Monday, January 29, 2007

Jiwa Seorang Penulis

Bagi penulis, wang bukan segala-galanya.

Sdr AS adalah seorang jurutera ICT senior di sebuah cawangan syarikat komputer gergasi dunia di KL. Berkat mengikuti bengkel-bengkel PTS, beliau sudah menerbitkan karyanya dengan PTS Islamika.

Semalam, pada bengkel menterjemahkan karya Indonesia, kami sempat berbual-bual.

Sdr AS memaklumkan beliau telah menerima tawaran kenaikan gaji 60% daripada sebuah syarikat O&G (oil and gas). Tetapi beliau menolak tawaran itu disebabkan beliau tidak mahu risiko kehilangan masa dan tenaga bagi berkarya.

Namun syarikat itu masih terus memujuk beliau.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(19) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ejaan Perkataan 'bandar' dan 'bandaraya' Previous entry: Kesan Harry Potter ke atas Rupa Bentuk Fizikal Buku Sastera Remaja
fudzail  on  01/29  at  11:16 PM

Salaam Yang Berbahagia SifuPTS
Benarlah pada satu peringkat, wang bukanlah segala-galanya, malah sebetulnya kehidupan yang seimbang dan diberkati tidak boleh diukur dengan wang.

Apabila saya diberitahu yang saya akan dihantar ke serata lokasi di eropah sekiranya bersetuju untuk berpindah ke Ireland, dengan meninggalkan keluarga paling sekejap 6 bulan, saya segera tahu yang itu bukan kehidupan global yang saya mahukan, wang tidak boleh membeli waktu. Terutama luang masa dengan anak-anak yang sedang membesar adalah terlalu berharga.

Kemungkinan, seperti perancangan, saya akan bercuti selama setahun di UK (dengan mendaftarkan isteri untuk belajar diperingkat sarjana) dan menjadi penulis (juga seri rumah yakni tukang masak dll) sepenuh masa…..hmm, kalau menjadi, tentunya akan berguru dengan SifuPTS.

Wallahualam.
——-

MBA  on  01/30  at  12:09 AM

Sdr Fudzail;
Wah seronoknya jika dapat bercuti setahun begitu. Saya juga ingin!. Walaupun saya tidak banyak duit sebagaimana sdr Fudzail, namun saya yakin boleh bercuti setahun di UK jika ada permit kerja (cuti sambil kerja atau kerja sambil cuti).
wink

Siti Hajar  on  01/30  at  12:41 AM

Saudara Fudzail,
Saya sangat setuju dengan pendapat saudara. Bila sudah sampai ke satu tahap umur, kita akan beralih keutamaan.

Selepas saya berhenti kerja, ramai yang memberitahu saya lowongan kerja di pelbagai tempat, sesuai dengan pengalaman saya, namun saya tidak memohon walau satu pun. Saya mahu rehat dan memulihkan semula kesihatan yang terganggu akibat tekanan di tempat kerja. Lagi pula waktu itu, saya sudah mula mengira nilai pendapatan biar setimpal dengan setiap jam saya bekerja.

Sekarang, setelah empat tahun, masih ada yang memandang sinis dan melabelkan saya penganggur dan tidak percaya saya ini ada pekerjaan. Ada juga kawan yang merasakan saya tidak lagi setaraf dengan mereka kerana bagi mereka, saya ini duduk melopong sahaja. Apa tidaknya, asal berjumpa, saya berada di gerai, beli sarapan waktu orang sibuk berkejar ke tempat kerja atau melepak di kedai kawan, berbual-bual dan bergelak ketawa di sana. Atau yang paling mereka cemburui, bila ditelefon, saya baru sahaja nak tidur siang. grin

Tentulah begitu, kerana saya bekerja ikut waktu saya bukan waktu majikan. Walau kadang-kadang ada juga kebimbangan jika tidak ada tugasan, atau jika tidak dapat bayaran bulan itu, saya tetap akan begini. Saya tidak mahu lagi menggadai usia dan nyawa menggembungkan kocek orang. Baik saya isi kocek sendiri, biar tidak kembung tapi saya bahagia. Syukur Alhamdulillah.

