Sunday, October 26, 2008

Jawapan Bagi Cadangan Tuan Pultraman: Isu Penulis Melabur Bagi Penerbitan Bukunya

Tuan Pultraman mencadangkan supaya penulis berkongsi kos menerbitkan bukunya dengan penerbit. Cadangan ini sudah difikirkan oleh PTS sejak 5 tahun yang lalu apabila Dr. Arief Rosman Salleh mencadangkan idea itu kepada PTS.

Idea itu belum dapat dilaksanakan disebabkan faktor belum adanya sistem (komputer) perakaunan komersial yang dapat menguruskan idea penerbitan di mana penulis dan penerbit berkongsi risiko seperti itu.

Item-item dalam kos penerbitan buku adalah kompleks. Ia bukan hanya melibatkan pelbagai kos sebelum terbit, tetapi juga kos penyimpanan dalam setor, kos pengangkutan, kos stok rosak, stok return, stok percuma, kos pengurusan, kos promosi dan seumpamanya.

Kos penyimpanan stok pula semakin hari semakin naik. Sebahagian daripada kos-kos itu pula berubah setiap kali judul itu diulangcetak. 

Jadi, amatlah sukar hendak mengira modal yang mesti dikeluarkan oleh penulis dan risiko kerugian bagi kos-kos yang sukar dihitung dengan tepat itu. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Delegasi PTS ke Jakarta Previous entry: Bestseller di MPH - Local Non-Fiction
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/27  at  02:35 PM

Terima kasih di atas jawapan kepada cadangan saya.

Betul kata puan. Memang agak sukar untuk memastikan ketelusan dalam pembahagian , terutama yang melibatkan kos-kos bolehubah.

Antara model ekonomik yang saya boleh terfikir pun cuma:

1. Kos aktiviti tetap seperti pencetakan, rekabentuk muka hadapan, editing dibahagi antara PTS dan penulis… contoh 50:50. Atau mungkin 100%.

2. Untuk aktiviti boleh ubah seperti pengurusan stok, pemasaran dll, diambil mengikut peratus dari keuntungan jualan.

3. Model ekonomik pula harus diuji secara keseluruhan agar seimbang dengan risiko, supaya lebih menarik dari model ekonomik konvensional.

Tapi… Dipinjam kata2 omputeh… ‘easier said than done’.

wassalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.