Thursday, January 20, 2011

Tip Survival Bisnes Buku: Hidup dengan Menjual Buku Agama Secara Bergerak

Banyak peniaga buku dapat hidup dengan menjalankan bisnes menjual buku-buku agama secara bergerak.

Modal utama mereka adalah sebuah van Nissan Venette dan sekitar RM5 ribu tunai bagi modal membeli buku-buku yang dijual.

Memulakan bisnes cara ini lebih sesuai bagi individu yang mempunyai modal tunai kecil, yakni kurang daripada RM10 ribu. 

Mereka membeli buku-buku itu secara tunai dari penerbit ataupun pengedar, kerana dengan cara itu mereka mendapat diskaun yang lebar.

Bagi sesetengah judul buku agama yang ruji -- seperti buku Yasin & Tahlil, muqaddam, buku panduan sembahyang, wirid dan doa --  ada pengedar yang sanggup memberi sehingga 50% diskaun apabila dibeli secara tunai.

Penjual buku secara bergerak hanya menjual judul-judul yang laku keras sahaja.

Bagi tuan yang mahu memulakan bisnes ini, langkah pertama adalah memeriksa buku-buku yang dijual oleh peniaga-peniaga lain. Dari situ tuan boleh mendapat maklumat berkenaan buku-buku yang laku dijual.

Foto di atas adalah contoh jenis-jenis judul yang laku keras di mana-mana ada masjid ataupun ada majlis-majlis ceramah agama diadakan. Kelihatan banyak judul PTS dipamerkan.

PTS mengamalkan sistem S.O.R (sale or return) kepada peniaga buku secara bergerak. Maksudnya, pembeli membeli tunai dari PTS. Mana-mana buku yang tidak laku, dan masih dalam keadaan elok, maka buku itu boleh dipulangkan kepada PTS dan ditukar dengan buku-buku lain.

Bagi mendapatkan bekalan buku-buku dari PTS, mohon hubungi eksekutif senior di jabatan sales PTS, Tn. Azari Hashim HP: 016 66 11 496 (foto)

NOTA: Foto disalin dari FB Tn. Shamsuriyadi Mamat.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Jutawan PTS 2010 Previous entry: Iklan Promosi Buku-Buku PTS di Halaman Depan Akhbar Harakah
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/10  at  03:21 PM

Assalamualaikum wrth wrb,

Pn Ainon,

Saya ada dua pertanyaan :
1)Saya gemar menulis terutamanya berhubung kerohanian. Namun masih dalam peringkat berjinak-jinak dan berharap ke peringkat pro. Mudahan..Amin..
Apakah ruang di sini yang membolehkan saya menerbitkan hasil karya saya kelak?.
2)Buat masa ini saya ada buku hasil karya abang saya yang bagus isinya dan banyak boleh diambil manfaat. Adakah ruang disini boleh juga memasarkan buku beliau?

Jazakumullah ahsanal jaza. Terima kasih di atas perhatian dan maklumbalas yang akan diberikan. Moga satu kerjasama baik dapat terjalin, jika ada izin Allah Taala. Amin..InsyaAllah..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.