Tuesday, April 20, 2010

Jualan Buku-buku PTS sebagai Indikator Pasaran Buku Melayu

Tuan Zaharin Zain, pengurus jabatan sales PTS melaporkan, dalam tempoh 3 bulan pertama tahun 2010 (Januari, Februari & Mac), jumlah buku PTS yang terjual adalah sebanyak 544,839 naskhah, dengan nilai runcit lebih RM8 juta. Semua buku-buku itu dipesan oleh kedai-kedai buku di seluruh negara.

Nilai runcit jualan buku-buku PTS semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur baru lalu (di booth PTS sahaja) adalah RM800 ribu. Pada pesta itu PTS juga membekalkan buku-buku kepada 9 buah booth lain di mana mereka adalah agen-agen rasmi PTS. Menurut Tuan Zaharin, jualan buku PTS di booth mereka juga sangat baik, menjadikan jumlah runcit semua jualan buku-buku PTS sepanjang pesta itu hampir RM1 juta.

Angka-angka jualan ini bukan hanya menjadi indikator perkembangan sihat industri buku Melayu, tetapi juga indikator buku-buku Melayu bagaimana yang dimahukan oleh pembeli.

Dalam pasaran terbuka, tidak semua buku Melayu laku keras. Banyak buku Melayu tidak laku. Banyak yang laku suam-suam kuku. Begitu juga, tidak semua penerbit buku Melayu mengalami pertumbuhan yang memberangsangkan. Ada yang berkembang pesat, ada yang tidak.

Buku-buku Melayu yang laku adalah disebabkan buku-buku itu ditulis dan diterbitkan dengan mengambil kira faktor kehendak pasaran.

Penulis buku-buku Melayu perlu mengambil kira kehendak pembeli buku. Penerbit buku Melayu pula perlu menjalankan bisnes mereka dengan sentiasa meningkatkan kemahiran profesional kakitangan mereka.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat: Di Mana Semangat 1 Malaysia Kedai Buku Borders? Previous entry: Nasib Penerbit Cap Ayam Apabila Tiada Kontrak Buku

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: