Judul-Judul Buku Laris yang Sudah Habis Licin dalam Setor PTS dan Menunggu Ulangcetak
Semenjak PTS memulakan operasinya 9 tahun yang lalu, ada satu masalah yang tidak pernah dapat diselesaikan. Masalah itu adalah masalah buku-buku PTS yang terlalu laku!
Akibatnya, pengedar, agen dan pekedai buku asyik marah-marah kepada pegawai jualan dan khidmat pelanggan PTS kerana banyak judul yang mereka pesan sering kali 'out-of-stock'.
Tuan Zaharin Zain, Pengurus Jabatan Jualan dan Khidmat Pelanggan PTS, memberitahu saya bahawa bagi tahun 2008, nilai pesanan buku-buku yang tidak dapat dibekalkan disebabkan stok habis adalah RM4.5 juta (lost sales atau jualan melepas).
Jabatan Kewangan pula sentiasa tersepit antara memberi peruntukan yang lebih banyak kepada judul ulang cetak ataupun kepada judul baru. Jabatan Sales meminta bajet bagi mengulang cetak sebab kedai marah-marah, manakala Jabatan Editorial meminta bajet untuk mencetak buku-buku baru sebab penulis mahu melihat buku-buku mereka terbit.
Hari ini saya menerima laporan senarai buku-buku laris yang saat ini perlu dicetak semula. Kos mencetaknya adalah sekitar RM1 juta.
Sebagai Chairman PTS, ke mana saya hendak mengadu? Di mana hendak dicari wang sebanyak itu.... Kerajaan pun tidak mengadakan dana bagi membantu industri perbukuan (tetapi dana untuk industri perfileman ada).
Berikut adalah judul-judul yang saat ini habis licin dalam setor PTS sedang permintaan dari kedai masih ada:
PTS One Sdn. Bhd.
1. Sarah dan Kasut Tumit Tinggi
2. Tak Bisa Memilihmu
3. Adam Kecil: Hampir Kena Tangkap
4. Dunia Sains Aiman 4: Diari Ramadan Aiman
5. Dunia Sains Aiman 3: Dunia Semut
6. Impiana
7. Sahabat Kole Kacang 2: Jiwa Pendekar
8. Dua Dunia
9. Kembar Terpilih: Jatuh Hati
10. Penyiasat Ekstrovert: Kucing Utusan
11. Emilda
12. Dunia Sains Aiman 2: Jiran Baru -Dari Rusia Ke Malaysia
13. Kaki Bola
14. Si Manis Amni: Sumpahan Tok Malas
15. Rusdin Budak Pintar
16. Untuk Syampoo
17. Siapa Aku?
18. Elergi Tupai Dan Sepet
19. Cerita Antara Kita
20. Adli Di Alam Fantasi: Misi Monyet Putih
21. Dunia Ini Sederhana Kecil
22. Hantu Silap Mata
23. Pelangi Kasih
24. Doa Untuk Aku
25. Dunia Sains Aiman 1: Kereta Solar
26. Nomik: Impian Harlina
27. Bermula Dengan Alif
28. Mendung Tidak Bererti Hujan
29. Aku Mahu Buli
30. Tekad
31. Aku Mahu Ke New York 1
32. Sherlock Holmes 2: Detektif Yang Penuh Kejutan
33. Puteri Salsabila
34. Gitar Dan Lolipop
35. Adam Kecil: Sakit Gigi
36. Bacakan Saya Satu Cerita
37. Di Mana Abang Saya?
38. Dunia Sains Aiman 5: Alam Ria Cuti Sekolah
39. Dear Yayah 3
40. Aku Mahu Ke New York 2
PTS Profesional Sdn. Bhd.
1. Rahsia Bisnes Orang Cina - Edisi Jimat
2. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
3. Pergerakan Pengakap Malaysia
4. Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah - Edisi Kemas Kini
5. Usahawan Cilik: Garaj Aiman
6. Buat Duit Dari Rumah
7. Panduan Mengurus Pusat Sumber Sekolah
8. Guru Sebagai Penyelidik
9. Mengurus Acara Rasmi Sekolah
10. Kamus Peribahasa Melayu-Inggeris - Edisi Ke-2
11. Menjadi Guru Tadika
12. Humor Dalam Pengajaran
13. Menjadi Jutawan MLM - Edisi Jimat
14. Memulakan Bisnes Sendiri - Edisi Kemas Kini
15. Kadet Remaja Sekolah
16. Mengurus Sekolah
17. 66 Usahawan Malaysia
18. Mengurus Kewangan Sekolah - Edisi Ke 2
19. Kerjaya Sebagai Guru
20. Kuasa Minda Separa Sedar
21. Bos Dipuji Bos Dibenci
22. Mengurus Khidmat Bimbingan dan Kaunseling Sekolah
23. Permainan Kreatif Untuk Guru & Jurulatih
24. Tarik Kekayaan dengan Kuasa Minda
25. Guru Sebagai Fasilitator
26. Kerjaya Sebagai Pereka Fesyen
27. Kerjaya Dalam Bidang Perakaunan
28. Teknik Mengajar KOMSAS
29. Guru Sebagai Pemimpin
30. Panduan Merancang Aktiviti Pra Sekolah
31. Kepimpinan Pendidikan di Malaysia
32. Kerjaya Sebagai Tentera Laut Diraja Malaysia
33. Mengurus & Mentadbir Pejabat
34. Membentuk Identiti Remaja
35. Mengurus Rekod Perkhidmatan Kaunseling
36. Aku Mahu Naik Pangkat
37. Psikologi Sosial Alam Remaja
38. EQ: Panduan Meningkatkan Kecerdasan Emosi
39. Kerjaya Sebagai Saintis Industri Sawit
40. Kerjaya Sebagai Jururawat
41. Menjadi Usahawan
42. Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan
43. Bahasa Melayu: Apa Sudah Jadi?
44. Memahami & Membimbing Remaja Nakal
45. Psikologi Sosial Dalam Pendidikan
46. Rahsia Cepat Naik Pangkat
47. Kemahiran Interpersonal Untuk Guru
48. Pengetua Sekolah Yang Efektif
49. Kamus Peribahasa Inggeris-Melayu
50. Sintaksis
51. Komunikasi Untuk Pemimpin
52. Siri Mula Bisnes: Kedai Jahit
53. Kamus Pepatah Bidalan & Perumpamaan
54 . Mengurus & Membiayai Pendidikan di Malaysia
PTS Millenia Sdn Bhd.
1. Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif
2. Tip Menjadi Individu Menarik
3. Aisyah: Keanggunan Sejati
4. Komik-M: Lili Lulu Lala
5. 66 Silap Mata Praktikal
6. 55 Petua Seronok Bekerja
7. Menjadi Remaja Smart Studi: Persediaan Minda Utk Menjadi Pelajar Cemerlang
8. Keluargaku Syurgaku
9. Revolusi IQ/EQ/SQ
10. Yang OK dan KO Dalam Ibadah Haji dan Umrah
11. Petua Orang Cemerlang
12. Master Your Mind, Design Your Destiny - Edisi Bahasa Melayu
13. Penyembuhan Semula Jadi Dengan Herba
14. Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains
15. Langkah Bestari Suami Mithali
16. Cerita-cerita Motivasi Untuk Pelajar
17. Komik-M: KecemprengMan
18. Kunci Menjadi Individu Berkredibiliti
19 . Akrab Dengan Tuhan
20. Anda Ingin Menjadi Seorang Gentleman
21. Supaya Poket Tidak Kosong Lagi
22. Anak Kita Memang Pintar Cerdas
23. Hidup 'Zero' Alasan
24. Anda Berkarisma Apabila...?
25. Menjadi Remaja Smart Studi: Kemahiran Belajar
26. 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki
27. Tafsir Cinta
28. Jadi Seperti Muhammad
29. Komik-M: Twin X
30. Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah
31. Anda Berkuasa Apabila...?
32. Pantun & Gurindam Utk Majlis Rasmi & Perkahwinan - KK)
33. Fikah Itu Memang Best!
34. 12 Langkah Membentuk Manusia Cerdas
35. Dato' Dr Haron Din: Menjawab Persoalan Fikah Harian
36. Fahamilah Perasaanku! 30 Luahan Perasaan Suami
37. Terapi Solat Tahajud
38. Benarkah Iskandar Bukan Zulkarnain
39. Acan Dan Ucin
40. Budak Takraw
PTS Islamika Sdn. Bhd.
1. Sukses Dengan Doa
2. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman
3. Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman - Edisi Jimat
4. Doa Ajaran Ilahi
5. Doa Ajaran Rasul
6. 10 Tokoh Sarjana Islam Paling Berpengaruh
7. Doa Ajaran Sahabat
8. Hadis 40: Imam Nawawi
9. Anatomi Al-Quran: Mengenal Ilmu, Sejarah & Kandungan Al-Quran
10. 31 Kisah Sahabat: 10 Sahabat Yg Dijanjikan Syurga
11. Hidup Diredai Tuhan: Koleksi terpilih drpd Kitab Riyadus Solihin
12. Online Dengan Tuhan
13. Siapa Khadijah binti Khuwailid?
14. Apa Itu Ilmu Hadis?
15. Haji Muda: Tip-tip Menjadi Tetamu Allah
16. Yakjuj & Makjuj: Bencana Di Sebalik Gunung
PTS Litera Sdn. Bhd.
1. Khalid: Memburu Syahid
2. Ikramah: Penentang Jadi Pembela
3. Abu Bakar: Sahabat Sejati
4. Dia Ataupun Dia?
5. Salahudin Ayubi: Penakluk Jerusalem
6. Matahari Di Atas Gili
7. Selagi Bintang Masih Di Langit
8. Munajat Cinta
9. Dendam Pencinta
10. 8 + 1
11. Bidadari Paderi
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Sifu yang saya sayangi,
Mari kita sama-sama tumpang mengadu pada Tuhan, Allah Azza Wa Jalla. Bak kata seorang bekas mufti, berdoalah hatta sekecil hilang tali kasut. Nescaya Allah akan perkenankan. Hanya saja cara, bagaimana dan bila itu, biar Dia yang tentukan mana yang terbaik untuk kita.
Salam..
Makin ramai pekedai yang mahu membawa buku PTS ke dalam kedai mereka apabila melihat sambutan yang amat menggalakkan semasa pesta buku tempoh hari. Pemilik kedai Cina mahupun tradisional mula terbeliak mata melihat sambutan tersebut.
Berduyun pesanan buku yang diperolehi, namun buat masa ini hanya sebilangan stok sahaja yang dapat dibekalkan.
Siapa lambat terloponglah ia........
Salam Puan Ainon,
Alahai puan...andainya saya ni pemilik bank, dah lama saya beri pinjaman pada puan, tanpa interest tanpa syarat…
Mudah-mudahan ada pegawai/CEO bank atau hartawan yang membaca entri puan ini dan terbuka hati mereka untuk membantu puan...Hidup Industri Buku!
Salam Puan,
Saya baru pulang dari MIHAS semalam. Ada berbincang dengan SME Bank berkenaan pinjaman untuk “working capital”.
Mengikut kata pegawai tersebut, Bank Pembangunan ada pinjaman sebegini tanpa cagaran. Mungkin boleh usahakan sebagai satu option puan.
Option seterusnya, membuka pelaburan individu. Bayaran keuntungan seperti membayar royalti penulis juga. Saya tidak suka cara ini kerana remeh melayan beberapa pelabur, tetapi jika tiada pilihan lain, saya akan membuka option ini untuk individu terpilih.
wasalam
Syaizul
Semalam, saya ke kedai buku MPH di Alamanda, Putrajaya. Rak buku khas untuk PTS One telah ditambah lagi. Jika sebelum ini hanya ada 2 rak yang disusun depan-belakang, semalam telah ada 4 rak! Saya tersenyum puas hati. Hujung minggu ini saya akan membawa anak saya membeli-belah di situ (kami tidak dapat ke Pesta Buku tahun ini, sedih bunyinya bukan?)…
Berkenaan kos RM1 juta. Aduh, andai sahaja saya jutawan seperti kata Puan Lathifah… Apapun, saya akan ikut sama mendoakan semoga Allah permudahkan usaha Puan Sifu mendapatkan dana sebagai modal. Ameen.
Di kedai saya masih ada “sedikit” (bukan semua!) tajuk-tajuk di atas. Bagi sesiapa yang benar-benar memerlukan buku dan tidak sanggup menunggu cetakan baru, sila email tajuk yang dikehendaki kepada
Kami akan kurier kepada anda dengan bayaran RM 5 per order.
Saifuddin Awang.
Pustaka Munirah, Kemaman.
Salam, mungkin prosedur ini sudah pun dilaksanakan oleh PTS. Sekadar cadangan.
Buku-buku yang laris di sesuatu kawasan belum tentu laris di kawasan-kawasan lain (sekadar teori sahaja). Adakah PTS menetapkan prosedur di mana bagi buku-buku yang kurang laris, stoknya perlu dipulangkan di dalam tempoh tertentu? Ini membolehkan lebihan stok tersebut disalurkan ke kedai-kedai buku yang benar-benar memerlukannya.
Sebagai salah seorang penulis PTS, saya rajin juga bertanya mengenai jualan novel saya setiap kali saya ke kedai buku. Pada saya ini penting sebelum saya menulis novel-novel seterusnya. Maklumbalas yang diterima adalah berbeza-beza, ada yang kata “laris”, ada yang kata “boleh tahan” dan ada yang kata “slow”. Bagus juga sekiranya buku-buku di kedai berkategori “slow” dapat dibawa ke kedai berkategori “laris”.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Dr Tengku Asmadi, Dr Danial Zainal Abidin dan penulis-penulis lain, saya juga kerap membawa novel saya ke bengkel-bengkel yang saya anjurkan. Setiap bengkel yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah pasti laris jualannya (pelajar sekolah amat excited jika berpeluang menemui penulis, jika tidak mengenali atau meminati penulis itu pun mereka akan membelinya juga lebih-lebih lagi jika penulis tidak sombong, friendly dan suka bergurau dengan mereka).
Saya sudah kehabisan stok novel untuk dibawa ke bengkel-bengkel. Nak ditempah, PTS juga telah kehabisan stok. Pun begitu saya tahu novel saya mungkin tersadai di kedai-kedai buku berkategori “jualan slow"… bagaimana ya untuk menyelesaikan masalah ini...?
Saya doakan ‘gomen’ luluskan dana industri penerbitan buku. Manalah tahu tiba-tiba mendapat hidayah dan menyedari bahawa banyak dosa boleh dikurangkan dengan hanya membatalkan dana perfileman dan menaikkan martabat industri pembukuan. Dengan izin Allah!
Terima kasih di atas perhatian & Wassalam…
Tahniah Puan! Pada fikiran saya peruntukkan sebahagian wang untuk menerbitkan separuh daripada buku yang telah habis dicetak di mana pemilihannya berdasarkan buku mana paling laris dicetak dan habis awal berbanding buku yang lain. Sebahagian lagi peruntukan terbitkan buku baru. Jadi PTS sudah ada dua kelebihan disini.
Pertama, PTS mendapat pembeli/peminat buku PTS yang baharu apabila terus mengulang cetak buku terlaris.
Kedua, PTS dapat menjaga peminat/pembeli buku PTS yang sudah jatuh hati dengan buku2 terbitan PTS agar terus membeli daripada buku PTS sehingga mereka tidak membeli buku daripada penerbit lain lagi!
Kalau PTS ulang cetak semua buku lama dan tidak terbit buku baru PTS hadapi risiko kehilangan golongan yang sudah membeli buku PTS dan meminatinya.
Dalam bisnes kita mesti sentiasa dihati pembeli kerana mereka juga ada belanjawan untuk membeli produk termasuk buku. Dengan menerbitkan buku baru sahaja tanpa ulang cetak satupun (mustahil tetapi andaikan)buku lama maka PTS akan kehilangan pelanggan yang belum memiliki buku PTS dan teruja dengan cerita daripada kawan-kawan yang sudah membeli dan puas membeli buku-buku PTS. Bakal pelanggan ini akan berputus asa dan mengalirkan peruntukan membeli buku mereka ke penerbit lain.
Selamat berjaya!
Tuan Syaizul Amal yang selalu dalam ingatan,
Dato’ Baha Zain ada memberitahu saya bahawa sewaktu Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan dahulu, beliau ada memperuntukkan RM20 juta sebagai dana yang dapat dipinjam oleh penerbit buku. Wang itu diserahkan kepada Bank Pembangunan sebagai agen pengurusannya.
Menurut Dato’ Baha Zain lagi, Bank Pembangunan mengenakan syarat-syarat yang serupa dengan bank-bank komersial bagi meluluskan permohonan meminjam dana RM20 juta itu.
Jika maklumat yang diberikan oleh Dato’ Baha Zain itu betul, maka tidak ada bezanya antara meminjam dana itu daripada Bank Pembangunan dengan meminjam daripada bank Cina yang sekarang mendukung PTS.
Saya sudah tidak punya harta yang dapat saya cagarkan lagi....
Post a comment