Panaharjuna  on  01/30  at  02:05 AM

Sebenarnya, menurut pengalaman saya, menjadi penulis itu tidak mudah. Benar kita menguasai masa, namun taruhan di atas maruah jangan sekali-kali kita lupa. Malah sebagai penulis juga inilah tahunnya, saya merasa benar-benar mendapat pengiktirafan hidup sebagai penulis, tahun yang mana saya tidak malu mengaku hidup sebagai seorang penulis, malah ada yang menanya di mana mahu mendapatkan buku-buku saya, namun sejujurnya, sebelum sampai ke detik ini saya telah hampir sedekad lebih hidup dengan ‘hanya’ keyakinan, untuk berjaya dalam bidang penulisan. Saya tidak tahu sama ada saudara dan saudari pernah melalui tahap bercakap dengan dinding seperti mana yang pernah saya lalui, namun saya fikir saudara saudari ini bertuah kerana mendapat tempat yang wajar malah sebuah universiti terbuka lengkap dengan perhatian dari sifunya yang sentiasa menagih karya-karya saudara dan saudarai. Wah!, sungguh indah sekali jalan yang saudara saudari lalui ini, saya benar-benar ghibtah pada saudara dan saudari ini. Dan saya percaya, karya-karya saudara dan saudari ini nanti akan lebih luas dibicarakan oleh orang banyak sebaik sahaja saudara dan saudari telah berjaya menguasai teknik-teknik dan menghasilkan karya karya yang bagus. Saya yakin saudara dan saudari semua mampu kerana saudara dan saudari memiliki pengalaman yang saya kira sangat mahal.

KSI  on  01/30  at  06:32 AM

Saudara AS: Kita hidup hanya sekali. Kukira benar seperti kata Chairil Anwar “.... sekali berarti, sesudah itu mati.”

Wang ditimbun bakal habis jua, namun ilmu, amal dan karya yang bermakna, pasti bernyawa sepanjang zaman.

Membaca riwayatmu, tergerak naluri daku ingin mengenalmu lebih akrab, sahabat.

Memang, menulis sekali waktu bagiakan bercakap dengan dinding dan berkelahi dengan sunyi. Namun nikmatnya, di hujung katarsis, siapa yang pernah melewati saja yang tahu segala maksud dan erti.

KSI

Puan Ainon Mohd.  on  01/30  at  07:39 AM

Tuan-tuan dan Puan-puan, Saudara dan Saudari,

Sebagai seorang penulis, dan sekarang sebagai penerbit, saya berpendirian, wang memang penting, tetapi wang jangan menjadi pendorong.

Wang sebagai pendorong tidak dapat menghasilkan karya yang bagus-bagus. Malah, sebagai penerbit pun wang tidak dapat membantu kita mendapatkan penulis yang bagus-bagus!

Penulis yang dapat dipancing dengan wang adalah penulis yang karyanya jenis tidak akan bertahan sepanjang zaman, kerana wang tidak berupaya memberikan ruh dan jiwa ke dalam karya.

Selagi sanubari seseorang itu masih dapat digerakkan oleh wang, selagi itu sanubari orang itu tidak mampu menghasilkan kata-kata yang berjiwa.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  08:37 AM

Assalammualaikum w.b.t,

Puan Sifu, bagaimanakah kita tahu karya yang kita hasilkan itu berjiwa punya roh yang mampu menggoncang sesuatu yang baru? Ianya sungguh sukar dilakukan, bukan sahaja hati kena ikhlas. Ianya macam satu perjalanan panjang tanpa noktah. Cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik sungguh memeritkan. Kadangkala berpuluh kali diedit masih tidak mampu memuaskan hati sendiri ( dan bagaimana mahu memuaskan hati berpuluh ribu pembaca di luar?).

