Sunday, March 29, 2009

Jawatankuasa GMP akan Bermesyuarat

Disebabkan Datuk Hishamuddin masih tegas dengan pendiriannya mahu meneruskan dasar PPSMI, maka GMP perlu memikirkan tindakan-tindakan yang patuit diambil bagi meneruskan perjuangan.

Justeru GMP akan bermesyuarat bagi mengambil keputusan tentang strategi, taktik dan langkah-langkah yang akan segera dijalankan. 

Antara langkah yang akan dibincangkan adalah:

(i) GMP menemui DYMM Yang Dipertuan Agong.

(ii) GMP mengadakan himpunan besar-besaran di peringkat negeri bagi mengiringi pemimpin GMP menghantar memorandum kepada tiap-tiap Raja Melayu di istana mereka masing-masing. 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komunikasi Nonverbal: Berdamai? Previous entry: Ada-ada Sahaja: Nama Siapa di Atas
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  03/29  at  03:50 PM

Assalamualaikum kepada Puan Ainon dan para pengunjung UNIKA.

Beristighfar panjang saya semasa mendengar ucapan penggulungan Hisham di Perhimpunan Agung UMNO.

Perkataan apa lagi yang sesuai untuk diistilahkan kepada kandungan ucapan beliau itu. Komen terdahulu ada yang menyifatkannya sebagai orang buta yang tidak sedar dirinya buta.

Berapa kali malang yang menimpa rakyat Malaysia yang dipaksa berpemimpinkan pemimpin-pemimpin dari UMNO ini?

Ahli-ahli cawangan saya sudah menghantar isyarat supaya menukar kulit. Saya pun sebenarnya sudah bertekad menahan sabar dengan telatah pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO ini dari peringkat bahagian, negeri mahupun pusat.

Semakin hari, mereka ini semakin biadab. Tidak reti bahasa.

Drmba  on  03/29  at  04:11 PM

Sekarang ini ada gaya baru dalam syarahan atau ucapan mereka sekalian meninggikan suara terpekik terlolong membingitkan halwa telinga. Mungkin teringin sangat hendak dapatkan tepukan gemuruh atas terlebih semangat, bukan isi dan maksud yang hendak disampaikan secara ikhlas.

Tahniah mereka semua kerana makin menampakkan akhlak terpuji. Ahli mungkin kurang meneliti, tapi rakyat amatlah teliti dan mendengar kata orang-orang ikhlas hatinya.

Muda-mudahan keikhlasan pejuang bahasa makin bersinar membangunkan bahasa dan bangsa Melayu dalam erti kata yang SEBENAR.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: