Jualan Buku Naik, Jualan Utusan Malaysia dan Kosmo! Merudum
Mengikut sumber gosip dalam pasaran, angka jualan akhbar Utusan Malaysia mengalami jualan yang jatuh dengan parahnya - 30%! Angka edaran terbaru menunjukkan ia jatuh di bawah 200,000 naskhah sehari. Pada zaman gemilangnya dulu, zaman 1990-an, ia pernah mencecah sehingga 300,000 naskah sehari.
Akhbar Kosmo! pula mengutip kerugian setiap hari dan kini kerugian terkumpulnya sudah lebih RM15 juta.
Ini berlaku pada masa jualan buku-buku Melayu sedang menyaksikan kebangkitan yang sangat memberangsangkan....
.
.
Akhbar Kosmo! pula mengutip kerugian setiap hari dan kini kerugian terkumpulnya sudah lebih RM15 juta.
Ini berlaku pada masa jualan buku-buku Melayu sedang menyaksikan kebangkitan yang sangat memberangsangkan....
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pn Sifu,
Kekadang kita dapati apa yang terpapar di akhbar semuanya merupakan berita basi atau semi basi kerana hampir kesemuanya sudah dibacakan oleh RTM, TV3 dan lain-lain media letronik.
Kemudian hampir separuh muka suratnya diisi dengan iklan Court mammouth maka yang tiggal untuk berita tidak sampai pun separuh akhbar lagi.
Tapi, saya tidak membeli akhbar kerana saya sudah membaca berita itu melalui online setiap pagi.
letronik (SALAH) = elektronik (BETUL)
——-
hmm… satu blog yang ditulis oleh seorang insan yang mengaku beliau ada kakitangan Utusan Melayu, mengatakan kejatuhan Utusan dan Kosmo dirancang sebenarnya.
Blog tersebut - paknujum.blogspot.com
Wallahualam.
Puan Sifu,
Adakah ini berlaku kepada Kumpulan Utusan sahaja.
Pembaca dah mula bijak memilih kandungan bahan bacaan. Zaman cerita-cerita sensasi dan berita-berita yang dimanipulasi hampir berakhir.
Penerbit buku berlumba-lumba terbitkan buku. Yang untung ialah pembeli kerana mendapat buku yang terbaik daripada yang terbaik.
Buku terlalu banyak di pasaran, akhirnya pembeli tidak tahu hendak beli yang mana satu. Kesudahannya, pembeli beli buku Doreamon atau VCD. Lebih best kata mereka.
Saya berpandangan, mungkin Utusan perlu menjemput penulis buku pula menulis dalam akhbar dan majalah mereka agar peminat buku mereka ditarik membeli akhbar pula. Ini formula yang digunakan oleh sebuah majalah Islami oleh penerbit majalah terbesar di Malaysia.
Ceh pandai-pandai sahaja saya buat andaian.
Puanku Sifu,
Pandangan Tuan Riduan Khairi ini bagus sekali. Saya turut bergembira dengan merudumnya Kumpulan Utusan. Saya tidak bermaksud untuk memperkecil-kecilkan para insan yang mencari rezeki, cuma sasaran saya ialah Utusan sebagai sebuah organisasi.
Sejak saya ketahui sepak terajang busuk dalam organisasi tersebut dan sejak Utusan berperanan membohongi minda Melayu dengan bertopengkan fungsinya sebagai jurulapor, telah saya boikot sama sekali membelinya (walaupun masih membaca).
Kita akan lebih faham kenapa Utusan jadi begitu jika dibaca jibunsyi Said Zahari mengenai pengalamannya bersama Utusan.
Doa orang beriman, mangsa mangsa fitnah yang pernah disebarkan oleh akhbar tersebut pasti ada kaitan. Dengan berita ini saya juga menantikan merudumnya juga organisasi media lain termasuk media elektronik yang setia menjadi pecacai politik terutama menjelang pilihanraya.
Alfaatihah! Semoga orang Melayu lebih pandai dengan merudumnya Utusan!
Tuanku Rastom,
Amin! Amin!
Setuju sangat dengan pandangan Tuanku Rastom yang sangat bernas. Siapa sebenarnya yang hendak membaca berita yang hanya mengampu sahaja? Lama-kelamaan orang muak kerana berita dan rencananya hanya berunsur mengampu di samping sentiasa berat sebelah.
Orang lebih suka membaca berita internet yang tidak mengampu.
Mereka agaknya lupa dengan perkara yang sangat penting di dalam dunia surat khabar iaitu:
1. No news is a good news
2. Beri apa yang mereka mahu.
Daulat Tuanku!
Apabila jualan surat khabarnya merudum, lidah pengarang menyalahkan orang Melayu tidak suka membaca.
Inilah contoh apa yang dikatakan tingkah laku ciri psikologi “external locus”. Ciri ini adalah ciri pegagal, apabila berlaku perkara buruk, dia salahkan faktor-faktor luaran.
Utusan Melayu mesti disokong! Masalahnya orang politik yang kawal UM. UM jadi pengampu berlebih-lebih. Takut nak bersuara perihal Melayu. Lebih banyak iklan dan siar berita merapu-rapu. Pasal tu Melayu dah tak beli UM. Kata penyebar fikiran rakyat tapi hampeh…. tapi walau apa pun akhbar Utusan Melayu yang sejati mesti disokong!
Amaran! Gunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Orang dah muak dengan rencana dalam Utusan Melayu… depa bukan penyebar fikiran rakyat tapi penyebar fikiran oknum politik sempit… Utusan Melayu takut nak lapor yang haq…
Gunakan Bahasa Melayu Tinggi.
Post a comment