Jualan 2008: Judul Paling Tinggi Perolehan RM
Berdasarkan data jualan bagi tahun 2008, berikut adalah senarai 50 judul teratas mengikut jumlah perolehan dalam bentuk ringgit dan sen.
Nota: Adalah menjadi dasar pengurusan PTS tidak mendedahkan maklumat kewangan penulis. Semua judul dalam senarai ini terjual melebihi RM75 ribu berdasarkan harga tercetak pada kulit buku. Buku paling laris melepasi nilai suku juta ringgit.
1. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - Prof. Kamil Ibrahim
2. Bacakan Saya Satu Cerita - banyak penulis
3. Minda Muslim Super - Dr. Danial Zainal Abidin
4. Salju Sakinah - Zaid Akhtar
5. Quran Saintifik - Dr. Danial Zainal Abidin
6. 99Q: Kecerdasan Berasaskan Asmaul - Sulaiman Alkumayi
7. Dear Yayah The Diary - Farihah Iskandar
8. Motivasi Alihan Untuk Pelajar - Dr. Tengku Asmadi
9. Terapi Solat Tahajud - Mohammad Salleh
10. Dear Yayah 4 - Farihah Iskandar
11. Bukan Yang Pertama - Salina Ibrahim
12. Tak Bisa Memilihmu - Ain Maisarah
13. Change! - Rhenald Kasali
14. Aku Mahu Teman Tapi Mesra - Ain Maisarah
15. Tip-tip Cemerlang Daripada Quran - Danial Zainal Abidin
16. Tunnels - Roderick Gordon, Brian Williams
17. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif - Dr. Tengku Asmadi
18. Aisyah: Keanggunan Sejati - Sulaiman An-Nadawi
19. Master Your Mind, Design Your Destiny - Adam Khoo, Stuart Tan
20. Aku Mahu Buli - Ain Maisarah
21. Aku Mahu Saiz S - Ain Maisarah
22. Aku Mahu Ke New York - Ain Maisarah
23. Dato' Dr Haron Din: Menjawab Persoalan Fikah Harian - Dr. Haron Din
24. Mencari Jalan Pulang - Kassim Ahmad
25. Rahsia Bisnes Orang Cina - Ann Wan Seng
26. Ahmadinejad: Singa Baru Dunia Islam - Alfian Hamzah
27. Sains Pemikiran dan Etika - Mardzelah Makhsin
28. Sarah dan Anting-anting - Ezee Rahmani
29. Khadijah: Cinta Abadi Kekasih Nabi - Muhammad Abdul Yamani
30. 3T: Taubat Tasbih Tahajud - Zaini Ali Akbar
31. Rahsia Buat Duit dengan eBay - Azahar Abdul Rahman
32. Pengurusan Disiplin Murid - Ann Jit Eng
33. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi - Ezee Rahmani
34. Rahsia Islam Di China: Gemilang di Sebalik Tembok Besar - Ann Wan Seng
35. Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok - Prof. Kamil Ibrahim
36. Biografi Muhammad bin Abdullah - Zulkifli Yusoff, Noor Naemah Abd Rahman
37. Sekolah Menengah? - Natasha Effyzal
38. 55 Petua Orang Berjaya - Mohd Fadzillah Kamsah, Ahmad Fadzli Yusof
39. Perubatan Islam & Bukti Sains Moden - Dr. Danial Zainal Abidin
40. Warkah Cinta Berbau Syurga - A. Ubaidillah Alias
41. Setengah Berisi Setengah Kosong - Parlindungan Marpaung
42. 7 Formula Individu Cemerlang - Dr. Danial Zainal Abidin
43. Hendak Susah Ataupun Senang - Razzi Ar-Mansur
44. My Secret - Aizam Aiman
45. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem - Abdul Latip Talib
46. Psikologi Orang Berjaya - Ainon Mohd
47. Aku Mahu Popular - Ain Maisarah
48. Revolusi IQ/EQ/SQ - Taufik Pasiak
49. Impiana II - Ain Maisarah
50. Hanya Tuhan Yang Tahu - A. Razak Adam
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulillah, syukur alhamdulillah. Novel Hanya Tuhan Yang Tahu tersenarai juga.
Buku pertama saya bersama PTS termasuk juga dalam senarai ke-50 ini. Terima kasih kepada Sifu, editor dan pengkritik serta pembeli. Novel ini dicetak semula dalam masa 2 bulan selepas diterbitkan!
Tanpa anda siapalah saya.
Terima kasih untuk semua.
Sifu-san;
Bagaimanakah caranya bagi penulis lain ingin tahu kedudukan mereka?. Tidak kisahlah menduduki temapt ke 999 ke atau tempat ke 9999.
Tuan MBA-san,
Data yang diberikan ini dikumpulkan dan diproses oleh Tn. Zain Aziz, Timbalan Pengurus Jabatan Sales PTS.
Sistem SAP yang digunakan di PTS tidak cukup cerdik, yakni tidak dapat mengeluarkan ranking prestasi “penulis” sebab setiap penulis mempunyai banyak buku, dan ada buku-buku yang lebih daripada 1 orang penulisnya.
Pada masa ini SAP hanya dapat secara automatik membuat laporan sales mengikut tajuk buku, ikut tarikh jualan, dan memberikan maklumat mentah yang konvensional sahaja.
Jadi laporan ini diproses secara manual oleh Tn. Zain Aziz sendiri. Kebetulan beliau bertanggungjawab menjaga kecekapan proses-proses operasi di Jabatan Sales. Beliau membuat analisis buku apa yang paling menguntungkan (dan merugikan) dari sudut sales. Dalam kes ini beliau membuat analisis judul-judul yang paling menguntungkan bagi tahun 2008.
Post a comment