamaan secara langsung.
Selalunya saya akan pergi ke kedai buku pada setiap minggu. Ucapan tahniah unuk PTS kerana hampir keseluruhan buku saya untuk tahun ini, adalah dari PTS . Tetapi bagaimana bentuk buku PTS, sama ada sama atau lain dengan kulit buku yang lain? Jawapan sama kecuali logo.
Secara langsung saya mendapat idea untuk PTS agar mengubah suai kulit buku dari kertas (nipis dan tebal) ke plastik. Rasanya tiada penerbit yang menggunakan plastic sebagai kulit buku. Kalau PTS Berjaya mengubah maka ia menjadi pejenama yang hebat, tanpa sebarang kos tambahan (seperti cerita saya di atas) maka bila lihat kulit buku plastic, orang akan kata .. oh itu buku PTS. Kos saya rasa tidak jauh (saya didalam bidang plastic)
Sekain buat kali ini. Jika ada masa, galakan atau maklumbalas saya akan terus menulis.
Post a comment