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  10:19 AM

Puan Sifu,

Siapakah sdr AS?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  10:24 AM

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh… Puji-pujian bagi Allah yang menciptakan segala keindahan di alam maya ini. Alhamdulillah…

Semuga Puan Sifu dan kita semua di dalam jiwa yang tenang dan tenteram ketika ini. Anugerah kebahagiaan yang tidak ternilai kurniaanNya.

Saudara Mal, “Cabaran untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik sungguh memeritkan.” Saya suka kata-kata itu.

Sebenarnya tidak ada sesuatupun di dunia ini harus kita dapati dengan percuma. Sedangkan diri kita sendiri pun ada harganya.

Sebagai seorang ibupun harus membayar dengan segala kesakitan hanya untuk mendapatkan seorang anak.. Bahkan berganda-ganda lagi bayarannya untuk menjadikannya yang terbaik!

Saya pernah bekerja sebagai pengarang majalah. Setiap bulan karya saya keluar, saya tidak ada masa untuk menilainya.

Setelah bertahun-tahun disimpan baru sekarang saya tahu. Walau tulisan saya tidak sebaik mana, tetapi ianya amat berharga buat diri saya dan mungkin orang lain juga..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  10:39 AM

Macamana nak tahu karya yang ada roh atau tidak, boleh cuba baca karya-karya ulama’ terdahulu. Sebagai contoh Ibn Qayyim, sebab Puan Sifu cerita tentang Ibn Qayyim, kita hayati macamana dia berkarya. Sebagai contoh karya beliau yang antara terhebat, kitab Zaad al-Ma’ad, dalam bahasa Arab ada 4 jilid. Beliau cuma menulis semasa bermusafir dengan unta, tiada langsung dalam fikirannya tentang wang. Sekarang, kitab tersebut menjadi rujukan bagi semua umat Islam dan masih lagi dikaji.

Kadang-kadang tidak boleh saya bayangkan bagaimana Imam Bukhari menyusun kitab Sahih Bukhari selama 16 tahun tanpa henti. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. wassalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/30  at  03:47 PM

Assalamualaikum
Terimakasih semua…kerana cerita/pengalaman/pandangan/nasihat saudara saudari memberi saya lebih semangat untuk terus berusaha dan berkorban.
Seperti Siti Hajar saya juga ‘menganggur’. Saya bergadai bergolok untuk dapatkan ijazah sarjana dalam bidang penerbitan dari sebuah uni di UK - dengan harapan ia menjadi tiket untuk saya terjun ke dalam arena penulisan dan/atau penerbitan. Tetapi hingga saat ini masih tak ‘terjun’ lagi. Tiba-tiba saya terjumpa UNIKA PTS, Alhamdulillah! Saya berharap Pn. Ainon dapat menerima saya sebagai mentee kerana banyak lagi yang perlu dipelajari. Untuk makluman puan, saya tengah bertungkus-lumus menyiapkan manuskrip dan bi-iznnillah akan menghadiri bengkel puan secepat mungkin.
Terimakasih.
p/s Teringat cerita seorang Sufi, pergi cari Tuhan di Mekah, rupa-rupanya ada dalam rumah sendiri!

Puan Ainon Mohd.  on  01/30  at  03:52 PM

Sdr HADA ISMAIL,

Datanglah kursus-kursus PTS, secara automatis sdr menjadi mentee saya!

alang kelana  on  01/30  at  09:29 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu, tuan-tuan, cik-cik dan puan-puan,

Jika diukur umur pencen pada 55 tahun, maka saya masih ada enam (6) tahun lagi sebelum tahun bersara, sebab itulah saya mahu belajar menjadi penulis. Bukan sebagai seorang penulis yang ada ‘glamour’ dan wang banyak, tetapi sebagai: (1) penulis yang dapat mengisi masa dengan mengasah minda dan (2) seorang pesara yang memanafaatkan masanya menimba ilmu, bukan hanya lepak di kedai-kedai kopi (walau pun sekali sekala lepak bersama teman-teman penulis memang seronok dapat berkongsi ilmu & pengalaman…) tetapi berbakti kepada agama, bangsa dan negara…

Panaharjuna  on  01/30  at  10:59 PM

Assalamualaikum semua,
Buat saudara Mal, saya fikir kerja menghadirkan roh didalam karya itu adalah kerja tuhan, kita hanya sekadar berusaha mewujudkannya.

Saya fikir ‘roh’ atau lebih senang di fahami dengan istilah ‘kesedaran yang mengubah,menyedarkan’ di dalam karya seseorang itu di perolehi dengan latihan yang bertahun dan di dalam masa yang sama seseorang penulis itu harus berjalan dalam suasana semasa masyarakat pada zamannya itu.

Setiap penulis yang hendak memberi roh pada karyanya itu harus merasai derita, gembira, marah dan sebagainya, seperti mana yang di lalui oleh masyarakat atau suasana pada saat dan ketika itu.

Namun yang paling getir,sebagai penulis juga, dia harus di masa yang sama menghasilkan karya yang akan memberikan semacam satu pandangan yang lebih bererti ke atas satu-satu peristiwa dan persoalan yang mendatangi masyarakatnya. Penulis itu sepertinya seorang problem solver yang luhur, bijak namun tetap merendah diri. Karya-karyanya harus segar tetapi tetap membawa mesej dan pandangan diri yang mantap sesuai dengan pendirian yang di pegangnya.

Kerana itu, saya fikir, jiwa seorang penulis itu sentiasa berontak.

Panaharjuna  on  01/30  at  11:05 PM

Buat sahabat saya KSI, ya, saya juga senang dengan pelawaan persahabatan itu, insyaallah jika ada waktu yang mengizinkan. Kita pasti bertemu.

Fable Fox  on  01/31  at  12:42 AM

Saya pernah baca buku ‘chicken soup for writers soul’, agak bagus. ada penulis terkenal pernah berkata, ‘bila saya mahu baca sebuah buku yang baik, saya mula menulis’.

Pegangan ini saya pegang bila menulis buku komputer. saya mahu pastikan bila saya siap, ia menjadi rujukan saya sendiri.

Gembira apabila abang saya sendiri pernah menggunakan buku Game Maker untuk belajar cara-cara menggunakannya.

Pure Basic pula dari Hello World, ke Linked List, ke GUI, ke OGG/MP3/Midi/Mod/Avi, termasuklah real time grafik melalui DX - semua dalam satu buku.

Ia juga menjadi pegangan saya apabila menulis buku untuk PTS. Ada 4 jibunsyi yang sedang ditulis, satupun tidak melibatkan cinta, sebaliknya perjuangan. saya mahukan buku mengenai perjuangan. tetapi bukan jenis yang sendiri-sendiri, tetapi membangunkan bangsa.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/31  at  09:01 AM

Assalammualaikum w.b.t,

Terimakasih saudara Duyung,Panah dan semua di atas pandangan yang diberikan.

Ada satu ketika bila saya membaca draf novel saya, saya selalu terfikir apakah nanti orang akan membaca karya saya yang sebegini? Setiap hari saya memikirkan bagaimanakah kelainan yang harus dicipta agar pembaca menyukai dan seterusnya mendapat manfaat dari apa yang saya tulis itu?

Bagi penulis baru memang inilah agaknya persoalan yang sentiasa berlantunan dalam ruang fikiran. Kunfayakun sahajalah ...Hanya Allah yang maha mengetahui!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/31  at  02:53 PM

Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih kepada semua diatas pendapat, saranan dan perkongsian pengalaman. Sesungguhnya bukan mudah untuk membuat keputusan terutamanya apabila berada di dua persimpangan.

Hari ini mereka menaikkan lagi tawaran dengan meninggikan kadar ringgit yang akan saya terima. Walaupun surat rasmi telah dihantar, namun pintu masih lagi terbuka untuk saya berhijrah.

Allah lebih mengetahui
AS.

Lowongan Kerja  on  03/13  at  05:56 PM

Terimakasih.. lowongan kerja terbaru…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: