Friday, November 23, 2007

Jual Buku Melalui Gerai Majalah Mamak

Di sekitar Kuala Lumpur sahaja terdapat lebih 7000 gerai Mamak yang menjual surat khabar, majalah, komik, novel-novel separuh-lucah, rokok dan gula-gula.

Jika saudara baru menceburi bidang penerbitan buku, adakah saudara akan cuba menjual buku-buku saudara melalui kedai-kedai Mamak itu?

Bukan semua jenis buku dapat dijual di gerai-gerai Mamak. Hanya bahan-bahan bacaan murah seperti surat khabar dan majalah hiburan dan yang seperti itu sahaja dapat dijual. 

Kedai-kedai Mamak itu terletak di tempat di mana banyak orang berjalan kaki lalu-lalang di depan gerainya, ataupun di stesen-stesen kenderaan awam, seperti stesen bas dan LRT.

Buku-buku yang berkualiti adalah mahal  harganya. Orang yang mampu membeli buku-buku mahal tidak berjalan kaki ataupun menaiki kenderaan awam. Justeru pembeli buku-buku mahal tidak lalu-lalang di depan kedai-kedai Mamak.

Pembeli buku memandu kereta peribadi. Mereka memerlukan kemudahan tempat meletakkan kereta. Itulah sebabnya kedai-kedai buku terletak di tempat-tempat yang menyediakan kemudahan parking kereta, seperti dalam mall-mall.

Justeru, jika saudara hendak memasarkan buku saudara melalui outlet kedai Mamak, terbitkanlah buku-buku yang dibeli oleh mereka yang berjalan kaki dan lalu-lalang di depan kedai-kedai Mamak itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sudah Diulangcetak Previous entry: Khutbah Jumaat PTS: Masukilah Pasaran Sektor Sastera Agama Kanak-kanak
Zamri Mohamad  on  11/23  at  01:59 PM

Biasanya penulis buku politik self publih yang menggunakan rangkaian kedai mamak sebagai edaran.

Rastom  on  11/23  at  11:49 PM

Kedai mamak sekarang sudah masuk versi Mamak 2.0 . Apa itu Mamak 2.0? Ruang kecil, tapi macam macam ada. Contohnya Amazon.com dan Barnes and Noble (http://www.barnesandnoble.com/)sekadar menyebut yang saya tahu. Bukan saja boleh jual banyak buku, boleh jual banyak tajuk buku dan sekarang pula sudah jual yang terpakai. Bila pula tokey kedai buku Malaysia mau eksploit laman laman blog peribadi yang bercambah saban hari dengan menawarkan keahlian Associate atau Affiliate  yang hanya perlukan promosi banner atau buku buku tertentu dan berkongsi untung, tak banyak, tapi rangkaian meluas dan semakin meluas. Hidup Mamak 2.0!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: