Wednesday, October 20, 2010

Tip Survival Penerbit: Jualan E-Book Naik 172% di Amerika

Laman web Publishers Weekly melaporkan bagi bulan Januari - Ogos 2010 jualan buku di Amerika turun 14.3%. Bagi bulan Ogos 2009, jualan e-book melonjak 172.4%, dengan nilai jualan US$39 juta pada bulan itu.

Angka di atas adalah berdasarkan laporan jualan 14 buah penerbit Amerika yang melaporkan bisnes mereka kepada AAP (Persatuan Penerbit Amerika).

Baca lagi di sini Publishers Weekly

Trend peningkatan jualan e-book ini sangat penting diambil perhatian oleh penerbit buku-buku Melayu. Buku-buku Melayu mestilah bersedia dijual, dipasarkan dan dibaca menggunakan teknologi kontemporari.

Justeru penerbit buku Melayu perlu memahami trend terbaru ini dan bersiap-siap untuknya.

Bukan hanya para penerbit buku Melayu yang perlu memahami bisnes e-book, penulis-penulis juga mesti mengambil tahu tentang bagaimana harta inteleknya akan dipasarkan dan dijual dengan menggunakan teknologi ini.

Sebagai contoh, struktur royalti e-book tidak serupa dengan struktur royalti buku konvensional (cetak-kertas). Harga e-book jauh lebih murah daripada harga buku konvensional. Ini bermakna royalti yang akan diterima oleh penulis juga akan lebih rendah bagi setiap unit e-book yang terjual.

Suatu perkara yang perlu diketahui di sini adalah bahawa jualan e-book yang melonjak itu adalah jualan e-book yang dijual sekaligus bersama gajet reader-nya, seperti dalam foto, bukan e-book yang dijual eceran oleh penulisnya sendiri.

PTS sudah lama bersedia membolehkan semua buku terbitannya dijual dalam bentuk e-book. Kita hanya menunggu saatnya yang sesuai sahaja. Strategi yang akan digunakan oleh PTS adalah dengan melesenkan hak penerbitan edisi e-book kepada pihak seperti Kindle, Sony-reader, dan yang seumpamanya. 

Dalam pasaran sekarang sudah banyak syarikat teknologi yang memperkenalkan pelbagai rupa e-book reader, masing-masing gajet dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kuasa Kedai Buku ke Atas Nasib Buku: Kes Komik-M Previous entry: Buku Armagedon 2012 Diulangcetak Selepas 24 Hari Masuk Gudang PTS
drinspirasi  on  10/21  at  07:50 AM

Mungkin ini adalah hasilan ledakan teknologi Apple seperti Iphone dan Ipad. Kesannya, ia lebih mudah untuk dibawa ke mana-mana. Info dapat di’ringan’kan

omecool20  on  10/22  at  06:04 PM

smile Syukur mendengar pihak PTS sudah bersedia dengan perkembangan ini. Pada pendapat saya, ebook dan buku versi biasa ada pasarannya tersendiri. Para penulis harus melihat perkembangan ini sebagai peluang untuk mendapat lebih ramai peminat bahan bacaan mereka.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.